- Apakah Pelan YES x SIM Percuma Frog?YES x SIM Percuma Frog adalah Pelan Perkhidmatan yang disediakan di bawah Perkhidmatan Prabayar oleh YTL Communications Sdn Bhd (“YES”). Ia hanya layak kepada ahli yang ditentukan oleh YTL Foundation. Tertakluk kepada Terma dan Syarat.
- Bagaimanakah untuk saya tahu tentang kelayakan saya untuk program ini?YTL Foundation akan memberikan notis kepada anda sekiranya layak untuk menyertai program ini. Sila layari www.yes.my untuk pendaftaran. Selain daripada itu, anda tidak boleh berdaftar lebih daripada lima akaun perkhidmatan prabayar bersama YES.
- Bagaimanakah untuk saya memohon bagi program ini?Anda boleh memohon YES x SIM Percuma Frog melalui YES Online Store.
- Berapakah had bagi Kad YES x SIM Percuma Frog (“Kad SIM”) yang boleh saya mohon?Setiap pelanggan yang layak hanya boleh memohon satu Kad YES SIM x Frog sahaja.
- Saya berjaya memohon Kad SIM percuma dan telah menerima e-mel pengesahan, bagaimanakah untuk saya menyemak status penghantaran Kad SIM percuma saya?Anda akan menerima nombor pengesanan penghantaran anda melalui e-mel. Untuk memeriksa status penghantaran anda, sila layari www.yes.my/TrackOrder dan masukkan nombor pengesanan penghantaran anda.
- Saya telah menerima Kad SIM percuma saya, bagaimanakah untuk saya mengaktifkan Kad SIM dan mula menggunakan data percuma dengan segera?Untuk mengaktifkan Kad SIM:-
Pelanggan Baru
(i) Muat turun aplikasi MyYES
(ii) Pada laman log masuk, tekan “Pengguna Baru”;
(iii) Klik “Aktifkan SIM” dan ikuti langkah-langkah pengaktifan diri di skrin; dan
(iv) Sebaik pengaktifan anda berjaya, anda boleh log masuk ke akaun perkhidmatan menggunakan nombor telefon dan kata laluan yang dihantar ke e-mel anda. Anda juga boleh log masuk menggunakan kaedah TAC sekiranya tidak menemui kata laluan anda.Pelanggan YES
(i) Log masuk ke aplikasi MyYES
(ii) Di bawah Akses Pantas, tekan butang “Aktifkan SIM” dan ikuti langkah-langkah pengaktifan diri di skrin; dan
(iii) Sebaik sahaja pengaktifan anda berjaya, anda boleh log masuk ke akaun perkhidmatan melalui nombor telefon dan kata laluan yang dihantar ke e-mel anda. Anda juga boleh log masuk menggunakan kaedah TAC sekiranya tidak menemui kata laluan anda. - Adakah saya dibenarkan untuk memilih Nombor Mudah Alih YES semasa saya memohon Kad SIM?Tidak. Nombor Mudah Alih YES akan diberikan kepada setiap Kad SIM setelah diaktifkan.
- Apakah yang akan berlaku sekiranya akaun YES x SIM Percuma Frog saya tidak aktif?Anda masih dapat menerima panggilan & SMS, akses pada kenalan anda dan membuat panggilan kecemasan. Walau bagaimanapun, anda tidak akan dapat membuat panggilan luar, menghantar SMS atau melayari internet. Sila beli Tambah nilai YES untuk YES x SIM Percuma Frog anda. Pembelian Tambah nilai YES yang minimum adalah RM5 dimana mempunyai Tempoh Sah selama sepuluh (10) hari.
- Adakah data percuma mempunyai tarikh luput?Ya, sejumlah 120GB data yang diberikan kepada 10GB data adalah diperuntukkan untuk setiap Kitar Perkhidmatan (“Peruntukan Data”) iaitu selama dua belas (12) Kitar Perkhidmatan. Setiap Kitaran Perkhidmatan bermula pada tarikh pengaktifan SIM YES x Frog Free untuk tempoh tiga puluh (30) hari kalendar selepas itu.Setiap Peruntukan Data adalah sah untuk digunakan di dalam tempoh Kitar Perkhidmatan yang berkenaan. Data tidak lagi boleh digunakan selepas tempoh Sah Kitar Perkhidmatan dan tidak akan dibawa ke ke Kitar Perkhidmatan yang seterusnya.
- Bagaimanakah untuk saya mengetahui sama ada saya telah menerima data percuma semasa pengaktifan Kad YES x SIM Percuma Frog saya?Log masuk ke aplikasi MyYes dan data akan dipaparkan pada skrin utama anda.
- Bolehkah saya membeli Data Tambahan Prabayar lain sebelum akaun saya tamat?Ya, anda boleh membeli Data Tambahan Prabayar. Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai Data Tambahan Prabayar, sila rujuk pada Soalan Lazim Prabayar kami.
- Adakah caj akan dikenakan semasa saya membuat panggilan ke nombor YES yang lain?Panggilan ke nombor YES dari SIM YES anda tidak akan dikenakan caj. Walau bagaimanapun, caj akan dikenakan pada semua panggilan dan SMS antarabangsa (IDD) mengikut dengan panggilan suara dan kadar SMS seperti yang diterbitkan terutamanya di www.yes.my/roaming.
- Adakah caj akan dikenakan semasa saya membuat panggilan ke nombor ke rangkaian lain?Ya, kadar standard akan dikenakan bagi panggilan ke rangkaian penyedia perkhimatan yang lain. Sila rujuk jadual seperti di bawah:-
Jenis Perkhidmatan Luar Rangkaian Kadar (RM) Blok Pengecasan
(Dalam Saat)Panggilan Suara RM 0.09/minit 30 SMS RM 0.09/SMS – - Adakah sebarang caj dikenakan pada servis IDD?Ya, caj akan dikenakan. Sila rujuk pada kadar panggilan suara dan SMS berhubung dengan servis IDD @ www.yes.my/roaming.
- Bagaimanakah jika saya mempunyai soalan yang tidak dijawab dalam Soalan Lazim ini?Anda boleh menghantarkan e-mel ke yescare@yes.my. Sebagai alternatif, anda boleh muat turun aplikasi MyYes dari Android Play Store atau Apple App Store untuk berbual bersama Chatbot Sofia atau khidmat pelanggan YES kami, atau mengemukakan pertanyaan anda melalui aplikasi MyYes.