Kuala Lumpur, 18 Dis 2025 — Malam perayaan, maraton drama hingga larut malam, dan sesi ‘binge-watching’ hujung minggu anda, bakal dipertingkatkan! Yes, syarikat telekomunikasi 5G terkemuka Malaysia kini memperkenalkan Pakej Jalur Lebar 5g advanced + iQIYI yang menawarkan WiFi rumah 5g advanced tanpa batasan serta Akses iQIYI PERCUMA selama 1 tahun, membolehkan rakyat Malaysia menikmati penstriman tanpa batasan dengan lebih selesa di rumah.
Susulan pelancaran teknologi 5g advanced pada Oktober lalu, serta pengenalan yes 5g advanced starter pack pertama di Malaysia baru-baru ini, Yes kini meluaskan pengalaman 5g advanced tanpa batasan mereka ke rumah anda dengan menggabungkan perkhidmatan jalur lebarnya bersama tawaran hiburan premium, sekali gus menjadikan ruang harian anda menjadi hab hiburan peribadi.
Dengan harga hanya RM68 sebulan, Pakej Jalur Lebar 5g advanced + iQIYI menyediakan data dan kelajuan 5g advanced tanpa batasan, router 5g advanced PERCUMA, serta Akses iQIYI PERCUMA selama 1 tahun, dengan jumlah penjimatan melebihi RM1,300!
Dengan persediaan ‘Plug & Play’ sebenar, pelanggan boleh menikmati sambungan dalam masa beberapa minit sahaja tanpa memerlukan juruteknik, pendawaian, atau menunggu pemasangan.
Dalam tawaran istimewa ini, Akses iQIYI PERCUMA selama 1 tahun akan diaktifkan secara automatik sebaik sahaja pendaftaran selesai tanpa perlu langkah pengaktifan yang rumit. Pelanggan boleh terus menikmati pelbagai pilihan drama Asia, filem blokbuster, dan rancangan variasi popular, pelengkap sempurna untuk maraton drama musim perayaan mahupun hiburan harian anda.
“Matlamat kami adalah untuk menjadikan hiburan di rumah lebih mudah dan bebas tekanan,” kata Wing K. Lee, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications. “Sebagai peneraju jalur lebar 5g advanced di Malaysia, kami kini meningkatkan piawaian pengalaman digital dengan menggabungkan ketersambungan tanpa batasan bersama akses segera ke iQIYI. Melalui kemudahan ‘Plug & Play’, kami membawakan keselesaan hiburan sebenar ke ruang tamu anda. Jadi, mengapa perlu pening dengan drama kehidupan, kalau anda boleh menontonnya?”
Pakej Jalur Lebar 5g advanced + iQIYI ini direka khusus untuk keluarga, pelajar, peminat tegar hiburan, serta mereka yang bekerja dari rumah. Ia adalah pilihan yang tepat buat rakyat Malaysia yang ingin menaik taraf daripada pelan WiFi lama yang perlahan. Dengan kelajuan lebih pantas, penstriman tanpa gangguan, dan pemasangan yang mudah, pakej ini menjamin ketersambungan yang stabil dan hiburan segera untuk setiap isi rumah.
Dikuasakan oleh teknologi 5g advanced, jalur lebar Yes menawarkan kelajuan setaraf fiber tanpa wayar, latensi ultra-rendah, serta isyarat dalam bangunan yang lebih kukuh dengan liputan luar yang meluas. Kehebatannya terbukti dengan sokongan sehingga 128 peranti serentak, memastikan prestasi kekal lancar walaupun pada waktu puncak penggunaan.
Kini dengan tersedianya 5g advanced untuk pelan prabayar, pascabayar, dan kegunaan di rumah, Yes terus komited untuk menjadikan ketersambungan generasi hadapan lebih mudah diakses oleh semua, menyokong setiap keperluan kerja, permainan video, dan hiburan tanpa henti.
Dapatkan Pakej Jalur Lebar 5g advanced + iQIYI ini di seluruh negara untuk tempoh terhad di mana-mana Yes Store, Rakan Niaga Yes, atau layari yes.my. Aktifkan kelajuan, bongkarkan drama melalui laman web yes.my, atau muat turun aplikasi MyYes.
