- Apakah Perayauan Yes (YesRoam)?
Perayauan Yes (YesRoam) memberikan anda data perayauan tanpa had apabila anda disambungkan ke operator rakan perayauan pilihan Yes semasa melancong ke luar negara. - Bagaimanakah cara untuk saya melanggan Perayauan Yes (YesRoam)?
Perayauan Yes (YesRoam) adalah tersedia untuk pelanggan Pascabayar Yes. Selepas mengaktifkan servis bagi langgan perayauan, sila pastikan perayauan anda diaktifkan melalui aplikasi MyYes > Perayauan Yes (YesRoam) > Pengaktifan Roaming. Deposit perayauan mungkin diperlukan. Anda akan dilanggan secara automatik sama ada bagi Perayauan Yes Harian (YesRoam Daily) atau Perayauan Yes Bulanan (YesRoam Monthly) apabila anda tiba di negara yang dilawati dan disambungkan ke operator perayauan pilihan.Nota: Jika anda adalah pengguna talian utama, anda boleh membantu talian tambahan anda untuk mengaktifkan Perayauan Yes (YesRoam) dengan meningkatkan had kredit atau membayar deposit perayauan melalui aplikasi MyYes. Log masuk ke akaun utama > Pilih talian tambahan pada meny pilihan > Klik Lagi > Roaming > Aktifkan Langganan > Tambah Sekarang untuk tingkatkan had kredit atau bayar deposit > Pengaktifan Roaming.
- Bagaimanakah cara bagi saya memilih operator perayauan?
Langkah 1: Pada menu “Settings”, tekan “Rangkaian Mudah Alih”.
Langkah 2: Tekan “Operator Rangkaian”.
Langkah 3: Tekan “Rangkaian Carian”.
– Anda akan melihat senarai operator rangkaian.
– Pilih operator rangkaian pilihan* dan sambung
Langkah 4: Aktifkan Data Perayauan dan Data Mudah Alih mengikut penetapan dalam peranti mudah alih anda.*Sila rujuk www.yes.my/roaming untuk senarai caj operator perayauan. - Apakah Perayauan Yes Bulanan (YesRoam Monthly)?
Perayauan Yes Bulanan (YesRoam Monthly) menawarkan data perayauan tanpa had percuma di bawah Pelan Pascabayar Yes Infinite dan Yes Infinite+ Yes. Tawaran ini juga termasuk panggilan masuk percuma dari semua negara dan panggilan keluar percuma ke mana-mana nombor Malaysia semasa berada di negara perayauan. SMS akan dikenakan caj mengikut kadar perayauan di www.yes.my/roaming. Pelanggan akan menikmati data perayauan tanpa had bermula dengan data berkelajuan tinggi 10GB, kemudian data perayauan tanpa had pada 512kbps. - Saya telah mengaktifkan data perayauan dan data mudah alih dalam penetapan peranti mudah alih saya tetapi tidak dapat mengakses perkhidmatan data?
Sila pastikan anda menghidupkan data perayauan dan data mudah alih anda pada tetapan peranti mudah alih anda.Nota: Anda juga perlu memastikan Access Point Names (APN) pada tetapan telefon anda ditetapkan ke ‘yesnet’ atau ‘shwap’ untuk menggunakan perkhidmatan Data Perayauan. Pada telefon anda, pergi ke Tetapan > Rangkaian Mudah Alih > Access Point Names (APN) > Pilih ‘yesnet’ atau ‘shwap’.
- Bilakah Perayauan Yes (YesRoam) saya akan tamat tempoh?
Bagi Perayauan Yes Harian (YesRoam Daily) akan tamat tempoh pada 23:59:59 pada zon waktu negara tempatan yang dilawati. Perayauan Yes Harian (YesRoam Daily) akan diperbaharui dan di caj pada setiap hari sehingga anda menukar data perayauan data pada tetapan peranti mudah alih anda. Bagi Perayauan Yes Bulanan (YesRoam Monthly) adalah mengikut kitaran bil bulanan dan akan diperbaharui secara automatik pada setiap tarikh kitaran bil 23:59:59 pada zon waktu negara tempatan yang dilawati. - Berapakah bilangan Perayauan Yes (YesRoam) atau Tambah Nilai Perayauan Yes (YesRoam) yang boleh saya beli pada satu masa?
Tiada had bagi bilangan YesRoam yang boleh dibeli; YesRoam boleh dibeli walaupun anda masih lagi mempunyai data kuota berkelajuan tinggi. Jika anda telah mencapai had kredit penggunaan, anda boleh meningkatkan had kredit anda melalui aplikasi MyYes dan membeli tambah nilai Perayauan Yes (YesRoam). - Apakah caj yang akan dikenakan jika saya berhubung dengan 2 atau lebih operator perayauan pilihan pada hari yang sama semasa menggunakan perayauan di negara yang berbeza?
Anda akan dikenakan caj Perayauan Yes (YesRoam) untuk setiap operator perayauan pilihan yang disambung oleh anda pada hari yang sama. - Apakah yang akan berlaku sekiranya saya menggunakan operator data perayauan bukan pilihan Yes?
Anda akan dikenakan kadar caj Pay-As-You-Use (PAYU) jika ada. Anda boleh merujuk laman web Yes di yes.my/roaming untuk mendapatkan maklumat mengenai kadar Perayauan Antarabangsa. - Adakah Polisi Penggunaan Saksama (FUP) akan digunakan?
Ya, FUP akan diguna pakai dan kelajuan data akan berkurang apabila anda mencapai kuota penggunaan harian. - Bolehkan saya mengembalikan data berkelajuan tinggi saya setelah mencapai kuota berkelajuan tinggi untuk pas Perayauan Yes (YesRoam)?
Anda boleh membeli tambah nilai Perayauan Yes (YesRoam) Daily atau tambah nilai Perayauan Yes (YesRoam) melalui aplikasi MyYes. Untuk maklumat lanjut mengenai kadar, sila layari yes.my/roaming. - Bolehkah saya menggunakan data YesRoam untuk hotspot?
Ya boleh. Caj dan penggunaan data adalah berdasarkan langganan Perayauan Yes (YesRoam) anda. Jika anda telah kehabisan kuota berkelajuan tinggi, anda boleh membeli Perayauan Yes (YesRoam) melalui Aplikasi MyYes. - Saya telah mematikan data perayauan dan menggunakan Wi-Fi. Mengapa saya masih dikenakan caj untuk penggunaan data perayauan?
Ada kemungkinan beberapa telefon pintar masih mengalami penggunaan perayauan data walaupun anda telah mematikan Data Perayauan pada telefon anda. Keadaan ini berlaku terutamanya di LTE apabila perkhidmatan data dapat diaktifkan secara automatik ketika sewaktu lokasi dikemas kini terutamanya untuk piawaian LTE dan tidak seperti pada piawaian GSM/GPRS/3G. Sekiranya anda ingin benar-benar mematikan perayauan data, kami mengesyorkan langkah-langkah berikut untuk mengelakkan daripada dikenakan caj perayauan data berterusan.a) Matikan Data Mudah Alih dan Data Perayauan
b) Hidupkan mod kapal terbang
c) Matikan mod kapl terbang
d) Hidupkan Wi-Fi (Sekiranya anda ingin menggunakan perkhidmatan data) - Bagaimana jika saya mempunyai lebih banyak soalan yang tidak ditangani dalam Soalan Lazim ini?
Kami sedia untuk membantu! Sila hubungi YesCare di yescare@yes.my untuk sebarang pertanyaan. Anda juga boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Gedung Google Play, Apple App Store atau Huawei AppGallery untuk bersembang bersama Chatbot kami, Sofia atau menghantarkan soalan anda ke pusat perkhidmatan pelanggan dengan mencipta tiket dalam Aplikasi MyYes anda di bawah Akses Pantas dan klik pada ikon “YesCare”.