Kuala Lumpur, 17 Disember 2025 — Yes (oleh YTL Communications) dan HONOR Malaysia hari ini mengumumkan sumbangan bersama bernilai RM40,000 bagi meningkatkan keupayaan digital Hospis Malaysia, salah satu penyedia penjagaan paliatif berasaskan komuniti terkemuka di negara ini.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) ini, Yes menyediakan ketersambungan 5G percuma dengan data dan kelajuan tanpa batasan, manakala HONOR menyumbangkan 20 unit HONOR Pad 10 5G. Inisiatif ini membolehkan petugas klinikal penjagaan paliatif Hospis Malaysia, yang terdiri daripada doktor, jururawat, ahli farmasi dan ahli terapi rehabilitasi kekal berhubung ketika membuat lawatan ke rumah, konsultasi jarak jauh dan penyelarasan penjagaan merentas kepakaran.
Pasukan Hospis Malaysia yang merangkumi pelbagai bidang kepakaran menjalankan lawatan ke rumah secara meluas setiap bulan untuk menyokong pesakit yang menghidap penyakit kronik dan perpanjangan. Dengan sambungan 5G yang boleh dipercayai serta peranti tablet moden, petugas klinikal dapat menyelaras maklumat pesakit secara masa nyata, membuat keputusan klinikal dengan lebih pantas dan memberikan penjagaan tepat pada masanya dan penuh keprihatinan, sama ada di rumah mahupun komuniti.
“Di Yes, kami percaya bahawa ketersambungan digital adalah pemangkin penting untuk barisan hadapan perkhidmatan kesihatan,” kata Wing K. Lee, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications. “Dengan melengkapkan pasukan Hospis Malaysia dengan ketersambungan 5G percuma yang menawarkan kelajuan dan data tanpa batasan, kami berharap setiap lawatan rumah menjadi lebih lancar, setiap kemas kini lebih pantas dan setiap keputusan penjagaan dibuat dengan maklumat yang lebih tepat. Kami berbesar hati dapat menyokong misi mereka dalam menyampaikan penjagaan yang menyantuni dan berteraskan pesakit kepada keluarga-keluarga di Malaysia.”
HONOR Pad 10 5G yang dipilih untuk inisiatif ini dilengkapi skrin paparan terang dengan ciri keselesaan mata, prestasi lancar, kapasiti bateri besar serta alat penulisan berasaskan AI. Ciri-ciri ini menjadikannya amat sesuai untuk tenaga kerja kesihatan yang perlu menyemak maklumat pesakit, merekodkan nota klinikal ketika bergerak dan menjalankan lawatan dengan lebih cekap. Kebolehgunaan dan ketahanan peranti ini, bersama rangkaian 5G berkelajuan tinggi Yes, membantu melancarkan aliran kerja digital pasukan klinikal semasa di lapangan.
Selaras dengan pengaktifan 5G Advanced di seluruh negara oleh Yes baru-baru ini, tablet HONOR Pad 10 5G dijadualkan menerima kemas kini perisian tegar melalui udara (FOTA) pada suku pertama 2026 bagi menyokong sepenuhnya teknologi pra-6G terbaru ini, sekali gus memastikan kesediaan masa depan peranti tersebut.
“HONOR berbangga dapat menyokong inisiatif CSR Yes dalam memperkukuh keupayaan digital Hospis Malaysia. Kami berharap peranti kami dapat menambah baik operasi harian mereka secara lebih bermakna, khususnya ketika doktor, jururawat dan petugas profesional kesihatan terus berkhidmat kepada komuniti dengan dedikasi luar biasa,” kata Presiden HONOR Pasifik Selatan, Justin Li.
Dengan setiap peranti dikuasakan oleh rangkaian 5G berprestasi tinggi Yes di seluruh negara, para klinikal kini boleh:
- mengakses rekod pesakit serta-merta
- merekodkan kemas kini di lokasi lawatan
- berunding dengan rakan sepasukan secara jarak jauh
- mengurangkan kelewatan akibat liputan rangkaian yang tidak konsisten
- meminimakan perjalanan yang tidak perlu, sekali gus meningkatkan penyelarasan penjagaan untuk pesakit dan keluarga
Dr. Ednin Hamzah, Ketua Pegawai Eksekutif Hospis Malaysia, turut merakamkan penghargaan atas kerjasama ini: “Penjagaan paliatif bergantung kepada komunikasi yang tepat pada masanya serta keputusan klinikal yang dibuat secara teratur dan sepadu. Tablet ini akan meningkatkan keupayaan kami untuk memberi respons terhadap keperluan pesakit secara masa nyata. Kami amat berterima kasih kepada Yes dan HONOR atas sokongan mereka, yang membolehkan kami meneruskan penjagaan yang sangat diperlukan kepada pesakit dan keluarga mereka dengan penuh ihsan.”
Kerjasama ini mencerminkan kepimpinan Yes dalam inisiatif CSR berfokuskan komuniti serta komitmen bersama kedua-dua organisasi untuk memperkasa barisan hadapan, memperkukuh akses digital dan menyokong aspirasi kesihatan digital Malaysia melalui teknologi yang berteraskan keperluan sebenar dan
memberi perubahan yang bermakna.
