Kuala Lumpur, 15 Dis 2025 — Yes, syarikat telekomunikasi 5G terkemuka Malaysia, hari ini melancarkan produk prabayar 5G Advanced pertama di negara ini, iaitu ‘yes 5g advanced starter pack’, pada harga RM10. Pek permulaan ini direka untuk memberikan akses lebih luas kepada ketersambungan yang lebih pantas, dengan tawaran 20GB data, kelajuan tanpa batasan, serta tempoh sah selama 30 hari, yang terpanjang antara semua pelan prabayar RM10 di pasaran.
Dengan pelancaran ini, Yes menjadi syarikat telekomunikasi pertama di Malaysia yang menawarkan teknologi 5G Advanced kepada pelanggan prabayar, sekali gus membuka akses kepada ketersambungan generasi seterusnya yang premium. Ia membolehkan lebih ramai rakyat Malaysia menikmati ketersambungan yang lebih pantas dan responsif, selari dengan keperluan gaya hidup moden.
“Apabila Yes 5g advanced mula dilancarkan pada Oktober lalu, kami telah menaik taraf semua pelanggan pascabayar dan jalur lebar kami untuk menikmati teknologi 5G bertaraf dunia ini tanpa sebarang kos tambahan. Hari ini, kami membawakan 5G Advanced kepada semua pelanggan prabayar kami,” kata Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications, Wing K. Lee. “Matlamat kami adalah untuk memastikan semua rakyat Malaysia, termasuk pengguna yang paling terhubung dan kreatif hari ini, boleh menikmati akses kepada teknologi 5G terkini pada harga mampu milik. Dengan pek permulaan RM10 ini, kami membuka lebih banyak peluang untuk mereka menstrim, bermain permainan video dan berkarya pada kualiti PALING tinggi, tidak kira di mana sahaja di seluruh negara. Ini merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Malaysia menjadi sebuah negara digital sedia AI.”
Susulan pelancarannya di Lembah Klang pada Oktober lalu, Yes telah berjaya memperluaskan Yes 5g advanced ke seluruh rangkaian liputan 5G miliknya, yang kini mencatatkan kadar liputan sebanyak 82.4% di kawasan berpenduduk di seluruh negara. Pencapaian ini mengukuhkan peranan Yes sebagai peneraju utama 5G di Malaysia, selain meletakkan negara pada kedudukan yang membanggakan sebagai negara ke-9 di dunia yang menikmati standard pra-6G ini.
Dengan isyarat dalam bangunan yang lebih kukuh, liputan luar bangunan yang lebih luas, dan kadar pemindahan data yang lebih tinggi untuk muat turun serta muat naik, rangkaian yang dipertingkatkan ini menawarkan pelbagai manfaat, termasuk:
● Penstriman berdefinisi tinggi untuk kualiti audio dan video paling tinggi
● Sambungan lebih lancar dengan kadar latensi rendah untuk kegunaan industri dan permainan video yang lebih stabil
● Ketersambungan yang lebih mantap walaupun di kawasan sesak dan trafik tinggi
● Rangkaian sedia AI yang menyokong beban tugas AI sensitif latensi, membuka laluan kepada AI fizikal
Keupayaan ini menjadikan ‘Yes 5g advanced starter pack’ sebagai pilihan ideal untuk rakyat Malaysia yang memerlukan tindak balas segera, operasi berbilang tugas serba lancar serta tetapan kualiti paling tinggi ketika menstrim, bermain permainan video, dan berkarya.
Yes juga akan melancarkan kempen ‘generasi advanced’, yang bakal meletakkan Yes 5g advanced sebagai pemangkin utama generasi hiper-terhubung masa kini. Kempen ini menampilkan bagaimana ‘Yes 5g advanced starter pack’ meningkatkan pengalaman:
● “muzik paling HD” untuk pencinta muzik,
● “gaming paling smooth” untuk pemain permainan video kasual dan kompetitif, dan
● “kualiti strim paling tinggi” untuk pencipta kandungan dan penstriman secara langsung.
Semua pelanggan prabayar Yes sedia ada telah dinaik taraf secara automatik kepada Yes 5g advanced tanpa sebarang caj tambahan atau tindakan lanjut, menjadikan Yes satu-satunya syarikat telekomunikasi yang menawarkan sambungan 5G bertaraf dunia ini secara terus kepada keseluruhan pangkalan pelanggannya, merangkumi pelanggan pascabayar, prabayar, dan jalur lebar.
Pek permulaan baharu ini boleh didapati di:
- Yes Store & Rakan Niaga Yes
- yes.my
- Aplikasi MyYes
- Yes Official Store di Shopee
- The Yes Store di TikTok Shop
- Kedai serbaneka MyNews (mulai 22 Disember dan seterusnya)
- Kedai serbaneka CU (mulai 22 Disember dan seterusnya)
Dengan harga yang paling kompetitif di pasaran, akses eksklusif kepada rangkaian 5G Advanced, tempoh sah lebih panjang serta rangkaian yang direka khusus untuk ‘generasi advanced’ Malaysia, ‘Yes 5g advanced starter pack’ menetapkan penanda aras baharu untuk pelan prabayar. Pengguna hanya memerlukan peranti yang serasi dengan 5G Advanced untuk menikmati sepenuhnya manfaat yang ditawarkan oleh teknologi ini.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila layari yes.my atau muat turun aplikasi MyYes.
