Soalan Lazim


 
  1.  Apakah program Jaringan Prihatin?
    Program Jaringan Prihatin merupakan inisiatif Kerajaan Malaysia dengan kerjasama industri Penyedia Perkhidmatan Telekomunikasi, di mana sejumlah RM2.0 bilion telah diperuntukkan untuk penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), membeli peranti telekomunikasi atau pelan data komunikasi. 
  2. Bagaimana saya boleh mendapat manfaat daripada program Jaringan Prihatin?

    Jika anda layak, anda boleh melanggan pelan data atau pakej peranti yang ditawarkan oleh YES yang disubsidi oleh Kerajaan.
     

    Terdapat dua jenis subsidi yang ditawarkan oleh Kerajaan dalam program ini; 
    Subsidi 1: Rebat subsidi pelan data bulanan; atau Subsidi 2: Subsidi pakej peranti.

     

    Jumlah peruntukan subsidi untuk penerima yang layak adalah seperti berikut

     

     

    Kategori 1 – Berkahwin dan Bujang tanpa anak bawah 18 tahun

    Subsidi 1: RM15 sebulan selama 12 bulan

    Subsidi 2: RM180 subsidi pakej peranti


     


    Kategori 2- Berkahwin dan Bujang yang mempunyai anak bawah 18 tahun

    Subsidi 1: RM15 sebulan selama 12 bulan

    Subsidi 2: RM300 subsidi pakej peranti


     


    Dimana nilai manfaat yang ditawarkan oleh YES mungkin berbeza. Pemberian subsidi yang disalurkan juga adalah bergantung pada pihak YES dan pilihan pelan data anda.

  3.  Bagaimanakah saya boleh menyemak sama ada saya layak untuk Jaringan Prihatin?

    Anda layak untuk menyertai program Jaringan Prihatin jika anda merupakan penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR). Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut dan menyemak kelayakan anda di laman web BPR: https://bpr.hasil.gov.my/.
     

    Untuk menyemak kelayakan, sila ikuti langkah-langkah berikut: 
    Langkah 1: Kunjungi laman sesawang: https://bpr.hasil.gov.my/
    Langkah 2: Klik “log masuk” di sebelah kanan atas halaman sesawang
    Langkah 3: Masukkan nombor kad pengenalan anda dan klik “semak”

  4.  Bilakah saya boleh menyertai program Jaringan Prihatin?
    Pendaftaran untuk program ini akan dibuka dari 5 Mei 2021 hingga 30 September 2021. Anda boleh mendaftar dengan YES melalui aplikasi MyYes (Pelangan YES) atau melalui yes.my/kasiupb40 (Pelangan Baru) Pada 30 September 2021.
  5. Berapa lamakah tempoh Program Jaringan Prihatin?
    Program Jaringan Prihatin adalah program selama 12 bulan bermula dari masa anda mendaftar. Tarikh terakhir pendaftaran ialah 30 September 2021, manakala keseluruhan program berlangsung dari 5 Mei 2021 hingga 30 September 2022
  6. Bagaimanakah saya boleh menyertai program Jaringan Prihatin?
    Untuk menyertai program Jaringan Prihatin, jika anda adalah pelangan YES sila log masuk ke aplikasi MyYes anda dan klik sepanduk b40 untuk pendaftaran program Jaringan Prihatin. Untuk pelanggan baru, layari yes.my/kasiupb40 sekarang untuk pendaftaran mudah. SIM baru akan dihantarkan terus kepada anda!

    Atau kunjungi mana-mana kedai YES dan pengedar YES yang sah. Untuk senarai penuh kedai YES, layari yes.my/support/store-locator/
  7. Saya layak untuk program Bantuan Prihatin tetapi saya terlepas tarikh akhir untuk menyertai program Jaringan Prihatin, masih bolehkah saya mendaftar?
    Tidak, anda tidak akan dapat mendaftar jika anda terlepas tarikh akhir pendaftaran pada 30 September 2021, walaupun anda adalah penerima BPR yang layak.
  8. Bagaimana saya boleh membuat rayuan jika saya menghadapi sebarang isu?
    Untuk pertanyaan atau rayuan berkaitan kelayakan, sila layari laman web BPR (https://bpr.hasil.gov.my/) atau hubungi talian hotline BPR (1800-88-2747) untuk maklumat lanjut. Tempoh rayuan BPR seterusnya akan berlangsung dari 15 Jun – 30 Jun 2021. Untuk sebarang perkara lain yang berkaitan dengan YES, sila hubungi talian bantuan kami di 018 333 3303
  9.  Berapa kali boleh saya sertai program Jaringan Prihatin?
    Setiap MyKad yang layak dibenarkan untuk menyertai program Jaringan Prihatin hanya sekali dalam tempoh pendaftaran dari 5 Mei 2021 hingga 30 September 2021. Walaubagaimanapun, anda dibenarkan menukar pendaftaran anda kepada penyedia perkhidmatan lain semasa program berlangsung dari 5 Mei 2021 hingga 30 September 2022.
  1. Siapakah yang layak menyertai program Jaringan Prihatin?
    Semua warganegara Malaysia yang layak menerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak menyertai program Jaringan Prihatin. Pemohon Utama BPR bagi setiap isi rumah layak menyertai program ini. 
  2. Adakah saya layak untuk Jaringan Prihatin jika saya bujang tanpa anak?
    Ya, selagi anda penerima BPR, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Jika anda bujang tanpa anak, anda berhak mendapat peruntukan subsidi RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan, atau RM180 untuk subsidi pakej peranti. 
  3. Adakah saya layak untuk Jaringan Prihatin jika saya ibu/bapa tunggal?
    Ya, selagi anda penerima BPR, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Jika anda ibu/bapa tunggal dengan anak-anak di bawah umur 18 tahun, anda berhak mendapat peruntukan subsidi RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan, atau RM300 untuk subsidi pakej peranti. 
  4. Adakah saya layak untuk Jaringan Prihatin jika saya sudah berkahwin dan tiada anak-anak?
    Ya, selagi anda penerima BPR, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Jika anda sudah berkahwin dan tiada anak-anak, anda berhak mendapat peruntukan subsidi RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan, atau RM180 untuk subsidi pakej peranti. 
  5. Adakah saya layak untuk Jaringan Prihatin jika saya berkahwin dan mempunyai anak-anak?
    Ya, selagi anda penerima BPR, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Jika anda sudah berkahwin dan mempunyai anak-anak yang di bawah umur 18 tahun, anda berhak mendapat peruntukan subsidi RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan, atau RM300 untuk subsidi pakej peranti. 
  6. Anak-anak saya berusia lebih 18 tahun dan masih menetap di rumah saya; adakah saya layak menerima subsidi pakej peranti RM300?
    Tidak, anda hanya layak menerima subsidi pakej peranti RM300 jika anak-anak anda berumur di bawah 18 tahun.
  7.  Saya warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warganegara asing dan kami mempunyai anak-anak. Adakah saya layak untuk Jaringan Prihatin?
    Jika anda seorang warganegara Malaysia yang layak menerima BPR dan berkahwin dengan warganegara asing, anda layak untuk Jaringan Prihatin. Jika anda mempunyai anak-anak di bawah umur 18 tahun, anda layak menerima RM15 setiap bulan bagi tempoh 12 bulan untuk pelan data bulanan, atau RM300 untuk subsidi pakej peranti. 
  8. Bagaimana saya boleh mengetahui sama ada pendaftaran BPR saya berjaya?
    Untuk mengetahui sama ada pendaftaran BPR anda berjaya, sila ikuti langkah-langkah berikut: 
    Langkah 1: Kunjungi laman sesawang https://bpr.hasil.gov.my/
    Langkah 2: Klik “log masuk” di sebelah kanan atas halaman sesawang
    Langkah 3: Masukkan nombor IC anda dan klik “semak”
  9. Adakah Jaringan Prihatin menerima permohonan daripada pelanggan asing?
    Tidak, hanya warganegara Malaysia yang mendapat BPR layak menyertai program Jarigan Prihatin.
  10. Saya tidak layak untuk program ini; bolehkah saya membuat rayuan status kelayakan saya?
    Semua penerima BPR adalah layak untuk program Jaringan Prihatin. Jika anda telah dianggap tidak layak untuk program Jaringan Prihatin, sila dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai kelayakan BPR, melalui laman web BPR (https://bpr.hasil.gov.my/) atau hubungi talian hotline BPR (1800-88-2747). Tempoh rayuan BPR seterusnya akan berlangsung dari 15 Jun – 30 Jun 2021
  11. Saya layak untuk program Jaringan Prihatin dan saya mempunyai 2 nombor telefon bimbit. Bolehkah saya membuat tuntutan ke atas kedua-dua nombor?
    Hanya satu tuntutan dibenarkan bagi setiap Kad Pengenalan individu yang layak. Jika anda mempunyai dua (2) nombor mudah alih, anda hanya boleh memilih satu (1) nombor mudah alih yang akan menerima tuntutan subsidi tersebut.
  12. Bagaimanakah pembayaran akan dibuat kepada penerima subsidi Jaringan Prihatin?
    Subsidi Jaringan Prihatin akan diberi melalui pembelian pelan data atau pakej peranti daripada YES yang telah dipilih oleh penerima subsidi tersebut.
    Anda boleh membuat permohonan melalui yes.my/kasiupb40 atau memuat turun aplikasi MyYes dan klik pada sepanduk b40.
  13. Adakah penerima subsidi Jaringan Prihatin dibenarkan untuk membuat tuntutan kepada Pemberi Perkhidmatan yang berbeza sepanjang tempoh program selama 12 bulan?
    Ya, penerima yang layak dibenarkan untuk menuntut subsidi Jaringan Prihatin daripada maksimum empat (4) Pemberi Perkhidmatan yang berbeza dalam tempoh program selama 12 bulan. Penerima yang layak hanya boleh berdaftar dengan satu (1) Pemberi Perkhidmatan pada sesuatu masa sepanjang tempoh tersebut.

    Sila rujuk yes.my/kasiupb40 untuk maklumat lanjut mengenai penebusan dan penukaran.
  14. Bolehkah penerima membuat lebih daripada satu (1) tuntutan melalui satu Kad Pengenalan?
    Tidak. Setiap penerima yang layak hanya dibenarkan membuat satu tuntutan bagi setiap Kad Pengenalan di bawah program Jaringan Prihatin. 
  15.  Bolehkah penerima subsidi memindahkan Subsidi Jaringan Prihatin kepada mana-mana orang lain? 
    Tidak. Subsidi Jaringan Prihatin adalah terikat dengan Kad Pengenalan penerima individu tersebut dan oleh itu tidak boleh dipindahkan kepada pihak ketiga.
  16. Bolehkah penerima subsidi mengeluarkan Subsidi Jaringan Prihatin sebagai wang tunai?
    Tidak, subsidi tersebut tidak boleh dikeluarkan sebagai wang tunai. 

 

  1. Jika Pelanggan Jaringan Prihatin memilih subsidi RM180, apakah pelan yang sesuai untuk mereka langgan?

    Jika anda adalah pelanggan YES, sila log masuk ke applikasi MyYes dan klik sepanduk B40 untuk mendaftar ke Program Jaringan Prihatin. 
    Bagi pelanggan baru pula, lawati yes.my/kasiupb40 sekarang untuk mendaftar. SIM baru akan dihantar terus kepada anda!

    Atau kunjungi mana-mana kedai YES dan peniaga sah YES. Untuk senarai penuh kedai YES, lawati yes.my/support/store-locator/. Tertakluk kepada terma dan syarat.

  2. Jika Pelanggan Jaringan Prihatin memilih subsidi RM180, apakah pelan yang sesuai untuk mereka langgan?

    (i) Mereka perlukan pakej bundle peranti (iaitu peranti mudah alih atau peranti WiFi); atau
    (ii) Pelan data bulanan yang mana anda boleh menebus RM 15 setiap bulan selama 12 bulan sehingga tarikh akhir program ini iaitu, 30 September 2022

    Tawaran khusus mungkin berbeza-beza tertakluk kepada YES.

  3. Apakah pelan yang sesuai untuk dilanggan oleh Penerima yang menyertai program subsidi Jaringan Prihatin RM300, yang telah pun berkahwin atau merupakan ibu/bapa tunggal?

    Jika Penerima memilih untuk menebus subsidi RM300, mereka hanya boleh menggunakannya untuk menebus pakej bundle peranti (iaitu peranti mudah alih ditambah pelan data) sahaja. 

  4. Jika Penerima memilih rebat subsidi Jaringan Prihatin sebanyak RM15 sepanjang tempoh program, apakah pelan yang sesuai untuk dilanggan?
    Secara umumnya, Penerima diberi kebebasan untuk memohon rebat bagi pelan baru dan sedia ada, prabayar dan pascabayar yang ditawarkan dibawah program ini. Walau bagaimanapun, tawaran mungkin berbeza-beza tertakluk kepada terma dan syarat Penyedia Perkhidmatan masing-masing.
  5.  Bagaimana boleh saya gunakan rebat RM15 bulanan?
    Secara umum, anda boleh menggunakan rebat RM15 bulanan untuk:
    (i) membeli pelan data bulanan (untuk pelanggan prabayar sahaja), atau
    (ii) mengimbangi pembayaran bil pelan data bulanan pascabayar anda (untuk pelanggan pascabayar sahaja).
  6.  Saya memutuskan untuk mendapatkan subsidi pelan data RM15 sebulan, berapa kalikah boleh saya menebusnya?
    Anda boleh menebus RM15 sebulan sebanyak dua belas (12) kali. Penebusan terhad kepada sekali sebulan sahaja. Anda mempunyai sehingga 30 September 2022 untuk menebus subsidi tersebut.
  7.   Bolehkah Penerima menebus lebih daripada sekali dalam masa sebulan untuk subsidi RM15 Jaringan Prihatin?
    Tidak, Penerima tidak boleh menebus subsidi Jaringan Prihatin lebih daripada sekali dalam masa sebulan.
  8. Berapa kalikah saya perlu mendaftar dengan program ini untuk menikmati rebat RM15?
    Anda hanya perlu mendaftar sekali sahaja untuk program Jaringan Prihatin. Tempoh pendaftaran bagi program ini dibuka dari 5 Mei 2021 hingga 30 September 2021.
  9.  Saya terlepas tarikh akhir untuk mendaftar dengan program Jaringan Prihatin pada 30 September 2021, adakah saya masih boleh mendaftar?
    Tidak, tarikh akhir pendaftaran ialah pada 30 September 2021. Pendaftaran selepas tarikh tersebut tidak akan dilayan. 
  10.  Bolehkah Penerima memilih tarikh pengeluaran/pembayaran subsidi RM15 Jaringan Prihatin?
    Tidak, Penerima tidak boleh memilih tarikh pembayaran subsidi dibuat. Secara umumnya, penebusan dan pembayaran subsidi akan berlaku pada bulan yang sama. Walau bagaimanapun, masa pembayaran yang tepat mungkin berbeza diantara setiap Penyedia Perkhidmatan dan juga antara pelan prabayar dan pasca bayar. 
  11. Saya telah mendaftar untuk pakej peranti sebelum 5 Mei 2021 (permulaan program Jaringan Prihatin). Bolehkah saya menggunakan subsidi peranti RM180 untuk pakej itu?
    Tidak, subsidi peranti program Jaringan Prihatin hanya boleh dipakai untuk pakej peranti baharu yang ditawarkan oleh Penyedia Perkhidmatan yang terlibat dalam Program Jaringan Prihatin.
  12. Bolehkah Penerima menggunakan rebat subsidi Jaringan Prihatin untuk membuat pembayaran setahun lebih awal atau mendapatkan rebat untuk pembelian pelan data?
    Tidak, rebat subsidi Jaringan sebanyak RM15 sebulan tidak boleh dibayar secara penuh untuk setahun bagi menyelesaikan bil atau pembelian pelan data.
  13. Adakah Penerima masih dapat menikmati rebat jika talian disekat atau digantung semasa tempoh rebat?
    Sekiranya talian anda disekat atau digantung, rebat akan dikira lupus. Jika anda mengaktifkan semula talian dalam tempoh rebat, anda akan dapat menikmati rebat dari tempoh tersebut sehingga tamat tempoh 12 bulan yang diberikan. Sebarang subsidi yang tidak ditebus dalam tempoh talian disekat atau digantung sepanjang program Jaringan Prihatin, tidak akan diambil kira dan dianggap lupus.
  14. Bolehkan pelan subsidi ini dikira sebagai pro-rata?
    Tidak, subsidi ini tidak boleh diberikan secara pro-rata.
  15. Bolehkah Penerima menyertai program Subsidi Jaringan Prihatin ini dengan beberapa Penyedia Perkhidmatan secara serentak?
    Tidak, Penerima hanya boleh menyertai program Subsidi Jaringan Prihatin dengan satu (1) Penyedia Perkhidmatan pada satu masa.
  16.  Bolehkah Penerima bertukar kepada kepada Penyedia Perkhidmatan lain setelah pendaftaran berlaku?
    Ya. Penerima boleh bertukar kepada Penyedia Perkhidmatan lain selepas tiga puluh (30) hari dari tarikh penebusan awal.
  17. Bolehkah Penerima bertukar kepada opsyen lain dibawah Subsidi Jaringan Prihatin selepas pendaftaran berlaku?
    Setelah Penerima mendaftar dibawah salah satu opsyen dibawah Subsidi Jaringan Prihatin, Penerima tidak dibenarkan untuk bertukar kepada opsyen lain. 
  18. Penerima tidak mendaftar untuk Subsidi Jaringan Prihatin, tetapi telah menerima bungkusan daripada YES, apakah yang patut dilakukan?
    Penerima boleh menghubungi talian YES Prihatin kami di 018 333 3303.
  19. Sekiranya Penerima telah mendaftar untuk menyertai program Subsidi Jaringan Prihatin melalui IVR tetapi masih tidak mendapat maklum balas, apakah yang perlu dilakukan oleh Penerima?
    Penerima boleh menggunakan kaedah lain untuk pendaftaran Subsidi Jaringan Prihatin seperti yang dinyatakan dalam Soalan Lazim 1 Pendaftaran dan Penebusan.
  20. Bagaimanakah cara untuk Penerima memastikan bahawa Subsidi Jaringan Prihatin telah berjaya dikreditkan ke dalam akaun perkhidmatan YES?

    Penerima perlu memuat turun aplikasi MyYes untuk memantau akaun mereka.

  21. Bolehkah Penerima Subsidi Jaringan Prihatin meneruskan pelan perkhidmatan setelah tempoh program selama 12 bulan tamat?
    Penerima Subsidi Jaringan Prihatin masih boleh meneruskan pelan yang dilanggan setelah program 12 bulan berakhir dengan membayar caj komitmen.
  22. Apakah yang dimaksudkan dengan data add-on LTE 2GB Harian Percuma?
    Data add-on LTE 2GB Harian Percuma hanya boleh diguna pakai untuk pelan terpilih sahaja, dan sah selama sehari. Ianya hanya boleh ditebus SEKALI setiap hari secara manual melalui aplikasi MyYes, MyAccount atau YES Express Payment Channel. Sila rujuk https://www.yes.my/tnc/products-services-tnc untuk maklumat lanjut.
  23. Bagaimanakah Rebat Subsidi Jaringan Prihatin RM15 dikenakan untuk pelan prabayar?
    Penerima Subsidi Jaringan Prihatin akan ditawarkan dengan add-on Prihatin seperti dibawah untuk ditebus dibawah Subsidi Jaringan Prihatin. Add-on Prihatin boleh didapati di aplikasi MyYes, MyAccount & YES Express Payment Channel.
    Jenis Data Tambahan Prabayar Prihatin  YES Prihatin Prepaid RM0 for 15GB YES Prihatin Prepaid RM15 Unlimited
    Harga RM0 RM15
    Data 15GB
    (Tiada Had)
    Tanpa Had*
    (sehingga 7mbps)
    Hotspot Ya 9GB
    Tempoh Sah Data Tambahan 30 hari Dari Tarikh Pembelian 30 hari Dari Tarikh Pembelian
    Tempoh Sah Akaun 30 hari Dari Tarikh Pembelian 60 hari Dari Tarikh Pembelian
    Data Tambahan 2GB**
    (Tiada Had)


    * Penstriman video berdasarkan piawaian kualiti definisi, polisi penggunaan saksama.
    ** Data LTE Harian Prabayar YES Percuma 2GB adalah sah selama sehari. Anda hanya dibenarkan menebuskannya SEKALI setiap hari, secara manual, sehingga tarikh akhir peruntukan Subsidi Jaringan Prihatin. Tambahan Data LTE YES Prabayar Percuma 2GB Harian boleh didapati dengan penggunaan add-on YES Prihatin Prepaid RM15 Unlimited. 

  24. Bolehkah saya naik taraf data tambahan YES Prihatin Prepaid RM 0 for 15GB kepada data tambahan YES Prihatin Prepaid RM 15 Unlimited data add-on?
    Ya, anda  boleh  menaik taraf data tambahan YES Prihatin Prepaid RM 0 for 15GB kepada data tambahan YES Prihatin Prepaid RM 15 Unlimited  dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
    1) Muat turun aplikasi MyYes;
    2) Aktifkan SIM Card anda melalui Ekyc;
    3) Klik pada butang “BELI ADD-ON”;
    4) Pilih YES Prihatin Prepaid RM15 Unlimited; dan
    5) Selesaikan pembayaran sebanyak RM 15.00

     
  25. Apakah dengan pembelian add-on Prihatin, tempoh akaun pelan perkhidmatan prabayar akan dipanjangkan?
    Tempoh sah akaun pelan perkhidmatan prabayar akan dipanjangkan dengan pembelian add-on Prihatin namun tempohnya bergantung kepada jenis add-on. 
  26.  Bilakah add-on Jaringan Prihatin akan diperuntukkan kepada pelanggan pelan prabayar?

    Untuk Pelanggan Baru:
    Add-on Jaringan Prihatin pertama akan diperuntukkan selepas tarikh SIM berjaya diaktifkan. Peruntukkan add-on Jaringan Prihatin yang seterusnya akan diberikan selang 30 hari, bermula dari 30 hari selepas tarikh pengaktifan SIM, iaitu sebulan sekali untuk baki 11 bulan. 
    Sebagai contoh: Penerima Subsidi mendaftar Pelan Prabayar YES Prihatin pada 01 Apr 2021 dan mengaktifkan SIM pada 05 April 2021. Peruntukkan Jaringan Prihatin pertama akan diberikan ketika itu (5 April 2021). Manakala peruntukkan add-on Jaringan Prihatin ke-2 akan diterima pada 05 Mei 2021.

    Untuk Pelanggan sedia ada:
    Peruntukkan add-on Jaringan Prihatin pertama akan diberikan selepas pendaftaran berjaya dibuat. Peruntukkan Jaringan Prihatin yang berikutnya akan diberikan selang 30 hari, bermula dari 30 hari selepas tarikh pendaftaran, (iaitu sebulan sekali untuk baki 11 bulan).
    Sebagai contoh: Penerima Jaringan Subsidi berjaya mendaftar pada 20 Apr 2021, dia akan diperuntukkan add-on Jaringan Prihatin pertama. Selanjutnya pada 20 Mei 2021, dia akan menerima tambahan Jaringan Prihatin ke-2.

  27. Adakah Penerima Subsidi Jaringan Prihatin diperlukan untuk menebus tambahan prabayar Prihatin secara manual?
    YA. Penerima Subsidi Jaringan Prihatin perlu menebus add-on Prihatin secara manual melalui aplikasi  MyYes, MyAccount atau YES Express Payment Channel.
  28. Apakah yang berlaku sekiranya Penerima Subsidi Jaringan Prihatin tidak menebus add-on prabayar Prihatin dalam tempoh 30 hari selepas tarikh peruntukkan?

    Sekiranya Penerima Subsidi Jaringan Prihatin gagal menebus add-on Prihatin dalam tempoh 30 hari ia diperuntukan, add-on Prihatin RM0-15GB akan dikreditkan secara automatik pada akhir setiap 30 hari bermula dari hari selepas tarikh pengaktifan / pendaftaran.
     

    Sebagai contoh: Penerima Subsidi Jaringan Prihatin membeli Pelan Prabayar Prihatin pada 01 Apr 2021, dan mengaktifkan SIM pada 05 April 2021 maka add-on Jaringan Prihatin 1 akan diperuntukkan pada tarikh pengaktifan. Sekiranya dia tidak menebus add-on Prihatin, pada atau sebelum 04 Mei 2021, maka pada 05 Mei 2021, add-on Prihatin 15GB akan dikreditkan secara automatik ke akaun penerima. Mekanisme yang sama akan berlaku untuk baki penebusan add-on Prihatin yang seterusnya.

  29. Bagaimanakah data Add-On prabayar digunakan?
    Penggunaan data Add-On adalah berdasarkan keutamaan mengikut susunan berikut. 
    1) Add-On Prihatin 15GB, 
    2) Add-On Unthrottle Me atau Add-On Hotspot (tertakluk kepada pelanggan data tanpa had yang diperuntukkan),
    3) Data add-on tanpa had,
    4) Data add-on, data tonnage, 
    5) Pelan berdasarkan peruntukkan tonnage.
  30. Bagaimana Subsidi Jaringan Prihatin RM15 berfungsi di bawah pelan pascabayar?
    Penerima Subsidi Jaringan Prihatin akan menerima bil subsidi RM15 setiap bulan pada kitaran bil berikutnya selepas pendaftaran berjaya dibuat. Subsidi RM15 setiap bil akan dikreditkan secara automatik ke dalam akaun perkhidmatan pada setiap kitaran bil dengan jumlah 12 kitaran, sehingga 30 September 2022.
  31. Bagaimanakah data Add-On pascabayar digunakan?
    Penggunaan data Add-On adalah berdasarkan keutamaan mengikut susunan berikut. 
    1) Data Add-On – Percuma 2GB selama sehari, 
    2) Data Add-On – Data berasaskan tonnage, 
    3) Peruntukkan pelan asas tonnage.
  32. Apakah akan berlaku sekiranya Penerima Subsidi Jaringan Prihatin melanggan pembaharuan automatik bagi pelan add-on yang sedia ada?

    Pembaharuan automatik pada add-on yang sedia ada akan tetap diteruskan seperti biasa. Untuk mengelakkan pembelian data add-on yang berlebihan, penerima dinasihatkan untuk menghentikan perkhidmatan pembaharuan automatik.

  33. Saya mahu memilih subsidi peranti dengan Penyedia Perkhidmatan saya, namun stok tidak mencukupi, apa yang perlu saya lakukan?
    Periksa dengan Penyedia Perkhidmatan anda samaada mereka mempunyai stok peranti untuk ditebus sebelum 30 September 2021. Sekiranya tiada, anda boleh bertukar ke Penyedia Perkhidmatan lain. 
  34. Bagaimana jika Penerima mempunyai pertanyaan lain yang tidak terkandung dalam Soalan Lazim ini?
    Penerima boleh menghubungi talian YES Prihatin kami di 018 333 3303.
  35. Bagaimana untuk memeriksa status permohonan atau status penghantaran?
    Untuk memeriksa status permohonan atau status penhantaran anda, ikuti langkah-langkah berikut:
    1. layari https://lcs.yes.my/
    2. Pilih Program YES Prihatin
    3. Masukkan nombor MyKad
    4. Masukkan nombor telefon berdaftar
    5. Klik “Hantar”
    6. (jika berkenaan) Anda boleh memeriksa status penghantaran dengan mengklik butang “Klik di sini”.
    7. Sila masukkan nombor pemesanan anda dan klik pada “Track”.

     
  1. Adakah Penerima masih berhak mendapat rebat Jaringan Prihatin RM15 sebulan jika mereka bertukar kepada Penyedia Perkhidmatan yang lain?
    Ya, Penerima masih berhak mendapat rebat Jaringan Prihatin RM15 sebulan jika mereka bertukar daripada satu Penyedia Perkhidmatan kepada yang lain, namun mereka dikehendaki menamatkan perkhidmatan mereka terlebih dahulu dengan Penyedia Perkhidmatan sedia ada. Had penukaran maksimum adalah 3 kali selepas pendaftaran awal dilakukan dengan Penyedia Perkhidmatan pertama (contohnya: Penyedia Perkhidmatan A> Penyedia Perkhidmatan B > Penyedia Perkhidmatan C > Penyedia Perkhidmatan D) di sepanjang program ini.
  2. Bolehkah Penerima Subsidi Jaringan Prihatin menukar Pelan Perkhidmatan Jaringan Prihatin kepada mana-mana Pelan Perkhidmatan Prabayar atau Pelan Perkhidmatan Pascabayar di dalam Tempoh Program?
    Di dalam Tempoh Program, Penerima Subsidi  Jaringan Prihatin yang telah melanggani Pelan Perkhidmatan Prabayar YES Prihatin, Pelan Perkhidmatan YES Prihatin Belajar dari Rumah untuk Individu dan Pelan Perkhidmatan YES Prihatin Belajar dari Rumah untuk Keluarga  adalah tidak dibenarkan untuk menukar pelan perkhidmatan sedemikian  kepada mana-mana Pelan Perkhidmatan Pascabayar atau Pelan Perkhidmatan Prabayar yang lain.
  3.  Bolehkah Penerima bertukar kepada Penyedia Perkhidmatan yang lain dalam tempoh 30 hari dari tarikh pendaftaran?
    Tidak, Penerima tidak boleh bertukar kepada Penyedia Perkhidmatan yang lain dalam tempoh 30 hari dari tarikh pendaftaran.
  4. Bolehkah Penerima yang memenuhi syarat port-in/ mendaftar nombor penyedia perkhidmatan semasa untuk Subsidi Jaringan Prihatin di bawah YES?
    Penerima Subsidi Jaringan Prihatin dibenarkan untuk port-In dengan syarat yang dinyatakan di Soalan Lazim 1 daripada satu Penyedia Perkhidmatan ke yang lain. Namun, Penerima harus membatalkan Subsidi Jaringan Prihatin dengan Penyedia Perkhidmatan sedia ada.
  5. Apakah yang akan terjadi kepada baki Subsidi Jaringan Prihatin, jika Penerima menghentikan pelan semasa dan mendaftar ke pelan lain?

    Baki Subsidi Jaringan Prihatin akan diteruskan dalam pelan baru.

  6. Saya kini berdaftar dengan Penyedia Perkhidmatan ‘A’ dan ingin bertukar kepada Penyedia Perkhidmatan yang lain. Adakah saya masih layak untuk menerima subsidi Jaringan Prihatin?
    Ya. Anda perlu menamatkan pendaftaran Jaringan Prihatin anda terlebih dahulu dengan Penyedia Perkhidmatan ‘A’. Seterusnya, anda boleh mendaftar dengan Penyedia Perkhidmatan yang baru untuk terus menikmati program Jaringan Prihatin. Walau bagaimanapun, penukaran maksimum adalah sehingga 3 kali sahaja (iaitu Penyedia Perkhidmatan A (pakej semasa) > Penyedia Perkhidmatan B > Penyedia Perkhidmatan C > Penyedia Perkhidmatan D) sepanjang program ini. Ini bagaimanapun hanya melibatkan mereka yang memilih subsidi pelan data bulanan, dan BUKAN subsidi pakej peranti. 
  7. Bolehkah saya bertukar kepada pelan data yang berbeza dengan Penyedia Perkhidmatan saya selepas mendaftar?
    Ya, anda boleh beralih ke pelan data yang berbeza asalkan tawaran tersebut melayakkan penerima untuk menebus subsidi Jaringan Prihatin secara bulanan. 
  8. Adakah Penerima yang berpindah ke Penyedia Perkhidmatan lain perlu mendaftar semula ke program Subsidi Jaringan Prihatin atau kelayakan boleh dikesan secara automatik?Penerima perlu menamatkan Subsidi Jaringan Prihatin dengan Penyedia Perkhidmatan sedia ada terlebih dahulu sebelum mendaftar semula dengan Penyedia Perkhidmatan baharu untuk Program Jaringan Prihatin.
  9. Saya telah menikmati rebat Prihatin bulanan dengan Penyedia Perkhidmatan sekarang. Bolehkah saya menamatkan program langganan ini dan meneruskan program dengan Penyedia Perkhidmatan yang baru?
    Anda dibenarkan menamatkan perkhidmatan pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, penebusan subsidi adalah terhad kepada sekali sebulan sama ada dengan Penyedia Perkhidmatan sedia ada atau Penyedia Perkhidmatan yang baru. Contohnya, Jika anda telah menerima subsidi (untuk Pascabayar) atau (untuk Prabayar) sebelum anda menamatkan talian anda dengan Penyedia Perkhidmatan sedia ada, anda tidak akan dapat menebus subsidi RM15 lagi daripada Penyedia Perkhidmatan lain pada bulan yang sama.
  1. Bagaimanakah caranya untuk Penerima membatalkan penyertaan program Subsidi Jaringan Prihatin? 
    Penerima Subsidi Jaringan Prihatin perlu hadirkan diri ke kedai YES untuk membatalkan penyertaan dalam subsidi Jaringan Prihatin. Pembatalan wajib dilakukan sekiranya penerima ingin terus menikmati baki Subsidi Jaringan Prihatin dengan penyedia perkhidmatan lain. Sila ambil perhatian bahawa pembatalan hanya terpakai kepada Penerima Subsidi Jaringan Prihatin yang telah memilih subsidi pelan data bulanan RM15; ia tidak terpakai kepada subsidi pakej peranti.
  2.  Jika Penerima tidak membatalkan penyertaan mereka daripada program Subsidi Jaringan Prihatin, adakah pelan perkhidmatannya turut terbatal?
    Pembatalan Subsidi Jaringan Prihatin tidak dianggap sebagai penamatan pelan perkhidmatan. Penerima masih boleh terus menggunakan pelan perkhidmatan dengan membayar caj komitmen. Sekiranya enggan meneruskan perkhidmatan ini, penerima perlu menghentikan pelan perkhidmatan tersebut
  3. Perlukah Penerima membatalkan pendaftaran jika ingin bertukar pelan perkhidmatan dengan penyedia perkhidmatan sedia ada?
    Penerima Subsidi Jaringan Prihatin tidak perlu membatalkan pendaftarannya. 
  4. Bolehkah Penerima menikmati baki subsidi jika mereka menamatkan nombor telefon bimbit mereka dengan Penyedia Perkhidmatan sedia ada semasa tempoh 12 bulan program subsidi berlangsung, dan beralih ke nombor baru dengan Penyedia Perkhidmatan lain?
    Ya, anda boleh menamatkan perkhidmatan anda dengan Penyedia Perkhidmatan sedia ada dan bertukar kepada Penyedia Perkhidmatan yang baru. Anda masih boleh menikmati rebat RM15 jika belum melebihi dua belas (12) penebusan sepanjang tempoh program berlangsung dari 5 Mei 2021 hingga 30 September 2022.
  5. Saya pelanggan pascabayar dan kini menikmati rebat RM15 sebulan, adakah saya masih akan mendapat rebat selepas penamatan akaun perkhidmatan?
    Tidak, anda tidak akan menerima rebat RM15 dalam bil anda selepas penamatan akaun perkhidmatan anda. 
  1. Apakah itu Program Jaringan Prihatin bersama YES?
    Program Jaringan Prihatin bersama YES adalah satu program subsidi usahasama diantara Kerajaan dan YES yang menawarkan pakej perkhidmatan telekomunikasi dan peranti kepada penerima subsidi yang berkelayakan.
  2. Siapakah yang layak untuk menyertai Program Jaringan Prihatin bersama YES?
    Semua warganegara Malaysia yang memenuhi syarat Bantuan Prihatin Rakyat (“BPR”) layak untuk menyertai Program Jaringan Prihatin bersama YES. Namun, hanya pemohon utama BPR bagi setiap isi rumah harus memohon. Tertakluk kepada terma dan syarat.
  3. Apakah produk-produk yang saya boleh langgani sebagai sebahagian daripada Jaringan Prihatin dengan YES Program?

    Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan langganan produk-produk di bawah Jaringan Prihatin dengan YES Programme, sila rujuk kepada laman web kami di yes.my.

    Berkenaan dengan YES Prihatin Learn From Home For Families Service Plan dan YES Prihatin Learn From Home For Individuals Service Plan anda adalah berhak kepada suatu YES smartphone. Sila rujuk kepada jadual di bawah berkenaan dengan spesifikasi minima YES smartphone:

     
    Penerangan Spesifikasi
    Paparan (Display) 5.0” 
    OS Android Go; Google GMS Certified
    Kamera 5MP (rear) + 2MP(Front)
    Bateri 2000mAh
    RAM 1GB
    ROM 8GB with SD Card support
    Chipset Quad-core 64-bit 
  4. Bolehkah bukan wargenagara melanggan mana-mana Program Jaringan Prihatin bersama YES?
    Tidak, Program Jaringan Prihatin bersama YES adalah khas untuk warganegara Malaysia yang layak mendapat BPR.
  5. Bolehkah saya menyertai Kasi Up dan Program Prihatin Refer & Earn melalui Program Jaringan Prihatin bersama YES?
    Ya, selepas berjaya mengaktifkan SIM YES Prihatin, anda boleh berkongsi kod rujukan dengan keluarga dan rakan anda. Untuk keterangan lebih lanjut, sila rujuk terma dan syarat YES Kasi Up dan Prihatin Refer & Earn.
  6. Apakah akan berlaku sekiranya Peruntukan Kapasiti Data saya tidak digunakan dengan sepenuhnya?
    Sebarang baki data internet yang tidak digunakan tidak akan dibawa ke hadapan.
  7. Apakah akan berlaku sekiranya saya menggunakan Peruntukan Kapasiti Data dengan sepenuhnya sebelum tempoh sah perkhidmatan tamat?
    Anda masih boleh menikmati akses Internet tetapi dengan kelajuan internet sehingga 512kbps sahaja. Untuk terus menikmati perkhidmatan Internet dengan kelajuan yang lebih pantas, anda boleh membeli Data Add-On melalui aplikasi MyYes, MyAccount atau YES Express Payment Channel.
  8. Bolehkah saya menukar nombor telefon yang didaftar dengan syarikat telekomunikasi lain ke Program Jaringan Prihatin bersama YES?

    Ya, anda boleh melakukannya dengan mengikuti langkah di bawah:
    Langkah 1: Muat turun aplikasi MyYes
    Langkah 2: Klik “Switch to YES” di tab “Quick Access” di halaman utama. Di halaman berikut, satu lagi butang “Switch to YES” akan muncul. Klik pada butang tersebut
    Langkah 3: Masukkan nombor mudah alih yang ingin anda kekalkan dan klik “VERIFY” 
    Langkah 4: Klik pada nombor pengganti YES dan klik “SUBMIT” 
    Langkah 5: Nantikan SMS daripada penyedia perkhidmatan lama anda, kemudian balas dengan “yes” 
    Langkah 6: Untuk memeriksa status anda, sila ke “Switch to YES” dibawah tab “Quick Access” kemudian tekan “CHECK STATUS”.

  9. Saya sudahpun menerima SIM. Bagaimanakah cara untuk saya mengaktifkannya?
    Untuk mengaktifkan SIM anda:
    (i) Muat turun aplikasi MyYes
    (ii) Pada halaman log masuk, tekan “New User” 
    (iii) Klik “Activate SIM” dan ikuti langkah-langkah pengaktifan diri di skrin
    (iv) Sebaik pengaktifan berjaya, anda boleh log masuk ke akaun melalui nombor telefon dan kata laluan yang dihantar ke e-mel anda. Anda juga boleh log masuk menggunakan kaedah TAC sekiranya tidak menemui kata laluan anda. 
  10. Bolehkah saya menukar alamat penghantaran selepas pendaftaran?
    Ya. Selagi SIM belum dihantar, alamat masih boleh ditukar. 
  1. Apakah Program Pelan Pascabayar Jaringan Prihatin bersama YES?

    Program Pelan Pascabayar Jaringan Prihatin bersama YES adalah satu program subsidi bersama diantara Kerajaan dan YES yang menawarkan pakej perkhidmatan telekomunikasi dan peranti kepada penerima subsidi yang layak.
     

  2. Siapakah yang layak untuk menyertai Program Pelan Pascabayar Jaringan Prihatin bersama YES?

    Semua warganegara Malaysia yang memenuhi syarat Bantuan Prihatin Rakyat (“BPR”) layak untuk menyertai Program Pascabayar Jaringan Prihatin bersama YES. Tetapi, hanya pemohon utama BPR bagi setiap isi rumah yang boleh memohon. Tertakluk kepada terma dan syarat.
     

  3. Apakah produk yang boleh saya langgani bagi Program Pelan Pascabayar Jaringan Prihatin bersama YES?

    Untuk maklumat lanjut berkenaan langganan produk-produk di bawah Program Pelan Pascabayar Jaringan Prihatin bersama YES, sila rujuk laman web kami di yes.my. Berkenaan dengan YES Prihatin Learn From Home Family Postpaid dan YES Prihatin Learn From Home Individual Postpaid anda berhak mendapat satu unit Samsung Galaxy A02.
     

  4. Adakah saya akan terikat bersama Kontrak sekiranya saya melanggan mana-mana Pelan Pascabayar Jaringan Prihatin?

    Ya, tempoh Kontrak adalah selama 12 bulan.
     

  5. Adakah saya perlu membayar sebarang pembayaran pendahuluan sekiranya saya melanggan mana-mana Pelan Pascabayar Jaringan Prihatin?

    Ya, untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh merujuk kepada Terma dan Syarat Pelan Perkhidmatan Pascabayar YES Jaringan Prihatin @ https://www.yes.my/tnc/products-services-tnc
     

  6. Sekiranya bukan warganegara Malaysia, bolehkah saya melanggan mana-mana Program Pelan Pascabayar Jaringan Prihatin bersama YES?

    Tidak, Program Pelan Pascabayar Jaringan Prihatin bersama YES adalah khas untuk warganegara Malaysia yang layak mendapatkan BPR.
     

  7. Bolehkah saya menyertai Program Kasi Up dan Prihatin Rujuk & Jana melalui Program Pelan Pascabayar Jaringan Prihatin bersama YES?

    Ya, selepas berjaya mengaktifkan SIM YES Prihatin, anda boleh berkongsi kod rujukan bersama keluarga dan rakan anda. Untuk keterangan yang lebih lanjut, sila rujuk terma dan syarat YES Kasi Up dan Prihatin Rujuk & Jana.
     

  8. Apakah akan berlaku sekiranya Peruntukan Kapasiti Data saya tidak digunakan dengan sepenuhnya?

    Sebarang Peruntukan Kapasiti Data yang tidak digunakan pada akhir Kitaran Biltidak akan dibawa ke Kitaran Bil berikut.
     

  9. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya menggunakan Peruntukan Kapasiti Data dengan sepenuhnya sebelum Kitaran Bil?

    Anda masih boleh menikmati akses Internet tetapi dengan kelajuan internet sehingga 256kbps sahaja, atau anda boleh membeli Tambahan Data Pascabayar (melalui aplikasi MyYes, MyAccount atau YES Express Payment Channel) untuk menikmati data internet tanpa kawalan kecepatan.
     

  10. Adakah saya perlu meneruskan bayaran Yuran Komitmen sekiranya akaun Perkhidmatan Pascabayar saya digantung semasa Tempoh Kontrak?

    Ya, walaupun akaun Perkhidmatan anda digantung semasa Tempoh Kontrak, anda mesti teruskan pembayaran Yuran Komitmen untuk setiap Kitaran Bil semasa Tempoh Kontrak. Dimaklumkan bahawa kami hanya akan meyekat atau menggantung akaun Perkhidmatan anda jika berlaku kejadian kelalaian seperti yang disenaraikan dalam Klausa 9 (a) Terma dan Syarat Perkhidmatan Pascabayar.
     

  11. Bolehkah saya menukar nombor telefon yang didaftarkan dengan syarikat telekomunikasi lain ke Program Pelan Pascabayar Jaringan Prihatin?

    Ya, sila ikuti langkah-langkah seperti di bawah:
    Langkah 1: Muat turun aplikasi MyYes
    Langkah 2: Klik “Tukar ke YES” pada “Akses Pantas” di halaman utama. Di halaman berikut, satu lagi butang “Tukar ke YES” akan muncul. Klik pada butang tersebut.
    Langkah 3: Masukkan nombor mudah alih yang ingin anda kekalkan dan klik “SAHKAN”.
    Langkah 4: Klik pada nombor pengganti YES dan klik “HANTAR”.
    Langkah 5: Nantikan SMS daripada penyedia perkhidmatan lama anda, kemudian balas dengan “yes”.
    Langkah 6: Untuk memeriksa status anda, sila ke “Tukar ke YES” dibawah”Akses Pantas” kemudian tekan “SEMAK STATUS”.

     

  12. Saya telah menerima SIM. Bagaimanakah cara untuk saya mengaktifkannya?

    Untuk mengaktifkan SIM anda:
    Pelanggan Baru
    (i) Muat turun aplikasi MyYes.
    (ii) Pada halaman log masuk, tekan “Pengguna Baru”.
    (iii) Klik “Activate SIM” dan ikuti langkah-langkah pengaktifan diri di skrin.
    (iv) Sebaik pengaktifan berjaya, anda boleh log masuk ke akaun perkhidmatan melalui nombor telefon dan kata laluan yang dihantar ke e-mel anda. Anda juga boleh log masuk menggunakan kaedah TAC sekiranya tidak menemui kata laluan anda.

    Pelanggan YES
    (i) Log masuk ke aplikasi MyYes.
    (ii) Klik “Activate SIM” di bawah Akses Pantas dan ikuti langkah-langkah pengaktifan diri di skrin.
    (iii) Sebaik pengaktifan berjaya, anda boleh log masuk ke akaun perkhidmatan melalui nombor telefon dan kata laluan yang dihantar ke e-mel anda. Anda juga boleh log masuk menggunakan kaedah TAC sekiranya tidak menemui kata laluan anda.

     

  13. Bolehkah saya menukar alamat penghantaran selepas pendaftaran?

    Ya. Selagi SIM masih belum dihantar, alamat masih boleh ditukar.
     

  1. Apa itu YES Prihatin x Ganjaran Pulangan Tunai Shopee?

    Penerima Subsidi Jaringan Prihatin akan menerima sepuluh (10) Ganjaran Pulangan Tunai Shopee yang bernilai sehingga RM50 (RM5 setiap satu). Ganjaran Pulangan Tunai Shopee ini boleh digunakan menerusi pembayaran secara e-dompet Shopee Pay dengan mana-mana 10 peniaga yang mengambil bahagian. Akaun ShopeePay anda mesti didaftarkan dengan nombor YES yang digunakan untuk menuntut subsidi YES Prihatin anda.
     

    Untuk maklumat lanjut, sila layari https://shopee.com.my/m/yes-jaringan-prihatin-shopeepay-rewards#TNC

  2. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan Ganjaran Pulangan Tunai Shopee?

    Untuk pelanggan YES:
    Pastikan akaun ShopeePay anda didaftarkan dengan nombor YES. Anda akan menerima Ganjaran Pulangan Tunai Shopee dalam masa 10 hari bekerja secara automatik dari penebusan Subsidi Jaringan Prihatan anda.

     

    Pelanggan YES yang baru dan telah menuntut subsidi Jaringan Prihatin dengan YES:
    Anda akan menerima Ganjaran Pulangan Tunai Shopee dalam masa 10 hari bekerja setelah mengaktifkan kad SIM YES Prihatin baru anda. Pastikan akaun ShopeePay anda telah didaftarkan dengan nombor YES anda.

  3. Bagaimanakah cara untuk membuka akaun ShopeePay?

    Untuk membuka akaun ShopeePay:
    1. Muat turun aplikasi Shopee di Google Play atau Apple Store
    2. Daftar akaun Shopee
    3. Tekan ikon ‘Me’ (or ‘Saya’) yang terdapat di sebelah kanan bawah halaman utama
    4. Tekan ‘ShopeePay’ untuk melengkapkan akaun ShopeePay anda

     

    Untuk maklumat lanjut, sila layari https://help.shopee.com.my/ 

  4. Saya mempunyai akaun Shopee tetapi ia didaftarkan dengan nombor lain. Bagaimanakah cara untuk saya menukar nombor telefon yang didaftarkan kepada nombor YES saya?

    Untuk menukar nombor telefon berdaftar anda di Shopee:
    1. Buka aplikasi Shopee anda
    2. Tekan pada ikon ‘Me‘ (Saya) yang terdapat di sebelah kanan bawah halaman utama
    3. Tekan pada ikon gear untuk membuka Tetapan Akaun (Account Settings)
    4. Klik ‘Profil Saya‘,
    5. Kemudian, klik ‘Telefon
    6. Tekan ‘Edit‘ dan masukkan nombor telefon YES anda untuk menjana kod OTP yang akan dihantar kepada anda.
    7. Masukkan kod OTP untuk mengesahkan penukaran nombor telefon


    Untuk maklumat lanjut, sila layari https://help.shopee.com.my/ 

  5. Bagaimanakah cara untuk saya menggunakan Ganjaran Pulanagn Tunai Shopee?
    Ganjaran Pulanagn Tunai Shopee boleh digunakan menerusi e-dompet Shopee Pay dengan mana-mana 10 peniaga yang mengambil bahagian dalam inisiatif YES Prihatin x Shopee. Akaun ShopeePay haruslah didaftarkan ke nombor YES anda. Harap maklum bahawa setiap pedangang mengenakan kadar pesanan yang berbeza.
  6. Bolehkah ganjaran Pulangan Tunai Shopee ditukar menjadi wang tunai?
    Tidak, Ganjaran Pulangan Tunai Shopee tidak boleh ditukarkan kepada wang tunai.
  7.  Saya mempunyai lebih daripada satu akaun ShopeePay. Akaun manakah yang akan dikreditkan dengan Ganjaran Pulangan Tunai Shopee?
    Akaun ShopeePay dan Subsidi Jaringan Prihatin yang berdaftar dengan nombor YES akan menerima Ganjaran Pulangan Tunai Shopee.
  8.  Berapa banyak Ganjaran Pulangan Tunai Shopee akan saya perolehi?
    Sekiranya anda menuntut Subsidi Jaringan Prihatin dengan YES, anda berhak mendapat sepuluh (10) Ganjaran Pulangan Tunai Shopee bernilai sehingga RM50 (RM5 setiap satu) yang boleh digunakan menerusi e-dompet Shopee Pay dengan mana-mana 10 peniaga yang mengambil bahagian dalam inisiatif YES Prihatin x Shopee. Jika anda memohon menerusi akaun yang berlainan, ganjaran tunai hanya akan diberikan kepada pemohonan pertama yang berjaya.
  9. Siapakah peniaga yang mengambil bahagian dalam Ganjaran Pulangan Tunai Shopee ini?
    Sila layari https://shopee.com.my/m/yes-jaringan-prihatin-shopeepay-rewards#TNC untuk maklumat lebih lanjut.
  10.  Apakah tempoh sah Ganjaran Pulangan Tunai Shopee?
    Ganjaran Pulangan Tunai Shopee sah selama 30 hari dari tarikh penerimaan notifikasi daripada Shopee.
  11. Adakah senarai peniaga yang mengambil bahagian untuk Ganjaran Pulangan Tunai Shopee akan berubah?
    Mungkin. Shopee berhak mengubah dan mengemas kini senarai peniaga untuk kempen ini tanpa perlu memaklumkan kepada semua.
  12. Bagaimana jika kami ada pertanyaan lebih lanjut mengenai Ganjaran Pulangan Tunai Shopee?
    Anda boleh menghubungi Perkhidmatan Pelanggan Shopee di https://help.shopee.com.my untuk maklumat lebih lanjut.