Julangkan bisnes anda dengan Yes DIA

Sambungkan bisnes anda ke sambungan berdedikasi. Dengan cara itu, anda boleh melakukan perniagaan secara lancar, setiap hari tanpa berlu berkongsi sambungan. Tambahan lagi, kami juag membantu mengurus bisnes anda dengan Wifi hujung ke hujung.

LANGGAN

Topik Paling Dicari

Cara Untuk Mengaktifkan SIM Baru YES

Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengaktifkan SIM anda:

  • Langkah 1
    Muat turun, buka aplikasi MyYes dan klik “Pengguna Baru”.
  • Langkah 2
    Klik pada “Aktifkan SIM”, kemudian “Mula”.
  • Langkah 3
    Imbas kod bar yang terdapat di bahagian belakang jacket SIM atau masukkan nombor siri SIM anda secara manual.
  • Langkah 4
    Terima nombor telefon yang ditetapkan
  • Langkah 5
    Selesaikan pengaktifan anda dengan mengikuti langkah-langkah untuk melakukan eKYC dan pengesahan ID anda.
  • Langkah 6
    Mesej pengesahan pengaktifan anda akan dihantar setelah pengesahan selesai .

     

    Cara Untuk Mengaktifkan SIM Baru YES

https://www.youtube.com/watch?v=bONpxhXoObU

Cara Untuk Mengaktifkan SIM Baru YES

 

Nota: Untuk “Tukar kepada Yes” boleh dilakukan selepas pengaktifan SIM.

Cara Bertukar kepada Yes

Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk "Tukar ke Yes":

  • Langkah 1
    Muat turun aplikasi MyYes dan log masuk.
  • Langkah 2
    Pilih "Tukar ke Yes" pada halaman utama kemudian klik "Tukar ke Yes".
  • Langkah 3
    Masukkan nombor anda dan klik "Sahkan" kemudian "hantar".
  • Langkah 4
    Sila sahkan dan klik pada nombor yang anda ingin tukar ke Yes.
  • Langkah 5
    Sila balas pengesahan SMS yang diterima untuk tukar ke Yes dan melengkapkan proses.

Pengaktifan penggantian SIM melalui aplikasi MyYes

Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk "Penggantian SIM":

  • Langkah 1
    Log masuk ke aplikasi MyYes
  • Langkah 2
    Pilih “Aktifkan SIM” untuk teruskan
  • Langkah 3
    Klik “Mula”
  • Langkah 4
    Imbas Kod Bar SIM atau masukkan nombor siri secara manual. Setelah selesai SIM telah diaktifkan

     

Dengan mengaktifkan perkhidmatan prabayar kami melalui nombor mudah alih ini, anda mengakui, menerima dan bersetuju untuk dengan Terma dan Syarat Perkhidmatan Prabayar kami seperti yang dinyatakan dalam www.yes.my/legal dan anda juga membenarkan data peribadi anda digunakan, diproses dan /atau diumumkan menurut Dasar Privasi Kumpulan YTL kami yang terdapat di https://ytl.com/privacypolicy.asp

 

  1.  Bagaimanakah cara untuk  saya menambah nilai akaun Yes saya menggunakan Kad Tambah Nilai? Kad Tambah Nilai dilengkapi dengan 16-digit kod pengaktifan. Untuk tambah nilai, sila masukkan kod pengaktifan kad tambah nilai.
    a) Melalui MyYes app: Pilih "Quick Reload" > Imbas Kad > Masukkan kod Pengaktifan Tambah Nilai
    b) Melalui Yes Pay & Reload Masukkan Nombor Yes > Klik Sahkan > Pilih Servis > Aktifkan Kad Tambah Nilai dan tukar ke Add-On > Masukkan 16-digit kod Pengaktifan Tambah Nilai dan klik Hantar
    c) Melalui SMS Hantar REL<ruang><Nombor Yes><ruang><16 digit kod Pengaktifan Tambah Nilai> ke 0183301111 e.g. REL 0181230000 1234567890123456 *Caj standard bagi SMS akan dikenakan untuk tambah nilai menggunakan operator telekomunikasi yang lain.
  2. Adakah terdapat tarikh luput untuk Kad Tambah Nilai? Ya. Tarikh luput dicetak pada Kad Tambah Nilai.
  3. Apakah yang akan berlaku pada baki kredit saya setelah saya membuat tambah nilai baru? Tambah nilai baru anda akan ditambahkan ke baki kredit anda yang sedia ada. Cth: Sekiranya anda mempunyai baki RM 20 dan anda menambah nilai RM 20 lagi, baki baru pada akaun anda adalah RM 40.
  4. Bagaimanakah cara untuk saya menyemak baki setelah selesai proses menambah nilai? Adakah saya akan menerima notifikasi? Ya, anda akan menerima notifikasi SMS. Untuk menyemak baki anda, muat turun aplikasi MyYes dan log masuk dengan butiran anda. Sekiranya tambah nilai anda berjaya, anda akan dapat lihat jumlah tambah nilai tersebut dikreditkan ke dalam baki semasa akaun anda.Untuk menyemak baki Kredit Yes anda melalui SMS: Taip BAL<ruang><nombor Yes anda> dan hantar ke 018 330 11111.
  5. Bolehkah saya mendapat bayaran balik untuk kredit yang tidak dipakai pada Kad Tambah Nilai saya? Tidak boleh, semua Kad Tambah Nilai tidak akan dikembalikan. Kredit yang telah dimasukkan ke dalam akaun Yes anda juga tidak akan dikembalikan.
  6. Sekiranya kod pengaktifan tidak sah, bagaimanakah untuk saya mendapatkan bantuan? Anda boleh menghantar e-mel kepada kami di yescare@yes.my.
  7. Bolehkah saya menambah nilai nombor Yes yang lain dengan menggunakan Kad Tambah Nilai? Ya, boleh. Anda hanya perlu klik di sini dan masukkan ID Yes/ Nombor Telefon/ Nombor Akaun daripada akaun Yes yang anda ingin ditambah nilai bersama-sama dengan kod pengaktifan daripada Kad Tambah Nilai Yes anda.
  8.  Bolehkah saya membeli Tambahan untuk Data Prabayar menggunakan Kad Tambah Nilai? Kad Tambah Nilai Yes pada masa ini hanya berfungsi untuk menambah nilai Kredit Yes sahaja. Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakan baki kredit anda untuk membeli Data Tambahan Prabayar di aplikasi MyYes.
  9. Bolehkah saya menggunakan Kad Tambah Nilai untuk menambah nilai melalui SMS? Ya, boleh.

  1. Siapakah kami?  YES ialah syarikat pengendali rangkaian mudah alih 4G tulen yang pertama di Malaysia, yang didaftarkan sebagai YTL Communications Sdn Bhd. Kami juga adalah pengendali pertama yang terawal menawarkan servis voice-over-LTE(VoLTE) untuk panggilan berdefinisi tinggi dan jelas. Kami juga telah mendapat pengiktirafan anugerah inovasi untuk servis tersebut setiap tahun selama dua tahun berturut-turut, mendahului pengendali rangkaian mudah alih lain di Malaysia.
  2. Kenapa saya perlu melanggan rangkaian YES? Perkara luar biasa berlaku apabila anda mengatakan YES! YES dicipta untuk memenuhi keperluan internet hari ini.  Kami menawarkan talian pantas dengan liputan yang meluas untuk semua keperluan komunikasi anda. Bersandarkan kepada pendekatan berpusatkan rakyat, kami berusaha untuk  membina rangkaian tanpa jurang yang akan menghubungkan segenap lapisan masyarakat di negara ini.
  3. Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar perkhidmatan YES? Anda boleh mendaftar untuk perkhidmatan YES di www.yes.my. Sebagai alternatif, anda boleh mengunjungi mana-mana kedai YES atau rakan niaga kami untuk mendaftar.
  4. Bolehkah saya beralih ke YES sambil mengekalkan nombor saya? Sudah tentu! Anda boleh membeli mana-mana pelan YES,  dan apabila anda menerima SIM kami, prosesnya adalah semudah 1, 2, 3! (i) Untuk mengaktifkan kad SIM anda, sila muat turun aplikasi MyYES (ii) Semasa proses pengaktifan, sila pilih “Tukar kepada YES  dan Simpan Nombor Anda”. Anda akan menerima SMS permintaan pengesahan ke nombor yang berdaftar dengan penyedia perkhidmatan sedia ada. (iii) Balas SMS dengan nombor pengesahan yang anda terima. Proses peralihan harus dilakukan dalam masa 3 hari dengan syarat nombor yang ingin anda bawa ke rangkaian kami berada dalam rangkaian nombor telefon bimbit yang diluluskan oleh SKMM;  nombor tersebut mestilah aktif dan tidak digantung, ditamatkan atau disenarai hitam dan/atau dihalang oleh penyedia perkhidmatan lain. Sepatutnya, anda tidak akan mengalami sebarang  gangguan ketika proses pengaktifan ini berlangsung. Sekiranya permintaan pertukaran rangkaian ditolak, sila hubungi penyedia perkhidmatan anda yang sedia ada.

Lihat Semua Soalan Lazim