Soalan Lazim


 
  1. Apakah tawaran di bawah Pelan Prabayar Bundel SIM Kasi Up LTE?
    Pelan Prabayar Bundel SIM Kasi Up LTE terdiri daripada YES Kasi Up Prepaid Unlimited dan YES Kasi Up Prepaid RM20 for 20GB. Tertakluk kepada terma dan syarat.
     
  2. Adakah terdapat caj yang lain perlu dibayar kepada YTLC semasa pembelian YES Kasi Up Prepaid Unlimited selain daripada RM30?
    Tiada caj tambahan yang perlu dibayar untuk pembelian YES Kasi Up Prepaid Unlimited selain daripada RM30.
     
  3. Adakah terdapat caj lain yang perlu dibayar kepada YTLC semasa pembelian YES Kasi Up Prepaid RM20 for 20GB selain daripada RM20?
    Tiada caj tambahan yang perlu dibayar untuk pembelian YES Kasi Up Prepaid RM20 for 20GB selain daripada RM20.
     
  4. Berapa banyak Pelan Prabayar Bundel SIM Kasi Up LTE yang boleh saya daftarkan?
    Mengikut undang-undang, individu boleh mendaftar sehingga lima (5) Nombor telefon mudah alih Prabayar.
     
  5. Bolehkah saya menggunakan Pelan Prabayar Bundel SIM Kasi Up LTE tanpa mendaftarkan maklumat saya dengan YTL Communications Sdn Bhd?
    Mengikut undang-undang, pelanggan yang melanggan pelan prabayar adalah diminta untuk mendaftarkan butir-butir diri yang relevan dengan penyedia perkhidmatan.
     
  6. Bilakah saya boleh menggunakan Data Internet YES Kasi Up Prepaid Unlimited dan data internet 20 GB yang datang bersama YES Kasi Up Prepaid RM20 for 20GB?
    Anda boleh menggunakan Data Internet YES Kasi Up Prepaid Unlimited dan data Internet 20GB bagi Pelan YES Kasi Up Prepaid RM20 for 20GB setelah berjaya mengaktifkan Kad SIM anda. Untuk mengaktifkan kad SIM anda, sila muat turun aplikasi MyYes, tekan Pengguna Baru -> Aktifkan butang SIM dan ikuti langkah pengaktifan.
     
  7. Adakah Data Internet Tanpa Had YES Kasi Up Prepaid Unlimited dan 20GB Data Internet untuk YES Kasi Up Prepaid RM20 for 20GB mempunyai tarikh luput?
    Ya. Tempoh sah adalah selama tiga puluh (30) hari dari tarikh berjaya mengaktifkan Pelan Prabayar Bundel SIM Kasi Up LTE.
     
  8. Apa yang berlaku dengan data yang tidak digunakan di bawah Pelan Prabayar Bundel SIM Kasi Up LTE setelah tamat Tempoh Sah Akaun?
    Segala data yang tidak digunakan setelah tamat Tempoh tidak lagi boleh digunakan.
     
  9. Bolehkah saya membeli Data Tambahan Prabayar sebelum tamat Tempoh Sah Akaun?
    Ya, boleh.
     
  10. Berapa lamakah akaun Perkhidmatan Prabayar saya akan aktif dari tarikh pengaktifan Kad SIM Prabayar?
    Akaun Perkhidmatan Prabayar anda akan kekal aktif selama 30 hari dari tarikh pengaktifan kad SIM. Selepas 30 hari, anda hanya boleh menerima panggilan & SMS dan membuat panggilan kecemasan. Tambahan, anda tidak akan dapat membuat panggilan, menghantar SMS atau melayari internet. Sila beli Tambah Nilai YES untuk melanjutkan akaun Perkhidmatan Prabayar anda
     
  11. Adakah caj akan dikenakan semasa saya membuat panggilan ke nombor YES yang lain?
    Semua panggilan yang dibuat ke nombor YES adalah percuma. Walau bagaimanapun, caj akan dikenakan pada semua panggilan dan SMS antarabangsa mengikut kadar panggilan suara dan SMS yang terdapat di https://www.yes.my/roaming.
     
  12. Adakah caj akan dikenakan semasa saya membuat panggilan ke luar rangkaian yang lain?
    Ya, panggilan ke luar rangkaian penyedia perkhidmatan yang lain akan dikenakan dengan kadar standard. Sila rujuk jadual di bawah:-
     
    Jenis perkhidmatan di luar rangkaian Harga (RM)
    Panggilan Suara RM 0.09/minit
    SMS RM 0.09/SMS
  13. Bolehkah Pelan Prabayar Bundel SIM YES Kasi Up Prepaid Unlimited digunakan bersama peranti Huddle atau Zoom?
    Anda tidak akan dapat menggunakan Pelan Prabayar Bundle SIM YES Kasi Up Prepaid Unlimited bersama peranti Huddle atau Zoom (peranti wayarles rumah). Pelan Prabayar Bundle SIM YES Kasi Up Prepaid Unlimited adalah untuk penggunaan telefon pintar.
     
  14. Apakah yang akan berlaku apabila data internet 7GB untuk penggunaan hotspot di bawah pelan perkhidmatan YES Kasi Up Prepaid Unlimited telah digunakan sepenuhnya?
    Setelah data internet 7GB untuk penggunaan hotspot di bawah pelan perkhidmatan YES Kasi Up Prepaid Unlimited digunakan sepenuhnya, Pelanggan tidak lagi dapat menggunakan hotspot selama Tempoh Sah Akaun. Harap maklum, bahawa penggunaan untuk aplikasi P2P adalah tidak disekat, namun kelajuan aplikasi P2P akan mengalami pengurangan kelajuan hingga 64 kbps. Anda boleh membeli data tambahan hotspot dan untuk maklumat lanjut sila rujuk https://www.yes.my/tnc/products-services-tnc.
     
  15. Bolehkah Pelan Prabayar Bundle SIM YES Kasi Up menyokong peranti iPhone?
    Ya. Pelan Prabayar Bundel SIM YES Kasi Up LTE menyokong peranti iPhone 6 dan ke atas sebagai Data SIM sahaja.
     
  1. Apakah Promosi Pelan SIM Prabayar YES Kasi Up x Shopee?
    Promosi Pelan SIM Prabayar YES Kasi Up x Shopee adalah promosi terhad anjuran YTL Communications Sdn Bhd (“YTLC”) dengan kerjasama Shopee Mobile Malaysia Sdn Bhd (“Shopee”). Promosi ini membenarkan seorang individu membeli satu (1) Pelan SIM Prabayar YES Kasi Up pada harga RM1 di Kedai Rasmi YES di Shopee. Promosi ini juga tertakluk kepada Terma dan Syarat.
  2. Apakah yang ditawarkan dalam pelan SIM Prabayar RM1 YES Kasi Up x Shopee ini?
    Pelan SIM Prabayar RM1 YES Kasi Up x Shopee ini termasuk:
    (a) Nombor Telefon YES
    (b) Data 10GB LTE
    (c) Panggilan dan SMS rangkaian YES yang tidak terhad
    (d) Tempoh kesahan Akaun selama 30 hari dari tarikh SIM diaktifkan
  3. Bagaimanakah saya boleh mengaktifkan SIM Prabayar YES Kasi Up saya?
    (a) Muat turun aplikasi MyYes. Buka aplikasi tersebut dan klik “New User” (pengguna baru)
    (b) Klik “Activate SIM” (Aktifkan SIM). Seterusnya klik “Start” (Mula)
    (c) Imbaskan kod bar yang tertera di jaket SIM, ataupun isikan secara manual nombor siri SIM anda.
    (d) Terima nombor telefon yang diberi ataupun pilih pertukaran kepada YES. Sekiranya anda memilih untuk menukar ke YES, isikan nombor telefon semasa anda dan sahkan pilihan anda dengan menekan “Switch to YES”.
    (e) Selesaikan pengaktifan anda dengan mengikuti langkah eKYC yang tertera di skrin anda (anda akan diminta memasuki nombor telefon serta butiran peribadi anda). Seterusnya, sahkan ID anda.
    (f) Anda akan menerima mesej pengesahan pengaktifan yang berjaya.