Soalan Lazim


 

 

        

  1. Apakah yang ditawarkan oleh Pelan Prabayar Kasi Up?
    Pelan Prabayar Kasi Up menawarkan kad SIM percuma dengan data 4G LTE 10GB untuk penggunaan selama 30 hari. Tertakluk kepada terma dan syarat.
  2. Adakah terdapat caj lain yang perlu dibayar kepada YTLC untuk pembelian Pelan Kasi Up Prabayar LTE SIM selain daripada RM15?
    Tidak ada caj tambahan yang perlu dibayar untuk pembelian Pelan Kasi Up Prabayar LTE SIM selain daripada RM15.
  3. Berapa banyak Pelan Prabayar Kasi Up LTE SIM yang boleh saya daftarkan?
    Dari segi undang-undang, seorang individu hanya boleh mendaftar maksimum  lima (5) Nombor Mudah Alih Prabayar.
  4. Masih bolehkah saya menggunakan Pelan Prabayar Kasi Up LTE SIM tanpa mendaftarkan maklumat saya dengan YTL Communications Sdn Bhd?
    Dari segi undang-undang,  semua pelanggan prabayar diminta untuk mendaftarkan butir-butir yang relevan dengan penyedia perkhidmatan masing-masing.
  5. Bilakah saya boleh menggunakan Data Internet 10GB yang telah  dimuatkan Pelan Prabayar Kasi Up LTE SIM?
    Data Internet 10GB yang telah dimuatkan dalam Pelan Prabayar Kasi Up SIM LTE boleh digunakan sejurus selepas Kad SIM anda diaktifkan. Untuk mengaktifkan kad SIM, sila muat turun aplikasi MyYES, tekan Pengguna Baru -> Aktifkan butang SIM dan ikuti langkah pengaktifan.
  6. Adakah Data Internet 10GB mempunyai tarikh luput?
    Ya, ada. Ia sah digunakan dalam tempoh tiga puluh (30) hari dari tarikh pengaktifan Pelan Prabayar Kasi Up SIM LTE.
  7. Apakah yang akan berlaku kepada data yang tidak digunakan dalam  Data Internet 10GB setelah tamat Tempoh Sah Akaun?
    Segala data yang tidak digunakan setelah tamat Tempoh Sah Akaun akan diluputkan.
  8. Bolehkah saya membeli Tambahan Data Prabayar sebelum tamat Tempoh Sah Akaun saya?
    Ya, boleh.
  9. Berapa lamakah akaun Prabayar saya akan aktif dari tarikh pengaktifan Kad SIM Prabayar?
    Akaun Prabayar anda akan kekal aktif selama 30 hari dari tarikh pengaktifan kad SIM. Selepas 30 hari, anda masih boleh menerima panggilan dan SMS serta membuat panggilan kecemasan. Namun, anda tidak akan dapat membuat panggilan, menghantar SMS atau melayari internet. Untuk menikmati servis kami, sila beli YES Tambah Nilai untuk akaun Prabayar anda.
  10. Adakah terdapat sebarang caj yang akan dikenakan semasa saya memanggil nombor YES yang lain?
    Semua panggilan yang dibuat ke nombor YES adalah percuma. Namun, caj akan dikenakan ke atas semua panggilan dan SMS antarabangsa mengikut kadar panggilan suara dan SMS yang tertera di  https://www.yes.my/roaming.
  11. Adakah caj dikenakan semasa saya memanggil nombor di rangkaian lain?
    Ya, kadar standard akan dikenakan bagi panggilan ke rangkaian penyedia perkhidmatan lain.
    Sila rujuk jadual di bawah: –
    Jenis Perkhidmatan Luar Rangkaian Kadar (RM)
    Panggilan Suara  RM 0.09/minit
    SMS RM 0.09/SMS
  12. Bolehkah Pelan Kasi Up Prabayar LTE SIM menyokong peranti iPhone?
    Yes. The Kasi Up Prepaid LTE SIM Plan supports iPhone devices as a Data SIM only.
  1. Siapakah yang layak untuk memohon Pelan Prabayar YES 4G LTE OKU?
    Semua warganegara Malaysia yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Malaysia sebagai “individu kurang upaya” (“OKU”) layak untuk menggunakan Pelan Prabayar YES 4G LTE OKU . Tertakluk kepada terma dan syarat.
  2. Bolehkah anda terangkan dengan lebih lanjut mengenai Pelan Prabayar YES 4G LTE OKU?
    Pelan Prabayar YES 4G LTE OKU adalah pelan prabayar dengan harga diskaun. Sila rujuk jadual di bawah untuk keterangan lanjut: –
    a) Pek Permulaan Pelan Prabayar YES 4G LTE OKU
    Perincian Pelan OKU Yes 4G LTE
    Pek Permulaan Pelan Prabayar
    Harga Komersil RM10
    Harga Diskaun RM5
    Kapasiti Data Percuma 1GB 4G LTE
    (Pengurangan had kelajuan ke 128kbps)
    Kredit Sedia Ada RM5
    Tempoh Sah Akaun 45 hari
    Panggilan Suara (Luar Rangkaian) RM 0.09/min
    Caj SMS(Luar Rangkaian RM 0.09/SMS

     
    b)Data Tambahan OKU
    Semua Jenis Data Prabayar Tambahan Harga Kapasiti Data 4G LTE Tempoh Sah 
    Data Tambahan
    Hotspot
    Kasi Up 1Day 1GB_RM1 RM1 1GB 1 hari
    Kasi Up 2Days 2GB_RM2 RM2 2GB 2 hari
    Kasi Up 3Days 3GB_RM3 RM3 3GB 3 hari
    Kasi Up 5Days 5GB_RM5 RM5 5GB 5 hari
    Kasi Up 7Days 10GB_RM10 RM10 10GB 7 hari
    Kasi Up 30Days 10GB_RM15 RM15 10GB 30 hari
    Kasi Up 30Days 20GB_RM20 RM20 20GB 30 hari
    Kasi Up Unlimited_OKU
    (sehingga 7 Mbps kelajuan)
    RM15 Tiada had* 30 hari 9GB
    Kasi Up Turbo 5GB_OKU
    (Kelajuan LTE terbaik)
    RM2.50 5GB 24 jam dari tarikh pembelian
    *Penstriman video adalah berdasarkan kualiti definisi standard.
  3. Bolehkah saya mendaftar untuk Pelan Prabayar YES 4G LTE OKU melalui wakil?
    Sekiranya anda berumur dua belas (12) tahun ke atas dan akibat daripada kecacatan anda, anda tidak dapat mendaftar  Pelan Prabayar YES 4G LTE OKU secara sendiri, anda boleh melantik wakil untuk mendaftar bagi pihak anda. Dalam keadaan sedemikian, Pelan Prabayar YES 4G LTE OKU akan didaftarkan terus di bawah nama wakil anda.
  4. Apakah dokumen apa yang diperlukan untuk proses pendaftaran langganan pek permulaan Pelan Prabayar YES 4G LTE OKU?
    Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut: –

    (a) Sekiranya anda berumur 12 tahun ke atas dan berhasrat untuk  melanggan Pelan Prabayar YES 4G LTE OKU dengan nama anda; sediakan kad pengenalan dan kad OKU asal yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (“Kad OKU”);

    (b) Sekiranya anda berumur 12 tahun ke atas dan berhasrat untuk melanggan Pelan Prabayar YES 4G LTE OKU melalui wakil; sediakan kad Pengenalan, Kad OKU asal dan surat kebenaran yang menyatakan anda bersetuju untuk mendaftar Prabayar YES 4G LTE OKU atas nama wakil, dan juga Kad Pengenalan wakil; atau

    (c) Sekiranya anda berumur di bawah 12 tahun, ibu bapa atau penjaga anda diminta untuk menunjukkan Kad Pengenalan, Kad OKU asal anda, sijil kelahiran atau dalam kes kanak-kanak di  bawah jagaan penjaga yang sah, seperti bukti hak penjagaan penjaga yang sah . Untuk mengelakkan keraguan, dalam keadaan seperti itu, Pelan Prabayar YES 4G LTE OKU akan didaftarkan terus bawah nama ibu bapa atau penjaga anda yang sah.
  5. Berapa banyak pek permulaan Pelan Prabayar YES 4G LTE OKU yang boleh saya langgani?
    Setiap Kad OKU yang sah boleh melanggan satu (1) pek permulaan Pelan Prabayar YES 4G LTE OKU sahaja.
  6. Bagaimanakah saya boleh melanggan pek permulaan Pelan Prabayar YES 4G LTE OKU?
    Anda boleh melanggan pek permulaan Pelan Prabayar YES 4G LTE OKU melalui mana-mana Kedai YES di seluruh negara. Anda perlu memberikan Kad OKU dan menyediakan dokumen-dokumen yang disebut dalam jawapan kepada Soalan 4 di atas. Untuk senarai Kedai YES berdekatan anda klik di sini!
  7. Bagaimanakah cara untuk melanggan Prabayar Tambahan Kasi Up OKU?
    Anda boleh melanggan Prabayar Tambahan Kasi Up OKU melalui:

    Kedai online Kami
    • Aplikasi MyYES 4G
    • Kedai YES or Rakan Niaga YES
  8.  Sekiranya saya ialah pelanggan YES Pascabayar atau Prabayar sedia ada, bolehkah saya menukar kepada pek permulaan Pelan Prabayar YES 4G LTE OKU?
    Ya, anda boleh menukar ke Pelan Prabayar YES 4G LTE OKU selagi anda ialah warganegara Malaysia dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat di Malaysia sebagai “individu kelainan upaya”, OKU).
  9. Berapa lamakah masa yang akan diambil untuk proses pertukaran daripada Pelan Perkhidmatan Pascabayar dan Prabayar sedia ada kepada Pelan Prabayar YES 4G LTE OKU ?
    Penukaran kepada Pelan Prabayar OKU YES 4G LTE mengambil masa antara 3-5 hari bekerja. Sila lihat jawapan Kami pada Q4 di atas pada senarai dokumen.
  10. Saya ialah  pemegang Pelan Prabayar YES 4G LTE OKU  tetapi saya tidak lagi memerlukan Pelan Prabayar 4G LTE OKU. Bolehkah saya memindahkan hak milik kepada orang lain?
    Tidak boleh, Pelan Prabayar YES 4G LTE OKU tidak boleh dipindah milik.
  1. Berapakah harga Pek Permulaan Prabayar YES 4G LTE dan apakah yang ditawarkan dalam pek ini?
    Pek Permulaan Prabayar YES 4G LTE berharga RM 10 dilengkapi dengan:
    • Nombor YES yang telah ditetapkan
    • Kredit RM 5 YES yang telah dimuatkan
    • Internet 1GB 4G LTE percuma
    • Internet asas percuma (sehingga 128kbps)
    • Panggilan internet dan SMS tanpa had

    Tertakluk kepada terma dan syarat.
  2. Di manakah saya boleh membeli Pek Permulaan Prabayar?
    Anda boleh membeli pek Permulaan di kedai YES Stores/Kiosk/pengedar rasmi kami.
  3. Berapa banyak Pakej Permulaan Prabayar yang boleh saya daftarkan?
    Syarat yang ditetapkan oleh SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) hanya membenarkan lima (5) pendaftaran maksimum Pakej Permulaan Prabayar untuk setiap Kad Pengenalan/ID.
  4. Masih bolehkah saya menggunakan Pek Permulaan Prabayar tanpa mendaftarkan butiran saya?
    Tidak boleh. SKMM telah menetapkan syarat bahawa semua pengguna prabayar perlu mendaftar dengan penyedia perkhidmatan masing-masing.
  5. Adakah terdapat masa luput bagi data percuma yang disertakan dengan Pakej Permulaan Prabayar saya?
    Ya, data percuma Pek Permulaan Prabayar adalah sah selama tujuh (7) hari dari tarikh pengaktifan. Baki data percuma yang tidak digunakan akan diluputkan.
  6. Bagaimanakah cara untuk mengetahui yang saya telah menerima data percuma?
    Sila log masuk ke My Account untuk menyemak status baki akaun anda.
  7. Bolehkah saya membeli Data Add-on Prabayar sebelum data percuma saya tamat?
    Ya. Sudah tentu. 
  8. Adakah saya dibenarkan memilih nombor YES semasa membeli Pek Permulaan Prabayar?Setiap Pek Permulaan dilengkapi dengan Nombor YES yang telah ditetapkan. Anda boleh juga memilih nombor YES yang anda sukai. 
  9. Apakah yang berlaku sekiranya akaun YES saya tidak aktif?
    Anda masih boleh menerima panggilan & SMS serta membuat panggilan kecemasan. Namun, anda tidak akan dapat membuat panggilan, menghantar SMS atau melayari internet. Sila beli tambah nilai YES untuk mengaktifkan semula akaun anda.
  10. Berapakah kadar Panggilan dan Pek Permulaan SMS Prabayar ini?
    Untuk Pek Permulaan Prabayar ini, anda akan menikmati kadar panggilan dan SMS dalam talian percuma. Kadar SMS dan Panggilan di luar rangkaian pula adalah RM0.09 seminit.