- Adakah saya dibenarkan untuk menukar Pelan Perkhidmatan Yes Pascabayar atau Perkhidmatan Prabayar saya yang sedia ada kepada Pelan Perkhidmatan Yes Pascabayar FT5G atau Pelan Perkhidmatan Prabayar Yes Prabayar FT5G?
Tertakluk kepada syarat bahawa anda tidak melanggani mana-mana Pelan-pelan Yang Dikecualikan atau anda tidak terikat di bawah apa-apa kontrak, anda adalah dibenarkan untuk menukar mana-mana Pelan Perkhidmatan Pascabayar atau Perkhidmatan Prabayar anda yang sedia ada kepada yang berikut:-
(a) Pelan Perkhidmatan Pascabayar kepada Pelan Perkhidmatan Yes Pascabayar FT5G; dan
(b) Perkhidmatan Prabayar kepada Pelan Perkhidmatan Yes Pascabayar FT5G atau Pelan Perkhidmatan Yes Prabayar FT5G. - Apakah Pelan-pelan Yang Dikecualikan?
Ia adalah:-
(a) Yes 4G Broadband Bundle Service Plans;
(b) Fixed Wireless Internet Service; dan
(c) Kasi Up Family Plan
(selepas daripada ini dirujuk secara kolektif sebagai “Pelan-pelan Yang Dikecualikan”). - Bagaimanakah saya boleh menukar Pelan Perkhidmatan Pascabayar atau Perkhidmatan Prabayar saya yang sedia ada kepada Pelan Perkhidmatan Yes Pascabayar FT5G atau Pelan Perkhidmatan Yes Prabayar FT5G?
Anda boleh berbuat demikian melalui mana-mana suatu saluran yang dinyatakan di bawah ini:-
(a) yes.my;
(b) Yes Stores; atau
(c) Hantar e-mel kepada kami di yescare@yes.my
(d) Aplikasi MyYes - Bolehkah saya terus menggunakan Kad SIM saya yang sedia ada setelah saya berjaya bertukar kepada Pelan Perkhidmatan Yes Pascabayar FT5G atau Pelan Perkhidmatan Yes Prabayar FT5G?Tidak, Kad SIM anda yang sedia ada adalah tidak serasi untuk digunakan dengan Pelan Perkhidmatan Yes Pascabayar FT5G dan Pelan Perkhidmatan Yes Prabayar FT5G. Oleh itu, setelah anda memilih untuk bertukar kepada Pelan Perkhidmatan Yes Pascabayar FT5G atau Pelan Perkhidmatan Yes Prabayar FT5G, kami akan menghantarkan Kad SIM baru kepada alamat penghantaran anda. Anda adalah dikehendaki untuk mengaktifkan Kad SIM baru tersebut sebelum anda boleh menikmati tawaran perkhidmatan yang disediakan di bawah Pelan Perkhidmatan Yes Pascabayar FT5G atau Pelan Perkhidmatan Yes Prabayar FT5G. Sila rujuk kepada Terma dan Syarat Kempen Yes First to 5G untuk butiran lanjut berkenaan dengan pengaktifan Kad SIM anda di https://site.yes.my/tnc/ongoing-campaigns-tnc.
- Bagaimanakah saya akan mengetahui samada Pelan Perkhidmatan Pascabayar atau Prabayar saya yang sedia ada ini telah ditukar dengan berjayanya kepada Pelan Perkhidmatan Yes Pascabayar FT5G atau Pelan Perkhidmatan Yes Prabayar FT5G?
Anda akan menerima notifikasi samada melalui e-mel atau SMS setelah anda berjaya mengaktifkan SIM Kad anda. - Bagaimanakah saya perlu mengaktifkan Kad SIM?Sila ikuti langkah-langkah yang dinyatakan di bawah ini jika penuakaran pelan melalui aplikasi MyYes:-
1. Log masuk ke aplikasi MyYes
2. Klik “Activate SIM” di bawah Akses Pantas dan ikuti langkah-langkah pengaktifan diri di skrin
3. Sebaik pengaktifan berjaya, anda boleh log masuk ke akaun perkhidmatan melalui nombor telefon dan kata laluan. Anda juga boleh log masuk menggunakan kaedah TAC sekiranya tidak menemui kata laluan andaSila ikuti langkah-langkah yang dinyatakan di bawah ini jika penuakaran pelan melalui www.yes.my:-
1. Sila klik pada butang “Track My Parcel” dalam E-mel Konsainan;
2. Masukkan Nombor Penjejakan atau Nombor Pesanan anda;
3. Klik butang “Confirm Receipt” dan masukkan empat (4) nombor digit terakhir kad pengenalan/pasport dan klik pada “Submit”.
4. Klik butang “How to Activate the SIM”, isikan nombor Siri SIM 5G anda dan nombor mudah alih Yes kemudian klik pada “Activate”.Setelah anda menerima e-mel berkenaan dengan pengaktifan Kad SIM dan mendapati bahawa Kad SIM anda yang sedia ada tidak dihubungkan dengan rangkaian Yes, anda boleh memasukkan Kad SIM 5G anda yang baru ke dalam telefon 5G yang serasi. Sila rujuk kepada www.yes.my/supported-devices untuk menentukan telefon bimbit pintar yang boleh menyokong Kad SIM 5G anda.
- Sekiranya terdapat sebarang data internet yang tidak digunakan di dalam Pelan Perkhidmatan Pascabayar atau Perkhidmatan Prabayar saya yang sedia ada, adakah data internet yang tidak digunakan tersebut boleh dipindahkan kepada Pelan Perkhidmatan Yes Pascabayar FT5G atau Pelan Perkhidmatan Yes Prabayar FT5G?
Tidak, anda tidak boleh membawa ke hadapan sebarang baki internet data yang tidak digunakan daripada Pelan Perkhidmatan Pascabayar atau Perkhidmatan Prabayar anda yang sedia ada kepada Pelan Perkhidmatan Yes Pascabayar FT5G atau Pelan Perkhidmatan Yes Prabayar FT5G. Ini bermakna, sebarang data internet di bawah Pelan Perkhidmatan Pascabayar atau Perkhidmatan Prabayar yang masih tidak digunakan akan terbatal setelah anda berjaya mengaktifan Kad SIM. - Sekiranya saya terikat di bawah kontrak dan saya masih di dalam tempoh kontrak, adakah saya dibenarkan untuk menukar pelan perkhidmatan saya yang sedia ada?
Tidak, anda tidak boleh berbuat demikian. - Sekiranya saya telah menjelaskan fi komitmen di bawah Pelan Perkhidmatan Pascabayar saya yang sedia ada di dalam suatu bulan calendar tertentu, adakah fi komitmen sedemikian akan diprorata sekiranya saya menukar kepada Pelan Perkhidmatan Yes Pascabayar FT5G?
Fi komitmen yang telah dibayar di dalam suatu bulan calendar akan dipuratakan dan ditolak daripada bil yang dikeluarkan di dalam bulan yang berikutan selepas bulan di mana Pelan Perkhidmatan Yes Pascabayar FT5G tersebut diaktifkan dengan berjayanya. Sebagai contoh:-
• Pelanggan telah membayar fi komitmen untuk bulan Januari 2022 seperti yang dinyatakan di dalam bil yang dikeluarkan pada bulan Januari 2022 di bawah suatu Pelan Perkhidmatan Pascabayar saya yang sedia ada pada 2/1/2022;
• Pelanggan telah meminta untuk menukar Pelan Perkhidmatan Pascabayar saya yang sedia ada kepada Pelan Perkhidmatan Yes Pascabayar FT5G pada 5/1/2022; dan
• Pelanggan telah mengaktifkan Kad SIMnya pada 8/1/2022,
di dalam keadaan sedemikian, fi komitmen untuk bulan Januari 2022 yang dibayar pada 2/1/2022 akan diproratakan dan ditolak daripada fi komitmen pada bulan Februari 2022 dan akan dinyatakan di dalam bil yang dikeluarkan pada bulan Februari 2022. - Adakah akan terdapat sebarang perubahan kepada had kredit sekiranya saya menukar Pelan Perkhidmatan Pascabayar saya yang sedia ada kepada Pelan Perkhidmatan Yes Pascabayar FT5G?Ya, akan ada perubahan terhadap kepada had kredit yang dinikmati oleh anda sekiranya anda menukar daripada Pelan Perkhidmatan Pascabayar anda yang sedia ada kepada Pelan Perkhidmatan Yes Pascabayar FT5G. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan penikmatan had kredit, sila:
(a) muat turun dan Log Masuk ke aplikasi MyYes;
(b) Klik pada tab “profil”; dan
(c) klik pada tab”Akaun”. - Adakah terdapat sebarang caj yang dikenakan sekiranya saya menukar Pelan Perkhidmatan Pascabayar saya yang sedia ada kepada Pelan Perkhidmatan Yes Pascabayar FT5G?
Ya, caj akan dikenakan sekiranya anda menukar kepada Pelan Perkhidmatan Yes FT5G. Caj yang terpakai adalah bergantung kepada jenis kadar tawaran di bawah Pelan Perkhidmatan FT5G yang dilanggani oleh anda. Anda boleh merujuk kepada www.yes.my untuk maklumat lanjut. - Adakah terdapat sebarang caj yang dikenakan sekiranya saya menukar Perkhidmatan Prabayar saya yang sedia ada kepada Pelan Perkhidmatan Yes Prabayar FT5G?
Ya, caj akan dikenakan sekiranya anda menukar kepada Pelan Perkhidmatan Yes Prabayar FT5G. Anda boleh merujuk kepada www.yes.my untuk maklumat lanjut. - Bolehkah saya menggunakan sebarang baki yang terkandung di dalam Yes Credit dan menolaknya terhadap apa-apa caj yang terpakai yang berbayar semasa penukaran kepada Pelan Perkhidmatan Yes Pascabayar FT5G atau Pelan Perkhidmatan Yes Prabayar FT5G?
Tidak, anda tidak boleh menggunakan baki yang terkandung di dalam Yes Credit untuk menolak terhadap sebarang caj yang terpakai semasa anda menukar kepada Pelan Perkhidmatan Yes Pascabayar FT5G atau Pelan Perkhidmatan Yes Prabayar FT5G. - Apakah yang akan berlaku kepada jumlah baki yang terkandung di dalam Yes Credit setelah saya menukar Pelan Perkhidmatan Prabayar saya yang sedia ada kepada Pelan Perkhidmatan Yes Pascabayar FT5G?
Sebarang baki di dalam Yes Credit akan dipindahkan ke dalam akaun perkhidmatan pascabayar anda di bawah Pelan Perkhidmatan Yes Pascabayar FT5G dan akan digunakan terhadap pembayaran fi komitmen pada bulan yang berikutan selepas bulan kalendar di mana Kad SIM anda telah diaktifkan. Butiran berkenaan dengan pengunaan Yes Credit terhadap pembayaran fi komitmen akan dinyatakan di dalam bil berikutnya selepas bulan di mana Kad SIM diaktifkan. - Apakah yang akan berlaku kepada jumlah baki yang terkandung di dalam Yes Credit setelah saya menukar Pelan Perkhidmatan Prabayar saya yang sedia ada kepada Pelan Perkhidmatan Yes Prabayar FT5G?
Sebarang baki di dalam Yes Credit akan dipindahkan ke dalam akaun perkhidmatan Prabayar baru anda di bawah Pelan Perkhidmatan Yes Prabayar FT5G. - Bolehkah saya membayar fi komitmen di bawah Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes FT5G secara Auto Billing?
Sekiranya anda hendak menjelaskan fi komitmen Pelan Perkhidmatan Yes Pascabayar FT5G secara Auto Billing, anda dikehendaki memilih Auto Billing melalui MyYes app dan mengikuti langkah-langkah yang dinyatakan di dalamnya. Sebagai penjelasan, sila ambil perhatian bahawa sekiranya anda memilih pembayaran fi komitmen di bawah Pelan Perkhidmatan sedia ada anda secara Auto Billing, pilihan sedemikian akan tamat secara automatik setelah anda menukar kepada Pelan Perkhidmatan Yes Pascabar FT5G. - Bolehkah saya menukar Pelan Perkhidmatan Yes Pascabayar FT5G atau Pelan Perkhidmatan Prabayar Yes Prabayar FT5G saya kepada Pelan Perkhidmatan 4G Yes?
Ya, sila pastikan anda tidak terikat dengan kontrak. Setelah anda memilih untuk bertukar kepada Pelan Perkhidmatan 4G Yes, kami akan menghantarkan Kad SIM baru kepada alamat penghantaran anda. Anda adalah dikehendaki untuk mengaktifkan Kad SIM baru tersebut sebelum anda boleh menikmati tawaran perkhidmatan yang disediakan di bawah Pelan Perkhidmatan 4G Yes. - Bagaimana sekiranya saya mempunyai sebarang Soalan lanjut yang tidak dinyatakan di dalam soalan lazim ini?
Anda boleh merujuk pada laman web kami untuk maklumat lanjut atau menghantarkan soalan anda ke yescare@yes.my. Secara alternatif, anda boleh memuat turun aplikasi MyYes app dari Android Play atau Apple App Store.