- Apakah faedah Jalur lebar YES kepada saya?
Dengan liputan luas Jalur lebar YES, anda akan dijamin dengan ketersambungan jalur lebar yang tinggi di kawasan anda meskipun tidak disokong penyedia perkhidmatan Internet yang lain. - Bagaimana boleh saya memastikan sama ada lokasi saya termasuk dalam liputan rangkaian YES?
Anda boleh menyemak kawasan liputan luas kami di http://www.yes.my/support/coverage. - Bolehkah saya menukarkan Pelan Jalur lebar YES saya semasa tempoh komitmen?
Ya. Semasa tempoh komitmen, anda dibenarkan menaik taraf pelan anda kepada pelan yang lebih tinggi
Bagaimanapun, anda tidak dibenarkan menurun taraf pelan anda. Perkhidmatan ini hanya akan diperkenalkan pada masa akan datang. - Adakah perkhidmatan Suara (voice service) termasuk dalam pelan YES Broadband?
Tidak, Jalur lebar YES tidak merangkumi perkhidmatan suara. Sekiranya anda memerlukan kedua-dua perkhidmatan Internet dan Suara, anda boleh merujuk kepada talian Perkhidmatan Bertumpu YES untuk maklumat selanjutnya. - Adakah saya akan dikenakan penalti sekiranya menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh komitmen berakhir?
Ya. Anda akan dikenakan caj penalti sekiranya menamatkan perkhidmatan anda sebelum tempoh komitmen berakhir. Penalti yang dikenakan adalah baki caj bulanan berulang. - Apakah cara bayaran Jalur lebar YES yang sedia ada?
Berikut adalah cara bayaran yang diterima bagi perkhidmatan langganan:
a. ATM (bank terpilih)
b. Mesin Deposit Tunai (bank terpilih)
c. Perbankan dalam talian (bank terpilih)
d. Kad Kredit
e. Perkhidmatan Kaunter (Kedai YES/Kiosk, Rakan Runcit Eksklusif) - Apakah kitaran bil bagi Jalur Lebar YES?
Kitaran bil adalah setiap bulan. - Berapakah lama tempoh jaminan bagi peralatan YES?
Selagi anda bawah kontrak kami. Zoom XL yang disediakan akan diuruskan oleh YES, kerana masih bawah milik YES. - Siapakah boleh saya hubungi sekiranya perkhidmatan saya menghadapi masalah penyambungan dalam perkhidmatan jalur lebar?
Anda boleh hubungi Meja Khidmat Pelanggan kami semasa waktu pejabat di +6018-3330033 untuk mendapatkan penyelesaian.