Soalan Lazim


 
  1. Apa itu Data Pascabayar / Add-On Konfem Turbo?
    Sekiranya data telah digunakan sepenuhnya sebelum akhir kitaran pengebilan, anda masih dapat menikmati perkhidmatan kami namun pada kadar kelajuan yang terhad, tertakluk kepada Polisi Penggunaan yang Adil. Dengan membeli data pascabayar/ Add-On Konfem Turbo,  anda akan  menikmati kelajuan 4G kami tanpa sebarang gangguan. Untuk senarai lengkap dan harga Tambahan Data Pascabayar, sila layari www.yes.my/4g-lte-postpaid. Tertakluk kepada terma dan syarat.
  2. Bagaimanakah cara untuk saya membeli  Add-On Pascabayar? 

    Anda boleh membeli Add-On Pascabayar melalui My Account, YES Express Payment Channel atau aplikasi MyYES 4G.

  3. Bolehkah saya membeli  Data Add-On Pascabayar walaupun saya masih mempunyai data yang tidak digunakan dalam Kuota Data Bulanan saya?
    Ya, sudah tentu!
  4. Berapa kalikah Data Add-On Pascabayar boleh dibeli  dalam masa sebulan?
    Tidak ada had yang ditentukan. Anda boleh membeli seberapa banyak Data Tambahan Pascabayar yang anda inginkan.
  5. Bagaimanakah boleh saya menyemak baki  Data Add-On?
    Anda boleh memeriksa baki data anda melalui aplikasi MyYES app dan MyAccount.
  6. Apakah tempoh sah untuk Data/ Add-On Konfem Turbo?
    Tempoh sah laku adalah selama tiga puluh (30) hari dari tarikh pembelian.
  7. Bolehkah data internet yang dibeli melalui pakej Data Add-On, yang tidak digunakan dibawa ke Kitaran Bil yang seterusnya?
    Tidak boleh.  Kuota Data Add-On yang tidak digunakan yang dibeli semasa sesuatu Kitaran Bil akan luput dan tidak akan dibawa ke Kitaran Bil yang seterusnya.
  8. Bolehkah saya mendapatkan bayaran balik untuk pembelian Add-On saya?
    Tidak. Semua pembelian Add-On, walaupun tidak digunakan,  tidak akan dikembalikan.
  9. Bolehkah saya memindahkan data Internet di bawah  Data/Add-On Konfem Turbo yang dibeli melalui suatu pelan tertentu ke pelan yang lain?
    Tidak boleh, data internet yang dibeli bawah Add-On tidak boleh dipindah milik.
  10. Bolehkah saya membeli Tambah Nilai untuk rakan? 
    Ya, sudah tentu boleh. Anda hanya perlu memasukkan ID YES/Nombor YES rakan anda di YES Express Payment Channel dan lengkapkan proses pembelian.
  11. Berapa lamakah masa yang akan diambil untuk kadar kelajuan internet 4G berfungsi seperti sediakala selepas pembelian Data Add-On atau Add-On Konfem Turbo?
    Data Add-On/Add-On Komfem Turbo akan diproses dalam masa sekurang-kurangya 10 minit untuk berfungsi seperti sediakala.  
  1. Apa itu Hotspot Add-On Pascabayar?
    Hotspot Add-On Pascabayar membolehkan anda untuk berkongsi data mudah alih yang diperuntukkan dengan peranti lain untuk akses internet. Tertakluk kepada terma dan syarat.
  2. Siapa yang boleh melanggan Hotspot Add-On Pascabayar ?
    Pelanggan yang telah melanggan Pelan Perkhidmatan Pascabayar Konfem Unlimited boleh melanggan Hotspot Add-On Pascabayar.
  3. Apakah yang ditawarkan oleh Hotspot Add-On Pascabayar ?
    Untuk senarai lengkap tawaran Pascabayar Add-On Hotspot , sila rujuk  www.yes.my/4g-lte-prepaid.
  4.  Bagaimanakah cara untuk saya membeli Hotspot Add-On Pascabayar ?
    Anda boleh membeli Hotspot Add-On Pascabayar menerusi My Account, Yes Express Payment Channel atau MyYes4G app.
  5. Bolehkah saya semak baki data internet Hotspot Add-On Pascabayar ?
    Anda boleh semak baki internet menerusi  My Account atau aplikasi  MyYes4G app.
  6. Bolehkah saya bawa ke hadapan kuota yang tidak digunakan daripada Hotspot Add-On Pascabayar kepada Kitaran Bil seterusnya?
    Maaf, tidak boleh. Kuota Hotspot Add-On Pascabayar yang tidak digunakan akan luput selepas Tempoh Sah Guna dan tidak akan dibawa ke Kitaran Bil seterusnya.