Questions Soalan Lazim


 
  1. Bagaimanakah saya perlu mengecas telefon pintar YES saya?

Telefon pintar YES menggunakan bateri ion Lithium. Berikut adalah langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi bateri anda:

• Gunakan pengecas dan kabel pengecas asal yang dibekalkan bersama telefon pintar anda.
• Jangan biarkan telefon pintar anda dicas untuk jangka masa yang lama.
• Jangan gunakan telefon pintar anda semasa pengecasan.

 

  1. Mengapakah telefon pintar menjadi panas?

Telefon pintar boleh menjadi panas kerana beberapa faktor, termasuk faktor-faktor berikut:

• Menonton video terlalu lama atau pengunaan terlalu lama di skrin anda seperti persidangan video (Google Meet, Zoom, dll.) atau permainan digital.
• Pelbagai aplikasi berjalan di latar belakang (Tip: pada telefon pintar YES, anda boleh menutup aplikasi yang tidak diperlukan lagi dengan menekan dua kali butang menu (di kanan bawah skrin) dan klik “KOSONGKAN SEMUA”)

 

  1. Berapakah suhu operasi biasa untuk telefon pintar?

Jika suhu telefon pintar anda menjadi semakin panas ketika disentuh, anda hendaklah berhenti pengunaan telefon pintar anda dengan segera.

 

  1. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya telefon pintar saya panas?

Sekiranya telefon pintar anda terasa panas, pastikan aliran udara mencukupi di sekitarnya. Anda juga boleh lakukan mana-mana daripada berikut:

• Pastikan aplikasi anda dikemas kini.
• Menghentikan aplikasi yang berjalan di latar belakang (klik dua kali pada butang menu (di kanan bawah skrin) dan klik “KOSONGKAN SEMUA”).
• Hidupkan Mod Penjimatan Bateri.
• Turunkan kecerahan.
• Periksa kabel pengecasan – kabel pengecasan yang rosak boleh menyebabkan pengecas tidak berfungsi. Pastikan kabel dalam keadaan baik.
• Jangan tinggalkan telefon pintar anda di papan pemuka kereta anda, atau di tepi tingkap dengan cahaya matahari sacara langsung.
 

 

  1. Bagaimanakah untuk saya tahu jika telefon pintar mempunyai bateri yang bengkak? 

Buka penutup belakang, dan jika bateri kelihatan bengkak atau bahagian tengah terasa lembut, berkemungkinan bateri tersebut adalah kembung. 
 

Sekiranya bateri anda kembung, bateri itu tidak boleh digunakan lagi. Berhati-hati apabila mengeluarkan bateri kembung dari telefon pintar (biarkan sejuk jika panas semasa disentuh) dan buangkan bateri dengan cara yang betul.

 

Phone battery side
 

  1. Di manakah saya boleh mendapatkan syarat penggunaan telefon pintar?

                Sila layari  https://www.yes.my/tnc/general-tnc

 

  1. Saya telah menerima kata laluan sementara daripada YES, adakah saya perlu menukar  kata laluan tersebut?
    Untuk memastikan akaun anda selamat, anda perlu menukar  kata laluan sebaik sahaja log masuk.
    Jangan lupa menukarkan kata laluan pada alat peranti YES anda juga.


    Untuk arahan  lanjut tentang pertukaran kata laluan, klik di sini.

    Tips:
    Untuk memastikan keselamatan maksimum, pastikan kata laluan anda:
    • Sekurang-kurangnya mengandungi 8 karakter/aksara
    • Tidak mengandungi  nama pengguna, nama sebenar anda ataupun nama syarikat anda
    • Tidak mengandungi perkataan lengkap
    • Adalah berlainan daripada kata laluan yang pernah digunakan
    • Menggunakan gabungan modal dan huruf kecil , nombor dan simbol standard
  1. Konfigurasi Peranti
    Step 1: Sambungkan peranti YES anda kepada PC melalui USB ataupun WIFI
    Step 2: Lancarkan pelayar web anda dan layar ke http://192.168.1.1/.
    Step 3: Log masuk dengan ID YES dan kata laluan anda.
    Step 4: Ikuti arahan yang tertera untuk konfigurasi peranti anda.
1. Bagaimanakah cara untuk  menyambungkan alat WIFI saya kepada YES Huddle XS 4G LTE?
Pertama sekali, pasangkan YES Huddle XS 4G LTE anda. Seterusnya, cari nama rangkaian YES Huddle XS 4G LTE SSID  yang telah disetkan di alat WIFI anda. Anda sepatutnya menemui:

YES 4G Huddle LTE – XXXX

Seterusnya, masukkan kata laluan  WIFI yang telah diberikan di belakang YES Huddle XS 4G LTE.

[Nota: Kata laluan WIFI yang telah ditetapkan adalah 8 angka terakhir nombor IMEI]
 
2. Bagaimanakah cara untuk menukar maklumat rangkaian YES Huddle XS 4G LTE saya?
● Sambungkan alat peranti YES anda kepada PC melalui USB ataupun WIFI
● Lancarkan pelayar web anda, taip http://192.168.1.1/ pada bidang URL dan tekan “Enter”.
● Laman admin YES Huddle XS 4G LTE akan dilancarkan
● Taip “admin” di ruang kata laluan. Pelayar kini akan membawa anda ke halaman persediaan
● Ikutilah arahan yang tertera di skrin untuk melengkapkan persediaan
 
3. Berapakah jumlah pengguna yang dapat disambungkan kepada YES Huddle XS 4G LTE pada suatu masa?
YES Huddle XS 4G LTE boleh menampung seramai 11 pengguna pada sesuatu masa: 10 pengguna melalui WIFI dan satu lagi melalui sambungan tertambat USB. (ini boleh disediakan di laman admin).
 
4. Bagaimanakah  cara untuk set semula YES Huddle XS 4G LTE saya kepada tetapan kilang?
Anda boleh set semula dengan menekan dan menahan butang tetapan di belakang YES Huddle XS 4G LTE anda selama 30 saat sehingga lampu LED terpasang. 
 
5. Apakah jenis kad SIM yang digunakan di  YES Huddle XS 4G LTE?
YES Huddle XS 4G LTE menggunakan kad SIM mikro.
 
6. Apakah kapasiti bateri YES Huddle XS 4G LTE?
Kapasiti bateri YES Huddle XS 4G LTE adalah 2300mAh dan mengambil masa lebih kurang 2-3 jam untuk dicaj sepenuhnya. Lampu kuasa LTE akan bertukar kepada warna hijau sebaik sahaja bateri dicaj penuh.
 
7. Berapa lamakah bateri yang dicaj penuh boleh bertahan?
Bateri YES Huddle XS 4G LTE boleh bertahan selama 8 jam. Ini adalah tertakluk kepada penggunaan peranti tersebut, syarat operasi, tahap kuasa transmisi WIFI, tahap kekuatan isyarat LTE, serta penggunaan seharian yang boleh memberi kesan kepada prestasi keseluruhan bateri tersebut.
 
8. Does the Huddle XS 4G LTE support FOTA (Firmware Over The Air)?
Ya, YES Huddle XS 4G LTE menyokong FOTA. YES Huddle XS 4G LTE akan selalu dikemaskini secara automatik setiap kali versi baru diterbitkan. Kapasiti bateri perlulah melebihi 45% untuk perisian baru dipasang.
 
9. Apa maksud warna lampu bateri?
(Bateri sedang dicaj)
Berkelip Hijau Sedang bercaj, tahap bateri tinggi
Berkelip Merah Sedang bercaj, tahap bateri rendah
Hijau padat Dicaj sepenuhnya
                                                                                                                    Indikasi Tahap bateri
Hijau padat Tahap bateri tinggI
Merah padat Tahap bateri rendah

 
10. Bagaimanakah cara memeriksa status bateri?
Anda boleh log masuk ke laman admin untuk memeriksa status di panel kanan atas.
 
11. Berapakah karakter/aksara maksimum yang boleh digunakan untuk WiFi SSID?
Anda boleh menggunakan maksimum 32 karakter/aksara.
 
12. Berapakah karakter/aksara maksimum yang boleh digunakan untuk kata laluan WIFI?
Anda boleh menggunakan 8 karakter/aksara secara minimum dan 63 karakter/aksara secara maksimum.
 
13. Apa maksud warna lampu LED 4G LTE?
Berkelip Merah Tiada servis/Tiada Kad SIM
Hijau padat Disambung kepada rangkaian LTE
Biru padat Isyarat LTE RSRP < – 105
Hijau padat Isyarat LTE RSRP > – 105

 
14. Bagaimanakah cara untuk menyambung kabel USB
● Sambungkan melalui kabel USB dengan PC/komputer riba
● Tunggu sebentar. YES Huddle XS 4G LTE akan dikesan oleh Windows 7 keatas & Mac OS secara automatik
● Untuk Windows XP/Vista, sila ke  ” http://192.168.1.1 -> Advanced Settings > RNDIS > Download ” untuk memasang pemacu.
15. OS mana yang  menyokong penambatan USB?
● Windows – XP, Vista, 7, 8 ,10
● Mac OS versions X10.6 dan ke atas
 
16. Adakah YES Huddle XS 4G LTE mempunyai pin keselamatan untuk SIM?
Ya. Pengguna boleh log masuk ke laman admin untuk menyediakan pin:  – Advanced Settings ⇒ 4G LTE ⇒ SIM Settings
  1. Berapa lamakah tempoh jaminan yang diberikan untuk  peranti YES?
    Kesemua peranti kami mempunyai tempoh jaminan 12 bulan dari tarikh pembelian.
  2. Berapa lamakah tempoh  untuk mendapat ganti peranti?
    Alat ganti anda akan diusahakan secepat mungkin. Tertakluk kepada dasar pemulangan kami, kami akan menggantikan Go 4G Dongle dan Huddle 4G Mobile Hotspot dengan segera di Kedai YES selagi stok masih ada.
  1. Bagaimanakah cara untuk menyambungkan alat peranti kepada Zoom 4G LTE?
    Pastikan Zoom 4G LTE anda dipasang. Seterusnya cari nama rangkaian Zoom 4G LTE SSID yang telah disetkan di alat WIFI anda. Anda sepatutnya menemui:
    Yes4G Zoom LTE – XXXX

    Seterusnya, masukkan kata laluan WIFI  yang telah ditetapkan di belakang YES 4G Zoom LTE.
    [Nota: Kata Laluan WIFI yang telah ditetapkan terdiri daripada 8 angka terakhir nombor IMEI]
  2. Bagaimanakah cara untuk menukarkan perincian rangkaian Zoom 4G LTE saya?
    Pertama sekali, pastikan Zoom 4G LTE anda disambung kepada komputer anda melalui Wi-FI Zoom. Lancarkan pelayar web dan masukkan http://192.168.1.1/ pada bidang URL. Laman Admin Zoom 4G LTE akan dilancarkan. Taip “admin” di ruang kata laluan. Pelayar akan membawa anda kepada halaman persediaan. 
  3. Berapa ramaikah pengguna yang dapat disambungkan kepada Zoom 4G LTE pada satu-satu masa?
    Sebanyak 32 peranti boleh disambungkan kepada Zoom 4G LTE pada satu masa.
  4. Bagaimanakah  cara untuk set semula Zoom 4G LTE saya kepada tetapan kilang?
    • Untuk set semula kepada tetapan kilang, anda perlu  menekan dan menahan butang tetapan di belakang selama 30 saat. Peranti akan dihidupkan semula. Anda juga boleh set semula kepada tetapan kilang dari laman Admin.
    • Tetapan kilang boleh dilakukan melalui laman Admin  Zoom 4G LTE (http://192.168.1.1/). Sila ke Advanced Settings => Management => System Configuration => Restore to factory
  5. Apakah jenis kad SIM yang digunakan di Zoom 4G LTE?
    Zoom 4G LTE menggunakan kad SIM Nano.
  6. Berapa jauhkah radius sambungan rangkaian Wi-Fi Zoom 4G LTE?
    Liputan dalaman  Zoom 4G LTE adalah lebih kurang 20 – 30 meter. Liputan sebenar adalah tertakluk kepada dinding dan halangan di dalam bangunan.
    (2.4GHz – 25-30 meters, 5GHz – 20-25 meters)
  7. Bolehkah saya menggunakan antena lain untuk meningkatkan isyarat Zoom 4G LTE saya? Tidak boleh. Anda perlu menggunakan antena asal yang diberi.
  8. Adakah Zoom 4G LTE menyokong FOTA?
    Ya, Zoom 4G LTE menyokong FOTA. Zoom 4G LTE anda akan dikemas kini secara automatik dengan memuat turun setiap versi baru melalui sambungan sendiri. (But semula untuk memulakannya)
  9. Apakah maksud status ikon LED?
    PWR Penunjuk kuasa
    -merah semasa but semula
    -berkelip kuning semasa FOTA
    4G LTE Penunjuk isyarat 4G LTE
    Wi-Fi Penunjuk Wi-Fi
    LAN1 Penunjuk LAN Port 1
    LAN2 Penunjuk LAN Port 2
  10. Berapakah karekter/aksara yang boleh digunakan untuk WiFi SSID?
    Anda boleh gunakan maksimum 32 karekter/aksara.
  11. Berapakah karekter/aksara yang boleh digunakan untuk kata laluan WIFI?
    Anda boleh gunakan 8 karekter/aksara secara minimum dan 63 karekter/aksara secara maksimum.
  12. Apakah maksud warna lampu 4G LTE LED?
    Kelipan Kuning
    • Kad SIM tidak dapat dikesan
    • (Anda sepatutnya mendengar bunyi klik apabila kad SIM dimasukkan dengan berjaya)
    Kelipan Merah
    • Masukkan pin SIM
    • Imbasan sedang berjalan
    Hijau Kekal Isyarat sambungan LTE terbaik
    Yellow Static Isyarat sambungan LTE baik
    Red Static Isyarat sambungan LTE rendah