- Apakah yang dimaksudkan dengan Pembayaran Automatik?
Tambahan Data Prabayar anda boleh diperbaharui secara automatik pada akhir tempoh sah data tambahan dengan menggunakan kad kredit/debit berdaftar. Dengan berbuat demikian, anda tidak akan terputus bekalan data! Untuk maklumat lanjut, sila rujuk terma dan syarat - Bagaimanakah cara untuk melanggan Pembayaran Automatik?
Anda boleh melanggan Pembayaran Automatik dengan mengikuti langkah-langkah berikut di aplikasi MyYES: -.- i) Log masuk ke aplikasi MyYES;
- ii) Pergi ke “Profil” dan simpan maklumat kad kredit anda;
- iii) Pergi ke “Buy Add On” di skrin utama dan pilih Add-On;
- iv) Pilih pilihan Kad Kredit/Debit, untuk melanggan Pembayaran Automatik
- Bilakah Tambahan Data Prabayar saya akan diperbaharui?
Tambahan Data Prabayar anda akan diperbaharui berdasarkan tarikh luput tempoh sah Data Tambah Prabayar anda. Sebagai contoh, tempoh sah Data Prabayar Kasi Up 7Days 10GB adalah 7 hari dan akan diperbaharui setiap 7 hari, sementara Data Prabayar Add-On Kasi Up 30Days 10GB yang mempunyai tempoh sah 30 hari akan diperbaharui setiap 30 hari. - Bolehkah saya menukar butiran kad kredit saya?
(i) Pergi ke “Profile”,
(ii) Pilih tab “Billing”
(iii) Tekan “Update” untuk mengedit maklumat kad kredit/debit anda - Adakah Data Add-On Prabayar saya akan diperbaharui secara automatik sekiranya saya telah menggunakan kesemua data internet saya sebelum tamat tempoh sah?
Tidak, untuk membolehkan Data Add-On Data Prabayar anda diperbaharui, Tempoh Sah Data Add-On Prabayar semasa anda mesti tamat terlebih dahulu. - Bagaimanakah cara untuk membatalkan perkhidmatan Pembayaran Automatik saya?
Anda boleh berhenti melanggan menerusi aplikasi MyYES. - Bolehkah saya menggunakan kad kredit/debit pihak ketiga untuk melanggan Pembayaran Automatik?
Tidak boleh, anda harus menggunakan kad kredit/debit anda sendiri untuk melanggan Pembayaran Automatik.