Urus akaun anda di mana-mana sahaja!

Sila muat turun aplikasi MyYes untuk semakan dan urusan akaun YES anda.

Imbas kod QR untuk mula

atau

Muat Turun Di Sini

Sila klik Soalan Lazim untuk maklumat lanjut.

Topik Paling Dicari

Cara Untuk Mengaktifkan SIM Baru YES

Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengaktifkan SIM anda:

  • Langkah 1
    Muat turun, buka aplikasi MyYes dan klik “Pengguna Baru”.
  • Langkah 2
    Klik pada “Aktifkan SIM”, kemudian “Mula”.
  • Langkah 3
    Imbas kod bar yang terdapat di bahagian belakang jacket SIM atau masukkan nombor siri SIM anda secara manual.
  • Langkah 4
    Terima nombor telefon yang ditetapkan
  • Langkah 5
    Selesaikan pengaktifan anda dengan mengikuti langkah-langkah untuk melakukan eKYC dan pengesahan ID anda.
  • Langkah 6
    Mesej pengesahan pengaktifan anda akan dihantar setelah selesai pengesahan.



    Cara Untuk Mengaktifkan SIM Baru YES

https://www.youtube.com/watch?v=bONpxhXoObU

Cara Untuk Mengaktifkan SIM Baru YES



Nota: Untuk “Tukar kepada Yes” boleh dilakukan selepas pengaktifan SIM.

Cara Bertukar kepada Yes

Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk "Tukar ke Yes":

  • Langkah 1
    Muat turun aplikasi MyYes dan log masuk.
  • Langkah 2
    Pilih "Tukar ke Yes" pada halaman utama kemudian klik "Tukar ke Yes".
  • Langkah 3
    Masukkan nombor anda dan klik "Sahkan" kemudian "hantar".
  • Langkah 4
    Sila sahkan dan klik pada nombor yang anda ingin tukar ke Yes.
  • Langkah 5
    Sila balas pengesahan SMS yang diterima untuk tukar ke Yes dan melengkapkan proses.



Pengaktifan penggantian SIM melalui aplikasi MyYes

Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk "Penggantian SIM":

  • Langkah 1
    Log masuk ke aplikasi MyYes
  • Langkah 2
    Pilih “Aktifkan SIM” untuk teruskan
  • Langkah 3
    Klik “Mula”
  • Langkah 4
    Imbas Kod Bar SIM atau masukkan nombor siri secara manual. Setelah selesai SIM telah diaktifkan



Dengan mengaktifkan perkhidmatan prabayar kami melalui nombor mudah alih ini, anda mengakui, menerima dan bersetuju untuk dengan Terma dan Syarat Perkhidmatan Prabayar kami seperti yang dinyatakan dalam www.yes.my/legal dan anda juga membenarkan data peribadi anda digunakan, diproses dan /atau diumumkan menurut Dasar Privasi Kumpulan YTL kami yang terdapat di https://ytl.com/privacypolicy.asp

 

  1. Siapakah kami?  YES ialah syarikat pengendali rangkaian mudah alih 4G tulen yang pertama di Malaysia, yang didaftarkan sebagai YTL Communications Sdn Bhd. Kami juga adalah pengendali pertama yang terawal menawarkan servis voice-over-LTE(VoLTE) untuk panggilan berdefinisi tinggi dan jelas. Kami juga telah mendapat pengiktirafan anugerah inovasi untuk servis tersebut setiap tahun selama dua tahun berturut-turut, mendahului pengendali rangkaian mudah alih lain di Malaysia.
  2. Kenapa saya perlu melanggan rangkaian YES? Perkara luar biasa berlaku apabila anda mengatakan YES! YES dicipta untuk memenuhi keperluan internet hari ini.  Kami menawarkan talian pantas dengan liputan yang meluas untuk semua keperluan komunikasi anda. Bersandarkan kepada pendekatan berpusatkan rakyat, kami berusaha untuk  membina rangkaian tanpa jurang yang akan menghubungkan segenap lapisan masyarakat di negara ini.
  3. Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar perkhidmatan YES? Anda boleh mendaftar untuk perkhidmatan YES di www.yes.my. Sebagai alternatif, anda boleh mengunjungi mana-mana kedai YES atau rakan niaga kami untuk mendaftar.
  4. Bolehkah saya beralih ke YES sambil mengekalkan nombor saya? Sudah tentu! Anda boleh membeli mana-mana pelan YES,  dan apabila anda menerima SIM kami, prosesnya adalah semudah 1, 2, 3! (i) Untuk mengaktifkan kad SIM anda, sila muat turun aplikasi MyYES (ii) Semasa proses pengaktifan, sila pilih “Tukar kepada YES  dan Simpan Nombor Anda”. Anda akan menerima SMS permintaan pengesahan ke nombor yang berdaftar dengan penyedia perkhidmatan sedia ada. (iii) Balas SMS dengan nombor pengesahan yang anda terima. Proses peralihan harus dilakukan dalam masa 3 hari dengan syarat nombor yang ingin anda bawa ke rangkaian kami berada dalam rangkaian nombor telefon bimbit yang diluluskan oleh SKMM;  nombor tersebut mestilah aktif dan tidak digantung, ditamatkan atau disenarai hitam dan/atau dihalang oleh penyedia perkhidmatan lain. Sepatutnya, anda tidak akan mengalami sebarang  gangguan ketika proses pengaktifan ini berlangsung. Sekiranya permintaan pertukaran rangkaian ditolak, sila hubungi penyedia perkhidmatan anda yang sedia ada.

  1. Dimana perlu saya serahkan permohonan untuk bertukar kepada YES?
    Permohonan untuk bertukar ke talian YES boleh dibuat dengan memuat turun aplikasi MyYes. Sekiranya anda adalah pelanggan baru YES, anda boleh memilih daripada pelbagai pelan YES yang sedia ada. Anda akan menerima kad SIM dengan nombor sementara daripada YES. Setelah menerima kad SIM, sila muat turun aplikasi MyYes untuk pengaktifan dan pengesahan sebelum bertukar ke nombor asal anda. Anda boleh bertukar ke nombor asal semasa proses pengaktifan ataupun pada bila-bila masa sahaja selepas itu.
    Sekiranya anda adalah pelanggan sedia ada YES. Rujuk “Quick Access”, pilih “Switch to YES” dan “Keep Your Number”. Anda akan menerima SMS pengesahan dari telco berkenaan. Balas SMS tersebut untuk mengesahkan pertukaran talian. Anda juga boleh ke kedai YES atau kiosk YES yang terdekat untuk memohon pertukaran ke talian YES.
  2. Apakah yang harus saya lakukan atau semak sebelum menghantar permohonan untuk beralih kepada YES?
    Untuk proses peralihan yang lancar ke rangkaian YES, pastikan dan semak perkara berikut dengan penyedia perkhidmatan mudah alih semasa anda:
    1. Akaun anda mesti aktif;
    2. Tiada bil tertunggak/ belum dijelaskan
    3. Tiada obligasi kontrak tertunggak;
    4. Talian tambahan mesti ditukar bersama-sama Nombor Utama.
    Jika diperlukan, anda mungkin juga ingin menyimpan semua nombor kenalan anda daripada kad SIM yang ada sebelum beralih ke YES.
  3. Bagaimanakah cara untuk mengetahui status peralihan saya kepada YES?
    Anda akan menerima notifikasi SMS daripada pembekal perkhidmatan semasa anda [setelah berjaya beralih kepada YES].
  4. Bagaimanakah cara untuk menyemak status pertukaran talian saya secara online?
    Anda boleh menyemak status pertukaran anda melalui aplikasi MyYes. Tekan ikon “Switch to Yes” dan klik “Check Status”.
  5. Adakah saya akan menghadapi gangguan perkhidmatan semasa proses peralihan?
    Anda tidak akan menghadapi sebarang gangguan perkhidmatan semasa proses peralihan. Namun begitu, jika anda berhasrat untuk ke luar negara semasa proses pertukaran, anda mungkin perlu menghubungi penyedia perkhidmatan semasa anda untuk mengetahui sama ada akan berlaku sebarang gangguan untuk perkhidmatan perayauan. Tidak akan ada gangguan perkhidmatan daripada pihak YES.
  6. Bolehkah saya membatalkan permohonan saya untuk beralih?
    Anda masih boleh membatalkan permohonan untuk beralih jika permintaan itu sedang diproses. Setelah peralihan berjaya, anda tidak akan dapat membatalkan permohonan tersebut.
  7. Adakah saya perlu membatalkan pelan perkhidmatan semasa saya sebelum beralih kepada YES?
    Tidak, anda tidak perlu membatalkan pelan perkhidmatan semasa anda. Perkhidmatan sedia ada anda dengan penyedia perkhidmatan mudah alih semasa akan dihentikan secara automatik setelah anda berjaya beralih kepada YES.
  8. Jika anda bukan pelanggan YES, adakah anda akan terima kad SIM baru setelah saya beralih kepada YES?
    Ya, kami akan menyediakan Kad SIM yang baru apabila anda beralih kepada YES.
  9. Bolehkah nombor saya dialih tanpa kebenaran saya?
    Tidak boleh. Peralihan nombor tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran anda. YES mesti mengesahkan permohonan dan dokumen sokongan pelanggan terlebih dahulu sebelum meneruskan proses peralihan.
  10. Bagaimanakah jika salah satu pemegang talian tambahan saya tidak mahu beralih?
    Sebagai pemegang akaun utama, anda perlu mengunjungi penyedia perkhidmatan mudah alih semasa anda untuk menamatkan talian tambahan yang berkaitan. Pemegang talian tambahan perlu mendaftar semula sebagai pemegang akaun utama. Setelah proses ini selesai, maka anda sebagai pemegang akaun utama boleh beralih kepada YES.
  11. Bolehkah saya menukar nombor saya kepada penyedia perkhidmatan yang lain lebih daripada satu kali?
    Ya, tetapi anda tidak boleh membuat lebih daripada satu permintaan MNP dalam jangka masa yang sama kepada penyedia perkhidmatan mudah alih yang berbeza.
  12. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk beralih kepada YES?
    Proses ini tidak akan mengambil lebih daripada 1 atau 2 hari bekerja untuk peralihan talian individu.
  13. Berapakah yang perlu saya bayar untuk beralih kepada YES?
    Permohonan untuk beralih kepada YES adalah percuma. Namun begitu, anda perlu membayar fi komitmen Pelan Perkhidmatan berdasarkan kepada pelan yang anda pilih.
  14. Apakah yang akan berlaku dengan penggunaan yang belum dicatat dalam bil oleh penyedia perkhidmatan mudah alih semasa saya sementara menunggu untuk beralih kepada YES?
    Anda perlu membayar penyedia perkhidmatan mudah alih semasa anda untuk penggunaan yang belum dibil apabila menerima invois, walaupun anda telah berjaya beralih kepada YES. Jika tidak, anda akan disenaraihitamkan oleh penyedia perkhidmatan mudah alih semasa anda kerana tidak menjelaskan bil tertunggak anda.
  15. Saya telah mendaftar pakej YES bundle melalui aplikasi MyYes atau di kedai YES atas talian. Pada masa yang sama, pertukaran kad SIM saya telah berjaya dilakukan melalui aplikasi MyYes. Namun sekiranya permohonan saya ditolak, apakah yang akan berlaku kepada kontrak sah laku di bawah pakej bundle tersebut?
    “Nombor sementara YES akan diberikan semasa pengaktifan kad SIM anda. Nombor sementara YES akan kekal aktif sehinggalah anda memohon pertukaran talian semula, dan setelah selesai tunggakan bil dengan syarikat telco sedia ada. Sekiranya permohoan anda ditolak, anda boleh terus menggunakan nomnor sementara YES sebagai nombor kekal anda ataupun membatalkan pakej bundle dan servis anda. Sekiranya anda ingin menamatkan pakej tersebut, anda tertakluk kepada kontrak pakej bundle dan perlu membayar caj penamatan awal”
  16. Saya telah mendaftar untuk pelan SIM Prabayar/Pascabayar melalui aplikasi MyYes atau kedai YES atas talian. Saya juga berjaya mengaktifan SIM dan memohon penukaran melalui aplikasi MyYes. Apa yang akan berlaku keapda pelan saya sekiranya pemohonan saya gagal?
    Nombor sementara YES akan diberikan semada pengaktifan kad SIM anda. Nombor sementara YES akan kekal aktif sehinggalah anda memohon penukaran anda, dan setelah membayar sebarang tunggakan bil dengan syarikat telco anda.
  17. Siapakah yang boleh saya hubungi jika permintaan beralih ke YES saya gagal?
    Anda boleh e-mel kepada kami melalui yescare@yes.my.
  18. Bolehkah saya keluar daripada YES setelah saya mengemukakan permohonan untuk menamatkan akaun YES saya?
    Setelah anda mengemukakan permohonan anda untuk menamatkan perkhidmatan YES, akaun YES anda akan dianggap tidak aktif semasa proses penamatan, dan anda tidak boleh mengalih nombor anda ke penyedia perkhidmatan yang lain.

.

Lihat Semua Soalan Lazim