- Apakah faedah Mobiliti Perniagaan YES / SoHo YES kepada saya?
Dengan perkhidmatan liputan luas kami, anda dijamin dapat kekal berhubung kepada ketersambungan Internet dan Suara di mana jua anda berada. - Bagaimana boleh saya menyemak sama ada lokasi saya termasuk dalam liputan rangkaian YES?
Anda boleh menyemak kawasan liputan luas kami di http://www.yes.my/support/coverage. - Bolehkah saya menukarkan pelan Mobiliti Perniagaan YES /SoHo YES semasa tempoh komitmen?
Ya, semasa tempoh komitmen, anda boleh menaik taraf pelan anda pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan menurun taraf pelan anda sepanjang tempoh komitmen. Perkhidmatan ini hanya akan tersedia pada masa depan. - Adakah terdapat bayaran tanan (tonnage)/kuota data untuk perkhidmatan ini?
Untuk memastikan penggunaan yang adil antara pelanggan YES, kami menghadkan penggunaan data secara bulanan. Sila rujuk kepada Jadual Harga untuk maklumat terperinci. - Apakah yang akan berlaku sekiranya saya mencapai kuota data bulanan yang ditetapkan?
Anda boleh membeli Tambahan SuperBooster untuk meningkatkan kuota data pelan anda. Sekiranya tidak, kepantasan lebar jalur anda akan tersangkut-sangkut (terhad). - Adakah saya akan dikenakan penalti sekiranya saya memilih untuk menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh komitmen berakhir?
Ya. Anda akan dikenakan caj penalti sekiranya menamatkan perkhidmatan anda sebelum tempoh komitmen berakhir. Penalti yang dikenakan adalah baki caj bulanan berulang pakej langganan anda. - Apakah cara bayaran Perkhidmatan Bertumpu YES yang sedia ada?
Berikut adalah cara bayaran yang diterima bagi perkhidmatan langganan:
a. ATM (bank terpilih)
b. Mesin Deposit Tunai (bank terpilih)
c. Perbankan dalam talian (bank terpilih)
d. Kad Kredit
e. Bayaran Kaunter (Kedai YES/Kiosk, Rakan Runcit Eksklusif) - Apakah kitaran bil YES Converged Service yang sedia ada?
Kitaran bil bagi YES Converged Service adalah secara bulanan. - Adakah YES menyediakan peralatan bagi Perkhidmatan Bertumpu YES?
Ya, ini tertakluk kepada pelan yang dipilih. Sila rujuk Jadual Harga untuk maklumat terperinci. - Apakah tempoh jaminan bagi peralatan ini?
Tempoh jaminan standard adalah 1 tahun. - Siapakah yang saya boleh hubungi sekiranya Perkhidmatan Bertumpu YES mengalami masalah penyambungan?
Anda boleh menghubungi Meja Sokongan kami di +6018-3330033 semasa waktu pejabat.