Soalan Lazim


 
  1. Bolehkah saya melakukan beberapa pembelian dalam satu transaksi di Kedai dalam Talian YES?
    Tidak boleh, anda hanya boleh membeli satu (1) produk pada setiap transaksi.
  2. Bagaimanakah cara untuk saya ketahui sama ada saya berjaya membeli Produk dari Kedai dalam Talian  YES?
    Anda akan menerima e-mel pemberitahuan daripada Kedai dalam Talian YES setelah pembayaran berjaya. Sila ambil perhatian kerana anda mungkin diminta untuk memasukkan OTP oleh bank penerbit kredit kad anda sebelum pembayaran berjaya. OTP akan dihantar kepada anda melalui SMS oleh bank penerbit kredit kad anda.
  3. Bolehkah saya menyemak/ menukar pesanan saya di Kedai Online YES setelah menerima pengesahan pembelian?
    Tidak boleh, sebarang semakan/ perubahan pada mana-mana produk selepas pengesahan pembelian adalah tidak dibenarkan.
  4. Bolehkah saya membatalkan pesanan saya di Kedai dalam Talian YES setelah mendapat pengesahan pembelian?
    Tidak boleh, pembatalan pada mana-mana produk setelah pembayaran berjaya adalah tidak dibenarkan.
  1. Apakah kaedah pembayaran yang terdapat di Kedai dalam Talian YES?
    Pembayaran boleh dibuat melalui MasterCard atau Visa (kad kredit atau debit) yang dikeluarkan oleh bank-bank Malaysia. Sekiranya anda memerlukan maklumat yang lebih lanjut, sila hubungi bank pengeluar kad kredit atau kad debit anda untuk sebarang pertanyaan berkaitan dengan pembayaran.
  2. Jika jaringan atau sambungan internet saya mengalami gangguan sewaktu proses pembayaran, bagaimanakah cara untuk saya ketahui jika pembelian saya telah berjaya?
    Sekiranya pembayaran anda berjaya, anda akan menerima notifikasi e-mel
  3. Kenapa pembayaran kad kredit/debit saya tidak diproses?
    Syarikat kad kredit/debit anda mungkin menolak kebenaran pembelian anda kerana sebab-sebab berikut:

    – Had kredit/dana dalam akaun anda tidak mencukupi;
    – Anda mungkin telah memilih jenis kad yang salah atau memasukkan nombor yang salah atau tarikh luput yang salah semasa membuat pesanan;
    – OTP daripada 3D-Pin Secure untuk kad kredit/debit anda tidak lengkap
    – Gagal membuat pengesahan kata laluan/ID pengguna untuk kad debit anda
    – Syarikat kad kredit/debit anda tidak membenarkan pembelian dalam talian. 
  4. Bolehkah saya membuat pesanan menggunakan kad kredit yang dikeluarkan oleh negara lain?
    Tidak boleh, anda hanya boleh membuat pesanan dengan menggunakan kad kredit/debit yang dikeluarkan di Malaysia.
  5. Apakah yang harus saya lakukan sekiranya kad kredit/debit saya dicaj untuk pembelian yang tidak dibuat dari Kedai Dalam Talian YES?
    Sila hubungi bank kad kredit/debit anda untuk sebarang pertanyaan berkaitan dengan pembayaran.
  1. Bilakah saya boleh menjangkakan penghantaran pesanan saya?
    Penghantaran Produk akan diselesaikan dalam masa lima (5) hari bekerja setelah pembayaran anda berjaya.
  2. Bagaimanakah cara untuk saya mengesan pesanan saya?
    Anda boleh mengesan status pesanan anda dengan mengikuti langkah-langkah berikut:
    • Lawati www.yes.my/trackorder 
    • Klik pada ‘Track Order Status’
    • Masukkan ‘Order Number’ atau ‘Consignment Note Number’
    atau
     
    Hubungi YES Care melalui e-mel (yescare@yes.my) dan sebutkan Nombor Pesanan dari  Kedai Online YES. Untuk makluman, waktu operasi YES Care adalah antara jam 8pagi-11malam setiap hari (termasuk hujung minggu dan cuti umum).
  3.  Pukul berapa barang saya akan dihantar?
    Produk akan dihantar kepada anda pada hari bekerja di antara jam 9pagi hingga 6petang atau di antara jam 9pagi-1petang pada hari Sabtu.
  4. Bolehkah saya menghantar barang saya ke alamat selain daripada alamat rumah saya?
    Untuk kemudahan anda, anda boleh memberikan alamat alternatif pada halaman pembayaran pesanan (sebelum pembayaran dibuat) seperti alamat pejabat anda.
  5. Bolehkah saya menukar/kemaskini alamat penghantaran saya selepas pesanan saya disahkan?
    Tidak, anda tidak dibenarkan membuat sebarang penukaran/kemaskini alamat penghantaran anda setelah kami telah mengesahkan pesanan anda melalui e-mel.
  6. Bagaimanakah jika saya tidak ada pada tarikh penghantaran yang dijadualkan?
    Sekiranya anda tidak ada di alamat penghantaran pada tarikh yang dijadualkan, anda akan menerima notifikasi daripada ejen penghantaran. Anda diminta menghubungi ejen tersebut (yang maklumatnya akan tertera di notifikasi) untuk mengatur penghantaran semula atau mengumpul pembelian anda dari syarikat penghantaran yang terdekat dalam masa lima (5) hari dari tarikh penghantaran yang tidak berjaya.
  7.  Apakah yang akan berlaku pada produk saya jika saya tidak dapat mengambilnya dalam masa lima (5) hari?
    Pembelian anda akan dikembalikan kepada kami oleh ejen penghantaran kami. Dalam keadaan berikut, sila hubungi Yes Care melalui e-mel (yescare@yes.my) untuk mengatur pengumpulan atau penghantaran semula. YES Care beroperasi di antara jam 8pagi dan 11malam setiap hari (termasuk hujung minggu dan cuti umum). Harap maklum bahawa caj penghantaran tambahan mungkin dikenakan sekiranya ada pengiriman berulang.
  8.  Apakah yang akan berlaku sekiranya penghantaran saya hilang, rosak atau mengandungi produk yang salah?
    Sekiranya anda mengalami masalah dengan penghantaran anda, termasuk hilang, rosak atau penghantaran produk yang salah, sila e-mel yescare@yes.my . YES Care beroperasi di antara jam 8pagi dan 11malam setiap hari (termasuk hujung minggu dan cuti umum).
  9. Bolehkah YES menghantar barang pesanan saya ke luar Malaysia?
    Tidak boleh, alamat penghantaran anda haruslah di sekitar Malaysia sahaja. Kami tidak melakukan penghantaran antarabangsa.
  10. Apakah polisi pengembalian anda?
    Kami tidak menerima pulangan semula untuk sebarang pembelian. Oleh itu, sila sahkan pembelian anda dengan segera setelah menerima produk daripada ejen penghantaran.
  11. Adakah saya layak mendapat bayaran balik sekiranya saya tidak berpuas hati dengan produk saya?
    Semua penjualan tidak akan dikembalikan.
  12. Bagaimanakah cara untuk saya meminta ganti jika saya menerima produk yang salah?
    Pengembalian produk adalah tidak dibenarkan. Anda diminta mengesahkan pesanan anda setelah menerima barang daripada ejen penghantaran.