Soalan Lazim


 

 

  1. Apakah YES DIA?
    YES DIA ialah perkhidmatan yang menyediakan akses internet yang diperuntukkan untuk anda, dari lokasi anda ke Laluan Internet tempatan yang sedia ada. Perkhidmatan ini akan memastikan anda akan selalu mempunyai langganan jalur lebar untuk meneruskan urusan perniagaan penting anda.
  2. Apakah perbezaan antara YES DIA dengan perkhidmatan jalur lebar biasa? Dengan jalur lebar biasa, penyambungan internet anda dikongsi dengan pelanggan lain yang berada di kawasan yang sama. Justeru, anda mungkin tidak akan mendapat  kapasiti sebenar jalur lebar yang dilanggani. Dengan YES DIA, anda akan sentiasa mendapat nilai  jalur lebar yang dilanggani kerana kapasiti ini tersedia dengan jaminan 99.5% untuk  kegunaan anda.
  3. Adakah terdapat nisbah perebutan dengan YES DIA?
    Tidak. Oleh kerana penyambungan internet ini adalah diperuntukkan kepada anda, anda dijamin dengan jalur lebar yang dilanggani kerana hanya anda sahaja yang akan menggunakannya.
  4. Bolehkah YES menyedia dan menguruskan CPE di kawasan saya?
    Ya, boleh. Kami boleh merujuk  anda kepada beberapa rakan kongsi yang dipercayai untuk membantu menguruskan CPE anda.
  5. Bolehkah saya menaik taraf/menurun taraf  jalur lebar semasa tempoh komitmen?
    Ya, semasa tempoh komitmen, anda boleh menaik taraf jalur lebar pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan menurun taraf lebar jalur sepanjang tempoh komitmen. Anda hanya boleh berbuat demikian selepas tempoh komitmen tamat.
  6. Adakah terdapat penalti sekiranya saya menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh komitmen berakhir?
    Ya. Caj penalti akan dikenakan sekiranya anda menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh komitmen anda berakhir. 
  7. Apakah cara bayaran YES DIA yang sedia ada?
    Berikut adalah cara bayaran yang diterima bagi perkhidmatan langganan YES DIA. Kami akan mengemas kini maklumat ini sekiranya terdapat cara bayaran baru pada masa depan.
    a) Cek
    b) Pemindahan bank
  8. Apakah kitaran bil YES DIA yang tersedia? 
    Berikut ialah kitaran bil bagi perkhidmatan langganan YES DIA:
    1. Bulanan
    2. Suku tahun
    3. Setengah tahun
    4. Tahunan
  9. Adakah YES menyediakan peralatan bagi perkhidmatan YES DIA?
    Ya, kami akan menyediakan peralatan berikut sebagai perkhidmatan YES DIA. Peralatan ini akan dikekalkan dan ia adalah hak milik YES.
    Gelombang Mikro Frekuensi Tinggi:
    1x Antena, 1x Pendakap/Tiang,  1x Gelombang Mikro IDU, 1x UPE, Pemasangan Kabel, 1x Bateri Sandaran, 1x Penerus
    Gelombang Mikro Titik ke Titik:
    1x Antena, 1x Pendakap , 1x UPE, Pemasangan Kabel
    Fiber Angkut balik (Backhaul):
    1x Penghala Fiber, 1x UPE, Pemasangan Fiber kepada UPE
  10. Siapakah boleh saya hubungi sekiranya terdapat masalah penyambungan dalam perkhidmatan YES DIA?
    Anda boleh hubungi Pengurus Akaun anda semasa waktu pejabat (Isnin – Jumaat, 9pagi – 6petang). Anda juga boleh menghubungi Meja Sokongan kami di +6018-3330033 pada bila-bila masa.  Perkhidmatan ini adalah 24 jam.
  1. Apakah faedah Jalur lebar YES kepada saya?
    Dengan liputan luas Jalur lebar YES, anda akan dijamin dengan ketersambungan jalur lebar yang tinggi di kawasan anda meskipun tidak disokong penyedia perkhidmatan Internet yang lain.
  2. Bagaimana boleh saya memastikan sama ada lokasi saya termasuk dalam liputan rangkaian YES?
    Anda boleh menyemak kawasan liputan luas kami di http://www.yes.my/support/coverage.
  3. Bolehkah saya menukarkan Pelan Jalur lebar YES saya semasa tempoh komitmen?
    Ya. Semasa tempoh komitmen, anda dibenarkan menaik taraf pelan anda kepada pelan yang lebih tinggi
    Bagaimanapun, anda tidak dibenarkan menurun taraf pelan anda. Perkhidmatan ini hanya akan diperkenalkan pada masa akan datang.

     
  4. Adakah perkhidmatan Suara (voice service) termasuk dalam pelan YES Broadband?
    Tidak, Jalur lebar YES tidak merangkumi perkhidmatan suara. Sekiranya anda memerlukan kedua-dua perkhidmatan Internet dan Suara, anda boleh merujuk kepada talian Perkhidmatan Bertumpu YES untuk maklumat selanjutnya.
  5. Adakah saya akan dikenakan penalti sekiranya menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh komitmen berakhir?
    Ya. Anda akan dikenakan caj penalti sekiranya menamatkan perkhidmatan anda sebelum tempoh komitmen berakhir. Penalti yang dikenakan adalah baki caj bulanan berulang.
  6. Apakah cara bayaran Jalur lebar YES yang sedia ada?
    Berikut adalah cara bayaran yang diterima bagi perkhidmatan langganan:
    1. ATM (bank terpilih)
    2. Mesin Deposit Tunai (bank terpilih)
    3. Perbankan dalam talian (bank terpilih)
    4. Kad Kredit
    5. Perkhidmatan Kaunter (Kedai YES/Kiosk, Rakan Runcit Eksklusif)
  7. Apakah kitaran bil bagi Jalur Lebar YES?
    Kitaran bil adalah setiap bulan.
  8. Berapakah lama tempoh jaminan bagi peralatan YES?
    Selagi anda bawah kontrak kami. Zoom XL yang disediakan akan diuruskan oleh YES, kerana masih bawah milik YES.
  9. Siapakah boleh saya hubungi sekiranya perkhidmatan saya menghadapi masalah penyambungan dalam perkhidmatan jalur lebar?
    Anda boleh hubungi Meja Khidmat Pelanggan kami semasa waktu pejabat di +6018-3330033 untuk mendapatkan penyelesaian.
  1. Apakah YES DLL?
    YES DLL adalah rangkaian peribadi berdedikasi yang membangunkan sambungan jalur lebar yang diperuntukkan di semua premis anda (2 atau lebih) untuk memastikan pemindahan data yang selamat dalam pejabat anda tanpa risiko diakses/digodam oleh pihak luar.
  2. Apakah perbezaan antara YES DLL dan YES 4G-VPN?
    Pada amnya, YES DLL dan YES 4G-VPN adalah daripada keluarga produk yang sama. Kedua-dua produk membenarkan pelanggan memiliki rangkaian peribadi untuk pemindahan data yang selamat.

    Perbezaannya hanyalah, perkhidmatan YES DLL menyediakan pelanggan dengan penyambungan jalur lebar berdedikasi antara premis melalui Gelombang Mikro ataupun Fiber Angkut Balik (Backhaul) manakala 4G-VPN YES pula menggunakan teknologi 4G tanpa wayar.
  3. Adakah akan berlaku nisbah perebutan dalam pemindahan data dalam premis saya?
    Tidak. Memandangkan pautan ini diperuntukkan kepada perniagaan anda, maka anda akan dijamin dengan perkhidmatan jalur lebar yang dilanggani dalam semua premis perniagaaan anda.
  4. Apakah Perkhidmatan Tahap Jaminan yang YES sediakan?
    Kami komited untuk menyediakan tahap jaminan ketersediaan 99.5%, tertakluk kepada terma & syarat. Ini bermaksud ketiadaan atau gangguan hanya akan berlaku sekitar lebih kurang 1 hari, 19 jam, 44 min, 49 saat setahun.
  5. Bolehkah YES menyedia dan menguruskan CPE di kawasan saya?
    Ya. Kami boleh merujuk  anda kepada beberapa rakan kongsi yang dipercayai untuk membantu menguruskan CPE anda
  6. Sejauhmanakah YES DLL selamat?
    YES DLL jamin selamat kerana ia beroperasi sebagai sambungan gelung tertutup. Sambungan ini tidak dikongsikan dengan pelanggan lain.
  7. Bolehkah saya menaik taraf/menurun taraf  jalur lebar dalam tempoh komitmen?Ya, semasa tempoh komitmen, anda boleh menaik taraf  jalur lebar pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan menurun taraf lebar jalur sepanjang tempoh komitmen. Anda hanya boleh berbuat demikian selepas tempoh komitmen berakhir.
  8. Adakah saya akan dikenakan penalti sekiranya menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh komitmen berakhir?
    Ya. Anda akan dikenakan caj penalti sekiranya menamatkan perkhidmatan anda sebelum tempoh komitmen berakhir. Penalti yang dikenakan adalah baki caj bulanan berulang.
  9. Apakah cara bayaran DLL YES yang sedia ada?
    Berikut adalah cara bayaran yang diterima bagi perkhidmatan langganan DLL YES. Kami akan mengemas kini sekiranya terdapat cara bayaran baru pada masa depan.
    1. Cek
    2. Pemindahan bank
  10. Apakah kitaran bil YES DLL yang sedia ada?
    Berikut adalah kitaran bil bagi perkhidmatan langganan YES DLL:
    1. Bulanan
    2. Suku tahun
    3. Setengah tahun
    4. Tahunan
  11. Adakah YES menyediakan peralatan bagi perkhidmatan DLL YES?
    Ya, kami akan menyediakan peralatan berikut sebagai perkhidmatan DLL YES. Peralatan ini akan diselenggarakan dan adalah hak milik YES.
    Gelombang Mikro Frekuensi Tinggi:
    1x Antena, 1x Pendakap/Tiang,  1x Gelombang Mikro IDU, 1x UPE, Pemasangan Kabel, 1x Bateri Sandaran, 1x Penerus
    Gelombang Mikro Titik ke Titik:
    1x Antena, 1x Pendakap , 1x UPE, Pemasangan Kabel
    Fiber Angkut Balik (Backhaul):
    1x Penghala Fiber, 1x UPE, Pemasangan Fiber kepada UPE
  12. Siapakah yang saya boleh hubungi sekiranya menghadapi masalah penyambungan dalam perkhidmatan DLL YES?
    Anda boleh hubungi Pengurus Akaun anda semasa waktu pejabat (Isnin – Jumaat, 9 pagi – 6 petang). Anda juga boleh menghubungi Meja Sokongan kami di +6018-3330033 pada bila-bila masa. Perkhidmatan ini adalah 24 jam.
  1. Apakah 4G-VPN YES?
    4G-VPN YES ialah rangkaian peribadi yang diperuntukkan bagi  menjamin sambungan jalur lebar terbaik antara semua premis anda (2 atau lebih) membolehkan pemindahan data berlaku dengan selamat antara pejabat anda tanpa risiko diakses/digodam parti luar.
  2. Apakah perbezaan diantara YES 4G-VPN dan YES DLL?
    Pada amnya, 4G-VPN YES dan DLL YES (Dedicated Lease Line) Talian Pajakan yang Diperuntukkan adalah daripada keluarga produk yang sama. 

    Terdapat hanya satu perbezaan. Perkhidmatan YES 4G-VPN menyediakan pelanggan dengan penyambungan lebar jalur usaha terbaik antara premis melalui teknologi 4G tanpa wayar. YES DLL pula menggunakan sambungan lebar jalur berdedikasi melalui Gelombang Mikro ataupun Backhaul Fiber.

    Perbezaannya hanyalah, perkhidmatan YES DLL menyediakan pelanggan dengan penyambungan jalur lebar berdedikasi antara premis melalui Gelombang Mikro ataupun Fiber Angkut Balik (Backhaul) manakala 4G-VPN YES pula menggunakan teknologi 4G tanpa wayar.
  3. Bolehkah berlaku nisbah perebutan dalam pemindahan data dalam semua premis saya?
    Tidak. Pautan ini adalah diperuntukkan kepada perniagaan anda sahaja. Oleh itu, jalur lebar ini dijamin fungsinya dalam premis perniagaaan anda
  4. Apakah Perkhidmatan Tahap Jaminan YES yang disediakan?
    Perkhidmatan yang disediakan adalah berdasarkan usaha terbaik.
  5. Bolehkah YES menyedia dan menguruskan CPE di kawasan saya?
    Ya. Kami boleh merujuk  anda kepada beberapa rakan kongsi yang dipercayai untuk membantu menguruskan CPE anda
  6. Sejauhmanakah  4G-VPN YES ini selamat?
    4G-VPN  YES ini dijamin selamat kerana ia beroperasi sebagai sambungan gelung tertutup, tanpa dikongsi dengan mana-mana  dengan pelanggan lain.
  7. Bolehkah saya menaik taraf/menurun  taraf lebar jalur semasa tempoh komitmen?
    Ya, semasa tempoh komitmen, anda boleh menaik taraf l jalur lebar pada bila-bila masa. Bagaimanapun, anda tidak dibenarkan menurun taraf jalur lebar sepanjang tempoh komitmen. Anda hanya boleh berbuat demikian selepas tempoh komitmen berakhir.
  8. Adakah saya akan dikenakan penalti sekiranya menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh komitmen berakhir?
    Ya. Anda akan dikenakan caj penalti sekiranya menamatkan perkhidmatan anda sebelum tempoh komitmen berakhir. Penalti yang dikenakan adalah baki caj bulanan berulang.
  9. Apakah cara bayaran YES 4G-VPN yang sedia ada?
    Berikut adalah cara bayaran yang diterima bagi perkhidmatan langganan YES 4G-VPN. Kami akan mengemas kini sekiranya terdapat cara bayaran baru pada masa depan.
    1. Cek
    2. Pemindahan bank
  10. Apakah kitaran bil YES 4G-VPN yang sedia ada?
    Berikut adalah kitaran bil bagi perkhidmatan langganan YES DLL:
    1. Bulanan
    2. Suku tahun
    3. Setengah tahun
    4. Tahunan
  11. Adakah YES menyediakan peralatan bagi perkhidmatan 4G-VPN YES?
    Ya, kami akan menyediakan peralatan berikut di setiap premis sebagai perkhidmatan YES 4G-VPN. Peralatan ini akan dikekalkan dan adalah hak milik YES.
    4G tanpa wayar:
    1x Zoom XL, Pemasangan Kabel
  12. Siapakah yang saya boleh hubungi sekiranya perkhidmatan YES 4G-VPN mengalami masalah penyambungan?
    Anda boleh hubungi Pengurus Akaun anda semasa waktu pejabat (Isnin – Jumaat, 9pagi – 6petang). Anda juga boleh menghubungi Meja Sokongan kami di +6018-3330033 pada bila-bila masa.  Perkhidmatan ini adalah 24 jam.
  1. Apakah  SIPconnect YES?  
    SIPconnect YES ialah perkhidmatan telefon bimbit gred pembawa IP yang menyediakan komunikasi suara berkualiti, yang dihantar melalui sambungan data can bukannya melalui pertukaran tembaga PSTN tradisional.
  2. Apakah peralatan yang diperlukan untuk melanggan SIPconnect YES ?
    Anda memerlukan Laluan Media dan peralatan PABX.
  3. Adakah YES menyokong pemindahan nombor (menggunakan nombor talian perniagaan semasa)?
    Tidak. Pada masa ini kami tidak menyokong pemindahan nombor.
  4. Bolehkan saya mengekalkan nombor SIPconnect YES sedia ada sekiranya berpindah pejabat?
    Boleh. Tidak ada penukaran nombor diperlukan sekiranya anda berpindah pejabat. Anda hanya perlu menghubungi Meja Sokongan kami untuk mengemas kini maklumat yang perlu.
  5. Bolehkah saya menambah saluran/nombor lain sebagai tambahan dalam pakej langganan ini?
    Sekiranya anda mendapati saluran yang disediakan tidak mencukupi untuk keperluan perniagaan, anda boleh menaik taraf kepada pakej yang lebih tinggi. Sekiranya anda sudahpun melanggani pakej tertinggi kami dan masih memerlukan Saluran tambahan, anda boleh hubungi Pengurus Akaun anda. Kami akan membantu menyokong pesanan anda.
    Bagi nombor tambahan, anda boleh membeli satu blok yang merangkumi 10 nombor dengan bayaran RM50/sebulan.
  6. Bolehkah YES menyedia dan menguruskan CPE untuk SIPconnect YES?
    Ya. Kami boleh merujuk anda kepada beberapa rakan kongsi yang dipercayai untuk membantu menguruskan CPE anda.
  7. Bolehkah saya menaik taraf/menurun taraf pakej ini dalam tempoh komitmen? Ya, semasa tempoh komitmen, anda boleh menaik taraf pelan anda pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan menurun taraf pelan anda sepanjang tempoh komitmen. Perkhidmatan ini hanya akan sedia ada pada masa depan.
  8. Adakah saya akan dikenakan penalti sekiranya menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh komitmen berakhir?
    Ya. Anda akan dikenakan caj penalti sekiranya menamatkan perkhidmatan anda sebelum tempoh komitmen berakhir. Penalti yang dikenakan adalah baki caj bulanan berulang pakej langganan anda.
  9. Apakah cara bayaran  SIPconnect YES  yang sedia ada?
    Berikut adalah cara bayaran yang diterima bagi perkhidmatan langganan SIPconnect YES. Kami akan mengemas kini maklumat ini sekiranya terdapat cara bayaran baru pada masa depan.
    1. Cek
    2. Pemindahan bank
  10. Apakah kitaran bil SIPconnect YES yang sedia ada?
    Kitaran bil bagi SIPconnect YES  adalah secara bulanan.
  11. Adakah YES menyediakan peralatan bagi perkhidmatan 4G-VPN YES?
    Sekiranya peralatan IP IBX tempatan anda adalah sepadan dengan perkhidmatan kami, tiada peralatan yang akan disediakan.
    Namun, sekiranya peralatan IP PBX tempatan anda tidak sepadan dengan perkhidmatan kami, peralatan Laluan Media akan disediakan. Peralatan ini akan diselenggarakan dan adalah hak milik YES.
  12. Siapakah yang saya boleh hubungi sekiranya terdapat masalah penyambungan dalam perkhidmatan SIP YES?
    Anda boleh menghubungi Pengurus Akaun anda semasa waktu pejabat. Anda juga boleh menghubungi Meja Sokongan kami di +6018-3330033 pada bila-bila masa. Perkhidmatan ini adalah 24 jam.
  1. Apakah Cloud PBX YES?
    YES Cloud PBX ialah perkhidmatan telefon bimbit perniagaan suite berasaskan awan yang membenarkan anda menikmati ciri-ciri telefon canggih seperti Pemburuan Panggilan, Penghantaran Panggilan, Pemajuan Panggilan, Pendailan Sambungan dan sebagainya, tanpa menggunakan  peralatan IP PBX tempatan.
  2. Apakah peralatan yang diperlukan untuk melanggan Cloud PBX YES?
    Anda memerlukan Telefon IP ataupun Penyesuai Telefon Analog  untuk telefon bimbit Analog. 
  3. Adakah YES menyokong pemindahan nombor (menggunakan nombor talian perniagaan semasa)?
    Tidak. Pada masa ini kami tidak menyokong pemindahan nombor.
  4. Bolehkan saya mengekalkan nombor Cloud PBX YES semasa sekiranya berpindah pejabat?
    Ya, boleh. Tiada penukaran nombor diperlukan sekiranya anda berpindah pejabat. Anda hanya perlu menghubungi Meja Sokongan kami untuk mengemas kini maklumat yang perlu.
  5. Bolehkah saya menambah saluran/nombor lain sebagai tambahan kepada pakej langganan ini?
    Sekiranya anda mendapati Saluran yang disediakan tidak mencukupi untuk keperluan perniagaan anda, anda boleh menaik taraf kepada pakej yang lebih tinggi. Sekiranya anda sudah melanggan pakej tertinggi kami dan masih memerlukan Saluran tambahan, anda boleh menghubungi Pengurus Akaun anda. Kami akan membantu menampung pesanan anda.

    Bagi nombor tambahan, anda boleh membeli satu blok yang merangkumi 10 nombor dengan bayaran RM50/sebulan.
  6. Bolehkah saya menaik taraf/menurun taraf pakej ini semasa tempoh komitmen? Ya, semasa tempoh komitmen, anda boleh menaik taraf pelan anda pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan menurun taraf pelan anda sepanjang tempoh komitmen. Perkhidmatan ini hanya akan tersedia pada masa depan.
  7. Bolehkah YES menyedia dan menguruskan CPE untuk Cloud PBX YES?
    Ya. Kami boleh merujuk  anda kepada beberapa rakan kongsi yang dipercayai untuk membantu menguruskan CPE anda
  8. Adakah saya akan dikenakan penalti sekiranya menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh komitmen berakhir?
    Ya. Anda akan dikenakan caj penalti sekiranya menamatkan perkhidmatan anda sebelum tempoh komitmen berakhir. Penalti yang dikenakan adalah baki caj bulanan berulang pakej langganan anda.
  9. Apakah cara bayaran Cloud PBX YES yang sedia ada?
    Berikut adalah cara bayaran yang diterima bagi perkhidmatan langganan Cloud PBX YES. Kami akan mengemas kini maklumat ini sekiranya terdapat cara bayaran baru pada masa depan.
    1. Cek
    2. Pemindahan bank
  10. Apakah kitaran bil Cloud PBX YES yang sedia ada?
    Kitaran bil bagi Cloud PBX  YES adalah secara bulanan.
  11. Adakah YES menyediakan peralatan bagi perkhidmatan Cloud PBX YES?
    Tidak. Kami tidak akan menyediakan sebrarang peralatan bagi Cloud PBX YES
  12. Siapakah yang saya boleh hubungi sekiranya perkhidmatan Cloud PBX YES mengalami masalah penyambungan?
    Anda boleh menghubungi Meja Sokongan kami di +6018-3330033 semasa waktu pejabat.
  1. Apakah faedah Mobiliti Perniagaan YES / SoHo YES kepada saya?
    Dengan perkhidmatan liputan luas kami, anda dijamin dapat kekal berhubung  kepada ketersambungan Internet dan Suara di mana jua anda berada.
  2. Bagaimana boleh saya menyemak sama ada lokasi saya termasuk dalam liputan rangkaian YES?
    Anda boleh menyemak kawasan liputan luas kami di http://www.yes.my/support/coverage.
  3. Bolehkah saya menukarkan pelan Mobiliti Perniagaan YES /SoHo YES semasa tempoh komitmen?
    Ya, semasa tempoh komitmen, anda boleh menaik taraf pelan anda pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan menurun taraf pelan anda sepanjang tempoh komitmen. Perkhidmatan ini hanya akan tersedia pada masa depan.
  4. Adakah terdapat bayaran tanan (tonnage)/kuota data untuk perkhidmatan ini? Untuk memastikan penggunaan yang adil antara pelanggan YES, kami menghadkan penggunaan data secara bulanan. Sila rujuk kepada Jadual Harga untuk maklumat terperinci.
  5. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya mencapai kuota data bulanan yang ditetapkan?
    Anda boleh membeli Tambahan SuperBooster untuk meningkatkan kuota data pelan anda. Sekiranya tidak, kepantasan lebar jalur anda akan tersangkut-sangkut (terhad).
  6. Adakah saya akan dikenakan penalti sekiranya saya memilih untuk menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh komitmen berakhir?
    Ya. Anda akan dikenakan caj penalti sekiranya menamatkan perkhidmatan anda sebelum tempoh komitmen berakhir. Penalti yang dikenakan adalah baki caj bulanan berulang pakej langganan anda.
  7. Apakah cara bayaran Perkhidmatan Bertumpu YES yang sedia ada?
    Berikut adalah cara bayaran yang diterima bagi perkhidmatan langganan:
    1. ATM (bank terpilih)
    2. Mesin Deposit Tunai (bank terpilih)
    3. Perbankan dalam talian (bank terpilih
    4. Kad Kredit
    5. Bayaran Kaunter (Kedai YES/Kiosk, Rakan Runcit Eksklusif)
  8. Apakah kitaran bil YES Converged Service yang sedia ada?
    Kitaran bil bagi YES Converged Service adalah secara bulanan.
  9. Adakah YES menyediakan peralatan bagi Perkhidmatan Bertumpu YES?
    Ya, ini tertakluk kepada pelan yang dipilih. Sila rujuk Jadual Harga untuk maklumat terperinci.
  10. Apakah tempoh jaminan bagi peralatan ini?
    Tempoh jaminan standard adalah 1 tahun.
  11. Siapakah yang saya boleh hubungi sekiranya Perkhidmatan Bertumpu YES mengalami masalah penyambungan?
    Anda boleh menghubungi Meja Sokongan kami di +6018-3330033 semasa waktu pejabat.