KUALA LUMPUR, 14 September 2026 – Bagaimana jika mulakan penggunaan AI semudah melanggan pelan mudah alih?

Yes menjadikan ini satu realiti dengan pelancaran AI 30, pelan pascabayar permulaan baharu yang menggabungkan AI dan 5g advanced tanpa batasan dalam satu pakej mampu milik, memberikan lebih ramai rakyat Malaysia cara mudah untuk memulakan perjalanan AI mereka bersama Yes.

Ditawarkan pada RM20 sebulan untuk enam bulan pertama, AI 30 memberikan pelanggan akses kepada data dan kelajuan 5g Advanced tanpa batasan, bersama ILMUchat Pro secara percuma, bernilai RM50 sebulan. Lebih daripada sekadar pelan pascabayar baharu, AI 30 direka sebagai gerbang kepada AI, memudahkan rakyat Malaysia meneroka bagaimana AI boleh membantu mereka belajar, mencipta, meneroka idea dan melakukan lebih banyak perkara.

MULA dengan 5G Advanced, MULA dengan AI

AI semakin menjadi sebahagian daripada kehidupan seharian, daripada cara kita belajar dan bekerja hinggalah kepada menghasilkan kandungan, menyelesaikan masalah dan meneroka idea baharu. Namun begitu, bagi ramai orang, mengetahui di mana atau bagaimana untuk bermula masih boleh menjadi satu halangan.

AI 30 membuat langkah pertama lebih mudah. Dengan menggabungkan 5g advanced tanpa batasan bersama ILMUchat Pro secara percuma, Yes menghimpunkan ketersambungan dan alat AI yang diperlukan untuk meneroka pelbagai kemungkinan dalam satu pelan pascabayar permulaan.

Bagi pelajar, AI boleh membantu dalam penyelidikan, tugasan dan pembentangan. Bagi golongan profesional muda, ia boleh membantu dalam percambahan idea, penulisan dan produktiviti. Bagi pencipta kandungan dan pengguna umum, ia boleh membantu membangunkan idea, menghasilkan kandungan, menjawab soalan dan menyelesaikan tugasan.

Lebih daripada Akses AI – Pengalaman AI Pro

Pengalaman ILMUchat Pro merangkumi lebih banyak mesej harian, lebih banyak muat naik fail dan imej, lebih banyak minit suara serta “Deep Research” dengan penyelidikan daripada pelbagai sumber dan sitasi – membantu pelanggan bergerak melangkaui sekadar mencuba AI kepada penggunaan yang lebih meluas dalam kehidupan seharian.

AI + 5G. Satu Permulaan yang Mudah

Wing K. Lee, Ketua Pegawai Eksekutif YTL Communications , berkata: “AI sedang mengubah cara kita belajar, bekerja dan mencipta. Namun, sebelum orang ramai dapat merasai pelbagai kemungkinannya, mereka memerlukan satu titik permulaan yang mudah. Dengan AI 30, kami memudahkan langkah pertama tersebut dengan menggabungkan AI dan 5g advanced tanpa batasan dalam satu pelan yang sangat mampu milik.”

“Kami mahu rakyat Malaysia bukan sekadar mendengar tentang AI, tetapi merasakannya, menggunakannya dan meneroka bagaimana AI boleh membawa perubahan dalam kehidupan seharian mereka. AI 30 ialah gerbang kami untuk menjadikan AI lebih mudah diakses oleh lebih ramai rakyat Malaysia – dan ini hanyalah permulaannya.”

AI 30: MULA PERJALANAN ANDA BERSAMA YES

AI 30 kini tersedia kepada rakyat Malaysia pada harga RM20 sebulan untuk enam bulan pertama, diikuti RM30 sebulan selepas itu. Pelan ini merangkumi:

● Data dan kelajuan 5g advanced tanpa batasan

● ILMUchat Pro secara percuma, bernilai RM50/sebulan

● Hotspot 12GB

● Panggilan tanpa had

● Tiada kontrak

● Tiada bayaran pendahuluan semasa pendaftaran

Untuk maklumat lanjut atau untuk mendaftar, layari yes.my/yes-postpaid-plans/