Soalan Lazim


 

 

  1. Apa itu Add-On Hotspot Prabayar?
    Add-On Hotspot Prabayar  membolehkan anda menggunakan peruntukan data internet hotspot untuk peranti lain. Tertakluk kepada terma dan syarat.
  2. Apakah yang ditawarkan oleh pakej Add-On Hotspot Prabayar?
     
      Tawaran Add-On Hotspot Prabayar adalah seperti berikut:
    Jenis pelan Tambahan Hotspot Harga Data Tempoh Sah Guna Add-On Hotspot Prabayar Tempoh Sah Guna Akaun Kelajuan
    Kasi Up Hotspot
    Add-On 10GB
    RM 10 10GB 30 hari  20 hari  Sehingga 7Mbps 
    Kasi Up Hotspot
    Add-On 20GB
    RM 20 20GB 30 hari  40 hari  Sehingga 7Mbps 
    Kasi Up Hotspot
    Add-On 30GB
    RM 30 30GB 30 hari  60 hari  Sehingga 7Mbps 
    Kasi Up Hotspot
    Add-On 50GB
    RM 50 50GB 30 hari  100 hari  Sehingga 7Mbps 
    * Ambil perhatian akan perenggan (a) dan (b) di bawah: –

    (a) Tempoh sah akaun anda akan dilanjutkan berdasarkan jenis denominasi Tambahan Hotspot Prabayar yang dibeli  dari tarikh pembelian, melalui saluran yang disediakan tertakluk pada perenggan (b) di bawah.

    (b) Sila ambil perhatian bahawa tempoh sah akaun anda tidak akan dilanjutkan sekiranya anda membeli mana-mana denominasi Tambahan Hotspot Prabayar melalui YES Credit.
  3. Bagaimana saya boleh membeli Tambahan Hotspot Prabayar?
    Anda boleh membeli Add-On Hotspot Prabayar melalui salah satu daripada saluran berikut: –
    (a) Aplikasi MyYES
    (b) Kedai/Kios YES; dan
    (c) Kedai Rakan Niaga YES yang sah

     
  4. Bolehkah saya menyemak baki Add-On Hotspot Prabayar?
    Anda boleh memeriksa baki data internet Tambahan Hotspot Prabayar anda melalui aplikasi MyYes app.  
  5. Apakah yang berlaku dengan kuota internet baki daripada Add-On Hotspot Prabayar yang masih tidak digunakan semasa tamatnya Tempoh Sah Guna Add-On Hotspot Prabayar?Sebarang data internet yang tidak digunakan dalam Tambahan Hotspot Prabayar akan diluputkan apabila tamat tempoh Add-On Hotspot Prabayar.
  6. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya menggunakan semua peruntukan data internet Tambahan Prabayar Hotspot?
    Anda tidak akan dapat menggunakan perkhidmatan hotspot sekiranya anda telah menggunakan keseluruhan peruntukan data  dalam kuota Add-On Hotspot Prabayar semasa Tempoh Sah Guna Prabayar Hotspot. Sila beli mana-mana Tambahan Prabayar untuk menikmati perkhidmatan tersebut.  
  7. Bolehkah saya membeli Add-On Hotspot Prabayar, jika Tambahan Data Kasi Up Unlimited  atau Kasi Up Unlimited OKU telah tamat tempoh?
    Tidak boleh. Setiap kali anda membeli Add-On Hotspot Prabayar, pastikan bahawa Add-On Kasi Up Unlimited  atau Kasi Up Unlimited OKU masih lagi dalam tempoh sah guna.
  8. Sekiranya saya telah membeli beberapa data Add-On, kuota internet manakah yang akan digunakan terlebih dahulu?
    Sekiranya anda telah membeli pelbagai data Add-On, mana-mana data internet yang diperuntukkan di bawah mana-mana data tambahan akan tamat bergantung kepada tempoh sah guna masing – masing.  
  1. Apa itu Kasi Up Unlimited dan Kasi Up Turbo 5GB?
    Kasi Up Unlimited dan Kasi Up Turbo 5GB ialah  pakej Tambahan Data Prabayar yang boleh dibeli oleh pelanggan yang layak. Tertakluk kepada terma dan syarat.
  2. Bolehkah Kasi Up Unlimited dan Kasi Up Turbo 5GB digunakan dengan peranti Huddle atau Zoom?
    Kasi Up Unlimited dan Kasi Up Turbo 5GB hanya boleh digunakan dengan telefon pintar yang serasi. Ia tidak boleh digunakan pada mana-mana peranti Huddle atau Zoom (modem tanpa wayar rumah). 
  3. Bagaimanakah cara untuk saya membeli Kasi Up Unlimited dan Kasi Up Turbo 5GB?
    Anda boleh membeli Kasi Up Unlimited dan Kasi Up Turbo 5GB melalui satu  daripada saluran berikut:
    (a) Aplikasi MyYES;
    (b) Kedai / Kiosk YES; dan
    (c) Kedai Rakan Niaga YES yang sah
  4. Apakah caj dan tawaran yang ditawarkan  di bawah pelan Kasi Up Unlimited dan Kasi Up Turbo 5GB?
    Sila rujuk jadual di bawah:
    Jenis Data Tambahan Prabayar  Harga Kapasiti Data 4G LTE Hotspot Tempoh Sah Data Tambahan 
    Kasi Up Unlimited
    (kelajuan sehingga 7Mbps) 
    RM30 Tidak terhad* 9GB 30 hari dari tarikh pembelian 
    Kasi Up Turbo 5GB
    (kelajuan LTE terpantas)
    RM5 5GB Tempoh sah harian,
     24 jam dari masa pembelian 

    * Penstriman video adalah berdasarkan kualiti definisi standard dan polisi penggunaan yang adil.
  5. Mengapa kelajuan Kasi Up Unlimited saya perlahan (terhad)?
    Kemungkinan kelajuan Kasi Up Unlimited anda menjadi perlahan dan terbatas kerana anda telah melanggar Terma dan Syarat Promosi.
  6. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan kelajuan internet maksimum dan tidak terhad? 
    Anda boleh membeli “Unthrottle Me Data Add-On” melalui aplikasi MyYes app.
  1. Apakah itu Data Add-On Prabayar?
    Tambahan Prabayar adalah pilihan tambahan secara pukal yang memberi penjimatan yang lebih banyak, faedah yang lebih banyak dan nilai yang lebih banyak kepada anda. Untuk maklumat lebih lanjut, sila rujuk terma dan syarat.
  2. Bagaimanakah saya boleh membeli Data Add-On Prabayar?
    Anda boleh membeli Data  Tambahan Prabayar melalui:
  3. Bolehkah saya menggunakan  Kredit YES untuk membeli Add-On Prabayar?
     Ya, sudah tentu. 
  4. Bolehkah saya menggunakan Kredit YES yang digabungkan dengan kad kredit saya untuk membeli Data Add-On Prabayar?
    Tidak boleh.  Kredit YES dan kad kredit anda tidak boleh digabungkan dalam satu transaksi. Anda memerlukan Kredit YES yang mencukupi untuk pembelian atau gunakan kad kredit sepenuhnya untuk membeli Tambahan Prabayar.
  5. Berapakah harga Data Tambahan Prabayar, dan berapa kapasiti data yang akan saya dapat?
    Data Add-On Prabayar
    Jenis Data Add-OnPrabayar Harga Kapasiti Data 4G LTE Tempoh Sah Data Add-On 
    Kasi Up 1Day 1GB_RM1 RM1 1GB 1 hari
    (Tamat tempoh pada jam 12pagi)
    Kasi Up 2Days 2GB_RM2 RM2 2GB 2 hari
    Kasi Up 3Days 3GB_RM3 RM3 3GB 3 hari
    Kasi Up 5Days 5GB_RM5 RM5 5GB 5 hari
    Kasi Up 7Days 10GB_RM10 RM10 10GB 7 hari
    Kasi Up 30Days 10GB_RM15 RM15 10GB 30 hari 
    Kasi Up 30Days 20GB_RM20 RM20 20GB 30 hari
  6. Berapakah  Add-On Prabayar yang boleh saya beli pada satu masa?
    Anda dibenarkan membeli beberapa  Add-On  Prabayar dengan satu nombor YES pada satu-satu masa.
  7. Apakah  yang akan berlaku apabila saya membeli  Add-On Prabayar yang lain sebelum tamatnya tempoh Add-On  Prabayar yang saya ada sekarang?
    Sekiranya anda telah membeli  Add-On Prabayar yang lain sebelum tamatnya tempoh Add-On Prabayar yang sedia ada,  Add-On yang akan tamat tempoh sah akan digunakan dahulu. 
  8. Adakah saya akan dimaklumkan apabila  Add-On Prabayar akan tamat tempoh?
    Ya, satu peringatan melalui SMS akan dihantar ke nombor YES untuk mengingatkan anda yang  Add-On Prabayar anda akan tamat tempoh.
  9. Bagaimanakah saya boleh menyemak penggunaan dan baki  Add-On Prabayar saya?
    Anda boleh menyemak penggunaan dan baki  Add-On Prabayar anda melalui MyYES app.
  1.  Bagaimanakah cara untuk  saya menambah nilai akaun YES saya menggunakan Kad Tambah Nilai?
    Kad Tambah Nilai dilengkapi dengan 16-digit kod pengaktifan. Gores kad untuk mendapatkan kod pengaktifan. 
     
    a) Melalui aplikasi MyYES app:
      Pergi ke Menu > Beli Sekarang > Kad Tambah Nilai
    b) Melalui www.yes.my/xportal
      Masukkan Nombor YES e.g. 0181230000 > Kad Tambah Nilai
    c) Melalui SMS:
      Taip REL <ruang><Nombor YES><ruang><Kod Pengaktifan> dan hantar ke 018 330 1111. Cth: REL 0181230000 12345678012346

    *Caj standard SMS akan dikenakan untuk tambah nilai yang dibuat melalui operator telco lain.
  2. Adakah terdapat tarikh luput untuk Kad Tambah Nilai?
    Ya. Tarikh luput dicetak pada Kad Tambah Nilai.
  3. Apakah yang akan berlaku pada baki kredit saya setelah saya membuat tambah nilai baru?
    Tambah nilai baru anda akan ditambahkan ke baki kredit anda yang sedia ada. Cth: Sekiranya anda mempunyai baki RM 20 dan anda menambah nilai RM 20 lagi, baki baru pada akaun anda adalah RM 40.  
  4. Bagaimanakah cara untuk saya menyemak baki setelah selesai proses menambah nilai? Adakah saya akan menerima notifikasi?

    Ya, anda akan menerima notifikasi SMS.
     

    Untuk menyemak baki anda, muat turun aplikasi MyYES dan log masuk dengan butiran anda. Sekiranya tambah nilai anda berjaya, anda akan dapat lihat jumlah tambah nilai tersebut dikreditkan ke dalam baki semasa akaun anda.


    Untuk menyemak baki Kredit YES anda melalui SMS:
    Taip BAL<ruang><nomborYESanda> dan hantar ke 018 330 11111

  5. Bolehkah saya mendapat bayaran balik untuk kredit yang tidak dipakai pada Kad Tambah Nilai saya?
    Tidak boleh, semua Kad Tambah Nilai tidak akan dikembalikan. Kredit yang telah dimasukkan ke dalam akaun YES anda juga tidak akan dikembalikan.
  6. Sekiranya kod pengaktifan tidak sah, bagaimanakah saya boleh mendapatkan bantuan?
    Anda boleh menghubungi talian perkhidmatan pelanggan kami di 018-333 0000 (caj panggilan tempatan akan dikenakan) atau menghantar e-mel kepada kami di  yescare@yes.my.
  7. Bolehkah saya menambah  nilai nombor YES yang lain dengan menggunakan Kad Tambah Nilai?
    Ya, boleh. Anda hanya perlu klik di sini dan masukkan ID YES/ Nombor Telefon/ Nombor Akaun daripada akaun YES yang anda ingin ditambah nilai bersama-sama dengan kod pengaktifan daripada Kad Tambah Nilai YES anda.
  8.  Bolehkah saya membeli Tambahan Data Prabayar menggunakan Kad Tambah Nilai?
    Kad Tambah Nilai YES pada masa ini hanya berfungsi untuk memuatkan Kredit YES sahaja. Walau bagaimanapun, anda boleh menggunakan baki kredit anda untuk membeli Tambahan Data Prabayar di https://selfcare.yes.my/xportal/
  9. Bolehkah saya menggunakan Kad Tambah Nilai untuk menambah nilai melalui SMS?
    Ya, boleh.

    Untuk menambah nilai melalui SMS:
    REL <ruang><Nombor YES><ruang><Kod Pengaktifan> dan hantarkan ke 018330111