Dapatkan telefon* 5G PERCUMA
apabila anda #Miliki5G

Semak rancangan kami

Pelan 5G terpantas tanpa batasan
dan paling berbaloi di Malaysia​

Nikmati data & panggilan berkelajuan penuh tanpa had dengan telefon 5G PERCUMA.​

Telefon 5G Percuma

Pelan ini betul-betul PERCUMA . Tingkatkan pelan Yes Infinite anda dengan ‘+’ untuk mendapatkan satu dengan bayaran pendahuluan 0%. ​

Sudah 5G

Anda kini boleh menikmati kelajuan 20x lebih pantas dengan latency hampir sifar dengan sambungan Yes 5G.​​

Pelan terbaik dengan perbelanjaan paling sedikit​

Dari serendah RM58/bulan, ia 300% lebih murah daripada pelan 4G sedia ada.​

Kelajuan tanpa had​

Tanpa Polisi Penggunaan Saksama (FUP) data, kelajuan dan panggilan anda akan dibuka. Nikmati kesemuanya pada kadar bulanan tetap.​​

LANGKAH 1

Pilih Pelan Yes Infinite anda

Pelan Yes Infinite kami termasuk 4 jenis: Basic, Standard, Premium dan Ultra. Pilih pelan yang menepati keperluan anda.

LANGKAH 2

Pilih telefon 5G PERCUMA*

Pilih telefon pintar 5G PERCUMA daripada senarai model telefon tersedia berdasarkan pelan yang dipilih.

*Tertakluk pada terma dan syarat.

LANGKAH 3

Sahkan Pesanan & Nikmatinya!

Sahkan pembelian anda dan sedia untuk membebaskan keupayaan Infinite. Jika anda ingin mengekalkan nombor anda, klik di sini untuk panduan Tukar ke Yes.

Soalan Lazim

Dari segi kawasan liputan 5G, anda boleh menikmati rangkaian 5G di kawasan terpilih di Selangor, KL, Cyberjaya, Putrajaya, Johor dan Perak. Liputan rangkaian 5G sedang dibina dengan pantas dan dijangka mencecah sehingga 80% kawasan Malaysia menjelang 2024. Anda boleh mendapatkan maklumat terkini di yes.my/coverage​

Jika anda risau sama ada telefon anda boleh menyokong 5G atau tidak, anda kini boleh pergi ke yes.my/supported-devices untuk menyemak senarai semua peranti yang disokong 5G terkini yang tersedia di Malaysia.​​

Ini mungkin kerana anda telah gagal dalam semakan kelayakan untuk pelan Yes Infinite+ kami. Terdapat beberapa kemungkinan sebab anda gagal kelayakan adalah:​​

  1. Baki tertunggak dengan perkhidmatan lain​​
  2. Kontrak telefon dengan perkhidmatan lain sedang aktif​​
  3. Isu Komitmen kewangan dengan syarikat pembiayaan​

Jika anda masih mahu #Switchto5G, anda boleh memilih untuk berbuat demikian dengan mendaftar untuk pelan pascabayar Yes Infinite atau mendapatkan pelan prabayar FT5G.​

Berikut ialah panduan langkah demi langkah untuk mendaftar dalam talian untuk Yes Infinite+:
Langkah 1 – Klik “INFINITE+” pada menu navigasi yes.my​
Langkah 2 – Pilih pelan, pilih telefon 5G PERCUMA dan klik “DAPATKAN PELAN” untuk meneruskan.​
Langkah 3 – Pilih warna telefon 5G PERCUMA pilihan anda dan kemudian klik “TERUSKAN”.​
Langkah 4 – Isikan maklumat peribadi dan klik “SEMAK KELAYAKAN” untuk meneruskan.​
Langkah 5 – Imbas bahagian hadapan dan belakang MyKad/MyTentera anda di dalam bilik yang terang menghadap pada permukaan rata dengan pantulan minimum. (Jika anda menggunakan desktop, imbas kod QR yang ditunjukkan dengan telefon anda terlebih dahulu untuk memulakan proses pengesahan.) ​
Langkah 6 – Ambil video diri anda sambil memastikan wajah anda berada dalam bingkai untuk pengesanan yang tepat. (Jika anda tidak pasti bagaimana melakukan ini dengan betul, cuba patuhi arahan video yang ditunjukkan sekali lagi.)​
Langkah 7 – Isikan maklumat penghantaran dan sahkan butiran peribadi anda sebelum mengklik “TERUSKAN”
Langkah 8 – Semak butiran pesanan anda dan klik “PESAN”. (Jika anda ingin menukar sebarang maklumat yang diisikan, anda boleh mengklik “EDIT” untuk berbuat demikian.)
Langkah 9 – Isikan dan tandatangani terma dan syarat kontrak sebelum mengklik “HANTAR KONTRAK”.
Langkah 10 – Isikan maklumat pembayaran dan klik “BAYAR” untuk membeli pesanan anda.

Untuk pengesahan MyKad/MyTentera:​

  1. Sila imbas bahagian hadapan dan belakang ID anda pada permukaan yang rata. ​
  2. Sila ambil gambar di dalam bilik dengan pencahayaan yang mencukupi.
  3. Sila pastikan gambar yang diambil tiada silau.

Untuk pengesahan wajah muka:​

  1. Sila senyum semasa mengimbas muka. ​​
  2. Sila pastikan anda berada di dalam bilik yang terang. ​​
  3. Tolong jangan memakai cermin mata hitam, topi, topeng, atau gunakan objek lain yang menutup hidung, mata, atau mulut anda. ​​
  4. Sila buka mata anda semasa mengimbas muka.​
  5. Sila pastikan muka anda berada dalam bingkai kamera untuk pengecaman yang tepat. ​​

Kontrak penyewaan peranti adalah sebahagian daripada prosedur biasa untuk mana-mana pembekal perkhidmatan rangkaian yang menyediakan pelan pascabayar yang dipasangkan dengan peranti. Berdasarkan terma dan syarat, telefon 5G PERCUMA adalah milik anda tanpa caj tambahan pada penghujung kontrak sewa peranti selama 36 bulan anda. Jika anda membuat keputusan untuk menamatkan pelan pascabayar Yes Infinite+ anda dalam tempoh kontrak, anda akan tertakluk pada Caj Penamatan Awal (“ETC”).​​​

Anda boleh menukar telefon 4G anda di Yes Store terpilih sahaja. Untuk berbuat demikian, anda mesti:​​​​

  1. Bawa telefon 4G lama anda ke Kedai Yes.​
  2. Dapatkan pengesahan nilai telefon​
  3. Nikmati wang tunai segera dalam dompet MyYes App anda yang boleh anda gunakan untuk Miliki 5G dengan telefon 5G PERCUMA apabila anda mendaftar untuk Yes Infinite+.​

(Sebagai alternatif, anda juga boleh memindahkan wang tunai ke akaun bank anda, membeli tambahan atau membayar bil telefon anda.)​

View All FAQs