Soalan Lazim


 

 

  1. Siapakah hyang layak untuk menyertai PrApakah itu ‘Program Pendidikan Atas Talian Prabayar SIM 7GB YES untuk Institusi Pelajaran Tinggi bagi Tujuan Pembelajaran dari Rumah’ (“Program IHL LFH”)?
    Program IHL LFH ini adalah satu program yang membolehkan Kakitangan dan Pelajar dari Institusi Pelajaran Tinggi terpilih yang mengambil bahagian untuk belajar melalui platform digital. Sila rujuk laman web YTL Foundation di http://ytlfoundation.org/learnfromhomeuni untuk maklumat lanjut mengenai senarai Institusi Pengajian Tinggi terpilih yang mengambil bahagian dalam Program ini.
  2. Berapa lamakah tempoh Program IHL LFH ini?
    Tempoh Program IHL LFH ini ialah bermula pada 16 September 2021, 12:00 pagi sehingga 30 September 2022, 11:59 malam.
  3. Apakah yang terkandung dalam Bundel Program IHL LFH ini?
    Ia adalah terdiri daripada:-
    (a)Satu (1) Kad SIM Prabayar YES PERCUMA berserta Nombor Mudah Alih YES; dan
    (b)7GB Data LTE PERCUMA untuk Tempoh Sah Perkhidmatan selama tiga puluh (30) hari setiap kitaran selama Tempoh Program (“Tempoh Sah Perkhidmatan”), tertakluk kepada Klausa 5.2, 5.3 dan 5.4 Terma dan Syarat Program IHL LHF.
  4. Siapakah yang layak untuk memohon Program IHL LFH ini?
    Kakitangan dan Pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi terpilih adalah layak untuk menyertai Program IHL LFH ini.
  5. Apakah dokumen sokongan untuk perlu dikemukakan oleh Pelanggan Yang Layak sebagai prasyarat untuk penyertaannya dalam Program IHL LFH ini?
    Pelanggan yang Layak diminta untuk mengemukakan dokumen-dokumen sokongan berikut:–
    (a) bagi warganegara Malaysia atau penduduk tetap, MyKad (atau MyPR atau MyTentera yang mana berkenaan) yang sah dikemukakan; atau
    (b) bagi warga asing, Pasport Antarabangsa yang sah perlu dikemukakan; dan
    (c) Kad pengenalan sah kakitangan dan pelajar yang dikeluarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi yang terlibat.
  6. Bagaimanakah caranya untuk memohon Bundel Program IHL LFH ini?
    Institusi Pengajian Tinggi yang terlibat akan membekalkan Pautan URL kepada Pelanggan Yang Layak. Pelanggan yang Layak hendaklah mendaftarkan hasratnya melalui Pautan URL atau melalui Portal Atas Talian YES di https://ytlfoundation.org/ dan memberikan maklumat yang diperlukan melalui borang talian yang tersedia di dalam Pautan URL tersebut sebelum atau pada 30 September 2022, 11:59p.m. Untuk penjelasan, Pelanggan yang Layak hendaklah mengesahkan alamat e-melnya sebagai sebahagian daripada pendaftarannya.
  7. Apakah pengesahan yang diperlukan untuk peryertaan dalam Bundel Program IHL LFH ini?
    Kami akan mengesahkan dokumen sokongan yang diberikan kepada kami untuk memastikan bahawa Pelanggan yang Layak memenuhi semua kriteria permohonan. Bagi permohonan dalam talian, jika Pelanggan yang Layak memenuhi kriteria permohonan, kami akan membuat penghantaran Kad SIM Prabayar YES secara kurier melalui Ejen Penghantaran kami ke alamat Pelanggan Yang Layak yang dinyatakan pada borang dalam talian. Ejen Penghantaran akan mengesahkan maklumat yang diberikan oleh Pelanggan Yang Layak berdasarkan dokumen pengenalan diri Pelanggan Yang Layak, yang dikemukakan semasa penghantaran Kad SIM Prabayar YES. Oleh itu, Pelanggan Yang Layak diminta untuk menyediakan dokumen pengenalan asalnya untuk pengesahan oleh Ejen Penghantaran semasa penghantaran Kad SIM Prabayar YES.
  8. Berapa banyak Bundel Program IHL LFH yang berhak dipohon dan didaftar oleh setiap Pelanggan Yang Layak?
    Setiap Pelanggan Yang Layak berhak mendaftar satu (1) Bundel Program IHL LFH sahaja dengan syarat Pelanggan Yang Layak tidak boleh mempunyai jumlah lebih daripada lima (5) akaun prabayar dengan YES.
  9. Adakah terdapat sebarang tempoh sah Perkhimatan yang diberikan melalui Program IHL LFH ini?
    Ya, akaun Prabayar YES yang diberikan bawah Program IHL LFH ini mempunyai Tempoh Sah Perkhimatan Akaun selama tiga puluh (30) hari setiap kitaran di dalam Tempoh Program.
  10. Bagaimanakah saya mengaktifkan Kad SIM Prabayar YES selepas penerimaan SIM?
    Untuk mengaktifkan Kad SIM:-

    Berhubung dengan Pelanggan Baru
    (i) Muat turun aplikasi MyYes;
    (ii) Pada laman log masuk, tekan “Pengguna Baru”;
    (iii) Klik “Aktifkan SIM” dan ikuti langkah-langkah pengaktifan diri di skrin; dan
    (iv) Sebaik pengaktifan anda berjaya, anda boleh log masuk ke akaun perkhidmatan menggunakan nombor telefon dan kata laluan yang dihantar ke e-mel anda. Anda juga boleh log masuk menggunakan kaedah TAC sekiranya tidak menemui kata laluan anda.

    Berhubung dengan Pelanggan YES
    (i) Log masuk ke aplikasi MyYes;
    (ii) Di bawah Akses Pantas, tekab butang “ktif SIM dan ikuti langkah-langkah pengaktifan diri di skrin; dan
    (iii) Sebaik sahaja pengaktifan anda berjaya, anda boleh log masuk ke akaun perkhidmatan melalui nombor telefon dan kata laluan yang dihantar ke e-mel anda. Anda juga boleh log masuk menggunakan kaedah TAC sekiranya tidak menemui kata laluan anda.

  11. Mestikah saya mengaktifkan Kad SIM sebaik sahaja menerima Kad SIM atau pada bila-bila masa?
    Anda digalakkan untuk mengaktifkan Kad SIM anda dengan segera agar anda dapat menikmati Perkhidmatan yang disediakan. Setelah penyerahan Kad SIM kepada anda, anda perlu mengaktifkan Kad SIM dalam masa enam (6) bulan dari tarikh penghantaran Kad SIM, di mana kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan Kad SIM anda untuk tidak dapat diaktifkan selepas tamat tempoh tersebut tiada penggantian Kad SIM akan diberikan. Kegagalan untuk mengaktifkan Kad SIM adalah melanggar Syarat Program IHL LFH ini dan memberikan hak segera kepada YES untuk menamantkan akaun Perkhidmatan Pelanggan YES tanpa notis.
  12. Siapakah yang perlu saya hubungi jika saya memerlukan maklumat lanjut mengenai Program IHL LFH Bundle ini?
    Anda boleh e-melkan soalan anda ke learnfromhome.uni@yes.my.
  1. Apakah itu ‘Program Pendidikan Atas Talian Prabayar SIM 7GB YES bagi Tujuan Pembelajaran dari Rumah’ (“Program LFH”)?
    Program LFH terbuka kepada semua ibu bapa warganegara Malaysia yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah di Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan di Malaysia (“Pelanggan Yang Layak”) untuk membolehkan anak-anak mereka mengakses sumber pembelajaran dalam talian, termasuklah Aplikasi Kuiz FrogPlay bagi tujuan pembelajaran pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja.
  2. Apakah tempoh Program LFH?
    Program LFH ini bermula pada 16 September 2021, 12:00 pagi dan berterusan sehingga 30 September 2021, 11:59 malam.
  3. Apakah yang terkandung di dalam Program LFH ini?
    Ia adalah terdiri daripada:-
    (a) Satu (1) Kad SIM Prabayar YES PERCUMA berserta Nombor Mudah Alih YES;
    (b) 7GB Data LTE PERCUMA untuk Tempoh Sah Perkhidmatan selama tiga puluh (30) hari setiap kitaran selama Tempoh Kempen (“Tempoh Sah Perkhidmatan”).
  4. Siapakah yang layak untuk menebus Program LFH Bundle ini?
    Semua ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia atau penduduk tetap yang mempunyai anak-anak sekolah (berumur kurang daripada 20 tahun yang masih bersekolah di Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan di Malaysia). Pelanggan Yang Layak hendaklah mempunyai MyKad yang sah (atauMyPR atau My Tentera, mana yang berkenaan dan Anak Pelanggan Yang Layak hendaklah mempunyai MyKad yang sah (atau sekiranya Anak Pelanggan Yang Sah berusia kurang dari dua belas (12) tahun dan/atau masih belum mempunyai MyKad, anak tersebut hendaklah mempunyai MyKid yang sah).
  5. Bagaimana untuk menebus Program LFH Bundel ini?
    Untuk menebus Program LFH Bundel ini, setiap Pelanggan Yang Layak hendaklah mendaftarkan minatnya melalui YES Online Portal di https://ytlfoundation.org/ dengan memberikan maklumat penuh di dalam ruangan yang ditetapkan.
  6. Adakah apa-apa pengesahan diperlukan untuk menyertai Program LFH Bundle ini?
    Ya, ejen YES kami akan menghubungi Pelanggan Yang Layak melalui Panggilan Video WhatsApp ke Nombor Mudah Alih alternatif Pelanggan yang Layak di antara pukul 10:00 pagi hingga 7:00 petang, Isnin hingga Ahad dan akan mengambil tangkapan skrin secara sepenuhnya wajah Pelanggan Yang Layak dan MyKad (atau MyPR or My Tentera, mana-mana yang berkenaan) untuk tujuan pengesahan maklumat yang diberikan oleh Pelanggan Yang Layak seperti yang dikehendaki di bawah peraturan undang-undang Malaysia. Pelanggan Yang Layak dikehendaki bersedia dengan MyKad asal (atau MyPR atau My Tentera, mana-mana yang berkenaan) dan MyKad anak (atau MyKid) semasa panggilan pengesahan. Sekiranya maklumat di MyKad asal (atau MyPR atau My Tentera) adalah berbeza daripada maklumat yang disediakan oleh Pelanggan Yang Layak semasa panggilan pengesahan atas talian, ejen YES akan mengesahkan maklumat yang diambil di MyKad asal (atau MyPR atau My Tentera, mana yang berkenaan) untuk menentukan kelayakan Pelanggan yang Layak sebelum melengkapkan pengesahan Program LFH Bundel.
  7. Berapa banyak Program LFH Bundel yang berhak didaftar oleh setiap Pelanggan yang Layak?
    Setiap Pelanggan Yang Layak hanya berhak untuk mendaftar satu (1) anak untuk satu (1) Program LFH Bundle. Pelanggan Yang Layak tidak boleh mempunyai lebih daripada lima (5) akaun prabayar dengan YES.
  8. Adakah Akaun Prabayar YES mempunyai Tempoh Sah Perkhimatan?
    Ya, Akaun Prabayar Perkhidmatan YES mempunyai Tempoh Sah Perkhimatan Akaun selama tiga puluh (30) hari untuk setiap Tempoh Sah Perkhidmatan di dalam Tempoh Kempen yang akan tamat pada 30 September 2022. Anda boleh membeli YES Reload untuk melanjutkan Akaun Prabayar Perkhidmatan YES anda.
  9. Bagaimanakah saya mengaktifkan Kad SIM Prabayar YES selepas penerimaan SIM?
    Untuk mengaktifkan Kad SIM:-

    Berhubung dengan Pelanggan Baru
    (i) Muat turun aplikasi MyYes;
    (ii) Pada laman log masuk, tekan “Pengguna Baru”;
    (iii) Klik “Aktifkan SIM” dan ikuti langkah-langkah pengaktifan diri di skrin; dan
    (iv) Sebaik pengaktifan anda berjaya, anda boleh log masuk ke akaun perkhidmatan menggunakan nombor telefon dan kata laluan yang dihantar ke e-mel anda. Anda juga boleh log masuk menggunakan kaedah TAC sekiranya tidak menemui kata laluan anda.

    Berhubung dengan Pelanggan YES
    (i) Log masuk ke aplikasi MyYes;
    (ii) Di bawah Akses Pantas, tekab butang “ktif SIM dan ikuti langkah-langkah pengaktifan diri di skrin; dan
    (iii) Sebaik sahaja pengaktifan anda berjaya, anda boleh log masuk ke akaun perkhidmatan melalui nombor telefon dan kata laluan yang dihantar ke e-mel anda. Anda juga boleh log masuk menggunakan kaedah TAC sekiranya tidak menemui kata laluan anda.
  10. Mestikah saya mengaktifkan Kad SIM sebaik sahaja menerima Kad SIM atau pada bila-bila masa?
    Anda digalakkan untuk mengaktifkan Kad SIM anda dengan segera agar anda dapat menikmati Perkhidmatan yang disediakan. Setelah penyerahan Kad SIM kepada anda, anda perlu mengaktifkan Kad SIM dalam masa enam (6) bulan dari tarikh penghantaran Kad SIM, jika tidak, Kad SIM anda tidak dapat diaktifkan selepas tamat tempoh tersebut tiada penggantian Kad SIM akan diberikan. Kegagalan untuk mengaktifkan Kad SIM adalah melanggar Syarat Promosi ini dan memberikan hak segera kepada YES untuk menamantkan akaun Perkhidmatan Pelanggan YES tanpa notis
  11. Siapakah yang perlu saya hubungi jika saya memerlukan maklumat lanjut mengenai Program LFH Bundle ini?
    Anda boleh emel kami di learnfromhome@yes.my.