- Siapakah kami?
YES ialah syarikat pengendali rangkaian mudah alih 4G tulen yang pertama di Malaysia, yang didaftarkan sebagai YTL Communications Sdn Bhd. Kami juga adalah pengendali pertama yang terawal menawarkan servis voice-over-LTE(VoLTE) untuk panggilan berdefinisi tinggi dan jelas. Kami juga telah mendapat pengiktirafan anugerah inovasi untuk servis tersebut setiap tahun selama dua tahun berturut-turut, mendahului pengendali rangkaian mudah alih lain di Malaysia. - Kenapa saya perlu melanggan rangkaian YES?
Perkara luar biasa berlaku apabila anda mengatakan YES! YES dicipta untuk memenuhi keperluan internet hari ini. Kami menawarkan talian pantas dengan liputan yang meluas untuk semua keperluan komunikasi anda. Bersandarkan kepada pendekatan berpusatkan rakyat, kami berusaha untuk membina rangkaian tanpa jurang yang akan menghubungkan segenap lapisan masyarakat di negara ini. - Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar perkhidmatan YES?
Anda boleh mendaftar untuk perkhidmatan YES di www.yes.my. Sebagai alternatif, anda boleh mengunjungi mana-mana kedai YES atau rakan niaga kami untuk mendaftar. - Bolehkah saya beralih ke YES sambil mengekalkan nombor saya?
Sudah tentu! Anda boleh membeli mana-mana pelan YES, dan apabila anda menerima SIM kami, prosesnya adalah semudah 1, 2, 3!
(i) Untuk mengaktifkan kad SIM anda, sila muat turun aplikasi MyYES
(ii) Semasa proses pengaktifan, sila pilih “Tukar kepada YES dan Simpan Nombor Anda”. Anda akan menerima SMS permintaan pengesahan ke nombor yang berdaftar dengan penyedia perkhidmatan sedia ada.
(iii) Balas SMS dengan nombor pengesahan yang anda terima.Proses peralihan harus dilakukan dalam masa 3 hari dengan syarat nombor yang ingin anda bawa ke rangkaian kami berada dalam rangkaian nombor telefon bimbit yang diluluskan oleh SKMM; nombor tersebut mestilah aktif dan tidak digantung, ditamatkan atau disenarai hitam dan/atau dihalang oleh penyedia perkhidmatan lain.
Sepatutnya, anda tidak akan mengalami sebarang gangguan ketika proses pengaktifan ini berlangsung. Sekiranya permintaan pertukaran rangkaian ditolak, sila hubungi penyedia perkhidmatan anda yang sedia ada.