Temui Pemimpin Yes
Dengan gabungan pengalaman lebih dari 30 tahun dalam sektor komunikasi, sasaran Yes adalah untuk meneraju inovasi yang meberikan perkhidmatan terbaik buat anda.

Wing K. Lee.
Ketua Pegawai Eksekutif
Wing telah memimpin Waja Communication sejak dari mula. Dengan pengalaman lebih daripada 20 tahun dalam industri telekomunikasi, Wing memberikan wawasan dan kepimpinan yang memperkuasakan Yes untuk menyampaikan produk dan perkhidmatan bertaraf dunia.

Jacob Yeoh
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif
Jacob memacu pertumbuhan perniagaan perusahaan di bawah Yes 4G LTE. Dia bekerja rapat dengan syarikat usaha mula tempatan dan antarabangsa demi memberikan produk dan perkhidmatan berfungsi tinggi untuk Internet Benda (IoT).

Ali Tabassi
Ketua Pegawai Operasi
Ali menyertai YTL Communications pada 2010, dengan pengalaman lebih daripada 30 tahun, membina solusi wayarles dalam telekomunikasi, rangkaian, dan industri IP.