Soalan Lazim


 
  1. Siapakah yang layak untuk Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa (Pascabayar) ini?
    Semua Pelanggan Pelan Perkhidmatan Pascabayar YES adalah layak untuk Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa ini. Tertakluk kepada terma dan syarat.
  2. Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa pada peranti mudah alih saya?

    A. Sekiranya anda ialah Pelanggan YES daripada mana-mana Pelan Perkhidmatan Pascabayar, selain daripada Pelan Perkhidmatan Pascabayar Kasi Up , anda boleh mengaktifkan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa anda dengan:

    (i) Successfully completing the required verification process at any of Our YES Stores;
    (ii) Paying a deposit of Ringgit Malaysia Three Hundred (RM 300) (“Deposit Sum”); and
    (iii) Performing the self-enable activation of the International Roaming Service via MyYES app.

    Walaupun terdapat peruntukan dalam A(ii), kami boleh, mengikut budi bicara tunggal dan mutlak kami, mengetepikan bayaran Jumlah Deposit sekiranya anda ialah pelanggan sedia ada YES daripada mana-mana Pelan Perkhidmatan Pascabayar, dan anda belum mungkir membayar bil anda untuk jangka masa enam (6) bulan secara berterusan sebelum pengaktifan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa.

    B. Sekiranya anda ialah Pelanggan YES daripada mana-mana pelan Perkhidmatan Pascabayar Kasi Up, selain daripada Pascabayar Kasi Up 49 (dengan kontrak), anda boleh mengaktifkan Perkhidmatan Perayauan Pascabayar dengan:

    (i) Berjaya melengkapkan proses pengesahan yang diperlukan di mana-mana Kedai YES  atau melalui aplikasi elektronik Ketahui Pelanggan Anda (eKYC);
    (ii) Membayar Jumlah Deposit ; dan
    (iii) Melakukan pengaktifan sendiri Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa melalui aplikasi MyYES.

    Walaupun terdapat peruntukan dalam B(ii), kami boleh, mengikut budi bicara tunggal dan mutlak kami, mengetepikan bayaran Jumlah Deposit sekiranya anda ialah pelanggan sedia ada YES daripada mana-mana Perkhidmatan Pelan Perkhidmatan Pascabayar dan belum pernah mungkir membayar bil dalam  jangka masa enam (6) bulan berturut-turut sebelum pengaktifan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa.

     

    C. Sekiranya anda ialah Pelanggan YES daripada Pascabayar Kasi Up 49 (dengan kontrak), anda boleh mengaktifkan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa dengan: 

    (i) Berjaya menyelesaikan proses pengaktifan yang diperlukan sama ada di mana-mana Kedai YES kami atau melalui aplikasi elektronik Ketahui Pelanggan Anda (eKYC);
    (ii) Membayar Jumlah Deposit; dan
    (iii) Melakukan pengaktifan sendiri Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa melalui aplikasi MyYES.

    Walaupun terdapat peruntukan dalam C(ii), kami boleh, mengikut budi bicara tunggal dan mutlak kami, mengetepikan pembayaran Jumlah Deposit sekiranya anda ialah pelanggan sedia ada YES dari mana-mana Perkhidmatan Pelan Perkhidmatan Pascabayar  dan belum pernah mungkir membayar bil dalam  jangka masa dua belas (12) bulan secara berturut-turut sebelum pengaktifan Perkhidmatan.

  3. Bagaimanakah cara untuk saya memeriksa kadar Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa apabila saya berada di luar negara?
    Anda boleh menyemak kadar Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa di www.yes.my/roaming.
  4. Semasa saya berada di luar negara, apakah yang harus saya lakukan jika saya memerlukan bantuan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa?
    Sekiranya anda mempunyai pertanyaan atau menghadapi masalah dengan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa, anda boleh menghubungi kami melalui satu daripada saluran berikut:
    a) Hantar e-mel ke yescare@yes.my; dan/atau
    b) Hubungi YES Care kami di +6018 333 0000 dari 8pagi-11malam (GMT+8) setiap hari, termasuk hujung minggu dan cuti umum. Harap maklum caj roaming akan dikenakan.

     
  5. Bolehkah saya menggunakan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa saya di mana-mana negara di dunia ini?
    Kami menawarkan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa di 24 buah negara dan akan berkembang ke seluruh dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati www.yes.my/roaming.
  6. Apakah jenis perkhidmatan yang boleh saya gunakan  menerusi Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa?
    Jenis perkhidmatan yang boleh anda gunakan menerusi Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa adalah:
    (a) Membuat dan menerima panggilan suara;
    (b) Menghantar dan menerima mesej melalui SMS; dan
    (c) Menggunakan perkhidmatan data.
  7. Bagaimanakah cara untuk saya membuat panggilan atau menghantar SMS melalui Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa?
    Anda hanya perlu mengikut langkah mudah seperti berikut:
    Langkah 1: Masukkan “+”
    Langkah 2: Diikuti dengan kod negara
    Langkah 3: Masukkan kod kawasan/operator dan seterusnya nombor telefon bimbit/tetap.

    Contoh:-
    Untuk menghubungi Nombor Mudah Alih Malaysia (e.g. 018 331 0000) semasa berada di luar negara
    Dail +6018 331 0000

    Untuk menghubungi Nombor Talian Tetap Malaysia (e.g. 03 1234 5678) semasa berada di luar negara
    Dail +603 1234 5678

    Untuk menghantar SMS ke nombor telefon mudah alih Malaysia (018 123 4567) semasa berada di luar negara
    Dail +6018 123 4567 dan tekan Hantar.
  8. Jika saya menggunakan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa, adakah ia akan dikira daripada had kredit Pelan Perkhidmatan Pascabayar saya?
    Tidak, had kredit Pelan Perkhidmatan Pascabayar  tidak dikira dalam penggunaan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa anda. Oleh itu, anda diminta memantau waktu bercakap, SMS dan penggunaan data semasa menggunakan perkhidmatan itu dan anda bertanggungjawab sepenuhnya kepada semua caj yang dikenakan atas penggunaannya bawah akaun Perkhidmatan anda. Anda perlu mengambil perhatian bahawa Yuran Komitmen bulanan Pelan Perkhidmatan Pascabayar anda hanya meliputi penggunaan data di Malaysia dan tidak termasuk penggunaan data di luar Malaysia.
  9. Mengapakah akaun Perkhidmatan saya tidak diberhentikan sebaik sahaja penggunaan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa saya melebihi had kredit?
    Had kredit bawah akaun perkhidmatan anda tidak diambil kira dalam penggunaan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa. Kami tidak akan mengetahui sama ada anda telah melebihi had kredit sehingga kami menerima kemaskini daripada rakan rangkaian perayauan kami mengenai penggunaan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa anda.
  10. Apakah caj yang mungkin dikenakan oleh Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa?
    Caj akan dikenakan apabila anda menggunakan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa, dan caj dikenakan apabila anda:
    a) Membuat panggilan suara;
    b) Menerima panggilan suara;
    c) Menghantar SMS; dan
    d) Akses/penggunaan data.
    Caj untuk penggunaan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa akan berbeza-beza bergantung pada negara tempat anda  menggunakan perkhidmatan perayauan. Sila rujuk www.yes.my/roaming untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang caj yang dikenakan dalam Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa. 
  11. Bilakah caj penggunaan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa saya akan dimasukkan dalam bil?
    Caj tersebut akan dimasukkan  dalam bil bulanan selepas bulan penggunaan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak menjamin semua butiran penggunaan panggilan/SMS/data perayauan akan ditunjukkan dalam bil anda, termasuklah juga butiran panggilan perayauan tertentu termasuk nombor panggilan masuk ke peranti anda semasa menggunakan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa.
  12. Adakah saya dapat melihat nombor panggilan masuk (ID pemanggil) pada skrin telefon bimbit semasa saya menggunakan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa?
    Ini bergantung kepada operator rangkaian/syarikat telekomunikasi negara yang anda lawati.
  13.  Kenapa saya tidak dapat membuat panggilan suara atau menghantar SMS walaupun saya telah melanggan Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa dan telah disambung kepada operator rangkaian perayauan?
    Masalah ini berlaku kerana anda mungkin berada di kawasan liputan rangkaian yang lemah. Anda boleh cuba bergerak ke kawasan lain dengan isyarat yang lebih kuat dan cuba membuat panggilan suara atau menghantar SMS. Selain itu, anda juga boleh cuba membuat penyambungan melalui rakan pengendali rangkaian YTLC yang lain. Sila ambil perhatian bahawa kadar yang berbeza mungkin akan dikenakan apabila anda membuat penyambungan dengan operator rangkaian yang berlainan.
  14. Adakah Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa dikenakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)?
    Ya, berkuatkuasa mulai 1 September 2019, Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa akan dikenakan SST.
  1. Apa itu Data Perayauan?
    Data Perayauan  membenarkan anda untuk mengakses perkhidmatan data termasuk Internet, Facebook, WhatsApp, dan sebagainya daripada peranti mudah alih anda semasa berada di luar negara. Senarai Data Perayauan tersedia di destinasi terpilih boleh didapati di laman web kami. Sila rujuk www.yes.my/roaming untuk senarai liputan perayauan terkini.

    Caj Data Perayauan bergantung kepada pemilihan anda sama ada untuk menggunakan pas harian YES Roam atau caj standard berdasarkan penggunaan (PAYU). Tertakluk kepada terma dan syarat.
  2. Apa itu Perayauan YES?
    Perayauan YES menawarkan perkhidmatan data Internet sewaktu anda melancong ke luar negara dengan operator perayauan pilihan YES pada kadar dan kuota pengunaan harian yang telah ditetapkan.
  3. Bagaimanakah cara untuk saya memilih operator perayauan?
    Langkah 1: Dalam menu “Settings”, tekan “Rangkaian Mudah Alih”.


    Langkah 2: Tekan “Operator Rangkaian”.


    Langkah 3: Tekan “Rangkaian Carian”.


    Tunggu selama 1 atau 2 minit. Anda akan melihat senarai rangkaian.
    Pilih rangkaian pilihan* dan sambung



    Langkah 4: Aktifkan Data Perayauan dan Data Mudah Alih mengikut penetapan dalam peranti mudah alih anda.


    *Sila rujuk www.yes.my/roaming untuk senarai penuh operator perayauan dan caj perayauan pilihan yang ditentukan.
  4. Saya telah mengaktifkan data perayauan dan data mudah alih dalam penetapan peranti mudah alih saya tetapi tidak dapat mengakses perkhidmatan data.
    Pastikan anda mengaktifkan “Data mudah alih” anda. 

    * Untuk operator perayauan yang tidak menyokong perayauan 4G LTE, kami menyarankan anda menukar mod rangkaian mudah alih kepada 2G/3G sahaja. Anda boleh mencari destinasi yang ingin anda kunjungi di www.yes.my/roaming dan cari operator pilihan yang menyokong rangkaian 4G LTE.
  5. Bilakah YES Roam saya akan tamat tempoh?
    Ini adalah tawaran tempoh sah harian dari jam 00:00:00 hingga 23:59:59 waktu ibu kota negara pelawat dan akan diperbaharui dan dikenakan bayaran setiap hari sehingga anda mematikan data perayauan dan data mudah alih dalam penetapan peranti mudah alih anda. Contohnya, jika anda berada di United Kingdom dan telah memulakan YES Roam dari 9:00 waktu London, tempoh sah harian anda akan berakhir pada 23:59:59 waktu London.
  6. Apakah caj yang akan dikenakan jika saya berhubung dengan 2 atau lebih operator perayauan pilihan pada hari yang sama semasa menggunakan perayauan di negara yang berbeza?
    Anda akan dikenakan caj YES Roam untuk setiap operator perayauan pilihan yang anda sambungkan pada hari yang sama.
  7. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya menggunakan operator data perayauan bukan pilihan YES?
    Anda akan dikenakan kadar PAYU. Anda boleh merujuk laman web kami www.yes.my/roaming untuk mendapatkan maklumat mengenai kadar Perayauan Antarabangsa.
  8.  Adakah  Polisi Penggunaan Saksama(FUP) akan digunakan?
    Ya, FUP akan diguna pakai dan kelajuan data akan berkurang apabila anda mencapai kuota penggunaan harian.
  9. Sekiranya saya telah mencapai kuota penggunaan harian, adakah saya akan dikenakan caj untuk penggunaan perayauan data setelah kuota penggunaan saksama?
    Data perayauan yang melepasi kuota penggunaan saksama tidak akan dikenakan sebarang caj.
  10. Bolehkan saya mengembalikan kelajuan data saya setelah mencapai kuota penggunaan saksama setiap hari?
    Tidak. Kelajuan data anda akan dikurangkan sehingga hari tersebut berakhir.  
  11. Saya telah mematikan data perayauan dan menggunakan Wi-Fi. Mengapa saya masih dikenakan caj untuk penggunaan data perayauan?
    Ada kemungkinan beberapa telefon pintar masih mengalami penggunaan perayauan data walaupun anda telah mematikan Data Perayauan pada  telefon anda. Keadaan ini berlaku terutamanya di LTE apabila  perkhidmatan data dapat diaktifkan secara automatik ketika sewaktu lokasi dikemas kini terutamanya untuk piawaian LTE dan tidak seperti pada piawaian GSM/GPRS/3G. Sekiranya anda ingin benar-benar mematikan perayauan data, kami mengesyorkan langkah-langkah berikut untuk mengelakkan daripada dikenakan caj perayauan data berterusan.

    a) Matikan Data Mudah Alih dan Data Perayauan
    b) Hidupkan mod kapal terbang
    c) Matikan mod kapl terbang
    d) Hidupkan Wi-Fi (Sekiranya anda ingin menggunakan perkhidmatan data)
  1. Siapakah yang layak untuk Perkhidmatan Dial Terus Antarabangsa (IDD)?
    Semua Pelanggan Pelan Perkhidmatan Pascabayar  dan Prabayar YES layak untuk Perkhidmatan Dail Terus Antarabangsa (IDD).Tertakluk kepada terma dan syarat.
  2. Bagaimanakah cara untuk saya mengaktifkan Perkhidmatan IDD pada peranti saya?
    A. Sekiranya anda ialah Pelanggan YES daripada mana-mana Pelan Perkhidmatan selain daripada Pelan Perkhidmatan Pascabayar Kasi Up, anda boleh mengaktifkan Perkhidmatan IDD dengan:

    (i) Berjaya melengkapkan proses pengesahan yang diperlukan di mana-mana Kedai YES kami;
    (ii) Membayar deposit TIga Ratus Ringgit Malaysia (RM 300) (“Jumlah Deposit”); dan
    (iii) Melakukan pengaktifan sendiri Perkhidmatan IDD melalui aplikasi MyAcccount atau MyYES.

    Walaupun terdapat peruntukan dalam A(ii), kami boleh, mengikut budi bicara tunggal dan mutlak kami, mengetepikan pembayaran Jumlah Deposit sekiranya anda ialah pelanggan sedia ada YES untuk mana-mana Pelan Perkhidmatan Pascabayar dan tidak mungkir dalam pembayaran bil anda untuk jangka masa enam (6) bulan secara berturut-turut  sebelum pengaktifan Perkhidmatan IDD.

    B. Sekiranya anda ialah Pelanggan YES daripada mana-mana Pelan Perkhidmatan Kasi Up, selain daripada Kasi Up Pascabayar 49 (dengan kontrak), anda boleh mengaktifkan Perkhidmatan IDD dengan:

    (i) berjaya menyempurnakan proses pengesahan yang diperlukan sama ada di mana-mana Kedai YES atau melalui aplikasi elektronik Kenali Pelanggan Anda (“eKYC”);
    (ii) membayar Jumlah Deposit; dan
    (iii) melakukan pengaktifan sendiri Perkhidmatan IDD melalui aplikasi MyAccount dan MyYES.

    Walaupun terdapat peruntukan dalam B(ii), kami boleh, mengikut budi bicara tunggal dan mutlak kami, mengetepikan pembayaran Jumlah Deposit sekiranya anda ialah pelanggan sedia ada YES daripada mana-mana Pelan Perkhidmatan Pascabayar dan tidak mungkir dalam dalam pembayaran bil anda untuk jangka masa enam (6) bulan berturut-turut sebelum pengaktifan Perkhidmatan IDD.

    C. Sekiranya anda ialah  pelanggan YES Kasi Up Pascabayar 49 (dengan kontrak), anda boleh mengaktifkan Perkhidmatan IDD dengan:

    (i) berjaya menyempurnakan proses pengesahan yang diperlukan sama ada di mana-mana Kedai YES atau melalui eKYC;
    (ii) membayar Jumlah Deposit; dan
    (iii) melakukan pengaktifan sendiri Perkhidmatan IDD melalui aplikasi MyAccount atau MyYES.

    Walaupun terdapat peruntukan dalam C(ii), kami boleh, mengikut budi bicara tunggal dan mutlak kami, mengetepikan pembayaran Jumlah Deposit sekiranya anda ialah pelanggan sedia ada YES daripada mana-mana Pelan Perkhidmatan Pascabayar dan tidak mungkir dalam pembayaran bil anda untuk jangka masa dua belas (12) bulan secara  berturut-turut  sebelum pengaktifan Perkhidmatan IDD.

    D. Sekiranya anda ialah Pelanggan YES daripada mana-mana Pelan Perkhidmatan Prabayar, anda boleh mengaktifkan Perkhidmatan IDD dengan:

    (i) berjaya menyempurnakan proses pengesahan yang diperlukan di mana-mana Kedai YES atau melalui aplikasi elektronik Kenali Pelanggan Anda (eKYC); dan
    (ii) melakukan pengaktifan sendiri Perkhidmatan IDD Prabayar melalui aplikasi MyAccount atau MyYES.

    Please ensure that you have sufficient YES Credits and/or YES Reload in your Prepaid Service account for your use of the IDD Service.
  3. Berapakah kadar caj panggilan pada Perkhidmatan IDD ke peranti mudah alih dan talian tetap?
    Kadar caj panggilan untuk Perkhidmatan IDD boleh didapati di www.yes.my/roaming.