Soalan Lazim


 
  1. Apakah Pelan Perkhidmatan Pascabayar Kasi Up?
    Pelan Perkhidmatan Pascabayar Kasi Up terdiri daripada Kasi Up Postpaid 49 (ii) Kasi Up Postpaid 49  (dengan kontrak) dan  Kasi Up Postpaid 30 Phone Bundle (dengan kontrak). Tertakluk kepada terma dan syarat.
  2. Apakah tawaran perkhidmatan dan kadar harga setiap Pelan Perkhidmatan Pascabayar Kasi Up?
    Tawaran perkhidmatan dan kadar harga setiap Pelan Pderkhidmatan Pascabayar Kasi Up adalah seperti berikut: 
    Nama Pelan Perkhidmatan Pascabayar  Pascabayar 49 Kasi Up Pascabayar 49 Kasi Up (dengan kontrak) Pascabayar 30 Bundel Telefon Kasi Up (dengan kontrak) 
    Harga RM49 RM49 RM30
    Data (bulanan) 100GB 100GB 20GB
    Kontrak 24 months 24 months
    Pelan Bayaran Pendahuluan RM49
    (Rebat pada 2 bulan pertama)
    RM180
    (Rebat selepas tamat Tempoh Kontrak)
    Pelan Deposit RM49
    (Akan dikembalikan setelah tamat akaun perkhidmatan)
    Perkhidmatan panggilan suara dan SMS  dalam rangkaian* Tanpa had Tanpa had Tanpa had
    Perkhidmatan panggilan suara luar rangkaian * Tanpa had Tanpa had Caj dikenakan pada kadar RM 0.09 sen seminit tertakluk pada blok pengecasan untuk setiap 30 saat
    SMS luar rangkaian RM 0.09 setiap SMS RM 0.09 setiap SMS RM 0.09 setiap SMS
    Tawaran Istimewa Pelanggan port-in di bawah promosi MNP  akan menikmati rebat RM5 daripada bayaran komitmen selama 12 bulan berturut-turut bermula dari tarikh pengaktifan kad SIM Bayaran Komitmen 6 bulan pertama DIBATALKAN *
    * Perkhidmatan suara dan SMS domestik dalam dan luar rangkaian tanpa had hanya boleh digunakan oleh individu perseorangan dan bukan untuk tujuan komersil.
    ** Tertakluk kepada Terma dan Syarat Promosi YES.
    *** Tertakluk kepada Terma dan Syarat Program Pascabayar Internet Enam (6) bulan PERCUMA
  3. Adakah sebarang had umur ditetapkan  untuk melanggan Pelan Perkhidmatan Pascabayar Kasi Up?
    Ya, anda mestilah berumur 18 tahun ke atas sebelum boleh melanggan mana-mana Pelan Perkhidmatan Pasca Bayaran Kasi Up kami.
  4. Sebagai orang asing, bolehkah saya melanggan mana-mana Pelan Perkhidmatan Pascabayar Kasi Up?
    Ya, anda masih boleh melanggan mana-mana Pelan Perkhidmatan Pascabayar Kasi Up kami dengan bayaran deposit RM200 untuk setiap kadar pelan yang ditawarkan dalam Pelan Perkhidmatan Pascabayar
  5. Apakah yang akan berlaku jika saya tidak menggunakan Peruntukan Kapasiti Data sepenuhnya?
    Data internet yang tidak digunakan sepenuhnya akan luput dan tidak boleh dibawa ke Kitaran Bil berikutnya. 
  6. Adakah saya masih akan mendapat panggilan suara tanpa had percuma semasa saya berada di luar Malaysia?
    Tidak, panggilan suara tanpa had percuma adalah terhad untuk penggunaan di Malaysia sahaja. Hal ini bermakna, panggilan suara tanpa had percuma tidak dapat digunakan  semasa perayauan. Sekiranya anda berada di luar Malaysia, anda boleh melanggan Perkhidmatan Data Roaming Antarabangsa kami. Untuk maklumat lanjut tentang  caj perkhidmatan, sila layari https://www.yes.my/roaming
  7. Adakah saya masih mendapat panggilan suara tanpa had percuma semasa menghubungi seseorang di luar Malaysia?
    Tidak, panggilan suara tanpa had percuma tidak boleh diguna pakai untuk perkhidmatan IDD, yang bermaksud, panggilan ke rangkaian luar negara akan dikenakan caj perkhidmatan seperti yang tertera di https://www.yes.my/roaming untuk maklumat lebih lanjut.
  8. Sekiranya saya melanggan mana-mana Pelan Perkhidmatan Pascabayar Kasi Up, adakah saya tertakluk kepada tempoh kontrak? 
    Tempoh Kontrak hanya terpakai untuk pelan Kasi Up Postpaid 49 (dengan kontrak) dan Bundel Telefon Kasi Up Postpaid 30 (dengan kontrak). Sila rujuk jadual perkhidmatan Pascabayar di atas. 
  9. Untuk tawaran perkhimatan di bawah Bundel Telefon Kasi Up Postpaid 30 (dengan kontrak), bilakah saya perlu mengaktifkan Kad SIM saya setelah menerima Kad SIM?
    Setelah anda menerima Kad SIM, anda perlu mengaktifkan Kad SIM anda dalam masa tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan Kad SIM, jika tidak Kad SIM akan diaktifkan secara automatik selepas tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan Kad SIM.
  10. Sekiranya saya adalah Pelanggan yang melanggan Pelan Perkhidmatan Pascabayar sedia ada dan tertakluk kepada  Tempoh Kontrak, bolehkah saya melanggan mana-mana Pelan Perkhidmatan Pascabayar Kasi Up?
    Ya, anda masih boleh melanggan Pelan Perkhidmatan Pascabayar Kasi Up kami sebagai talian tambahan dengan syarat anda tidak mempunyai lebih daripada enam (6) akaun perkhidmatan pascabayar dengan kami. Sila rujuk Terma dan Syarat Perkhidmatan Pascabayar untuk maklumat lanjut.
  11. Apakah yang akan berlaku jika saya menggunakan Peruntukan Kapasiti Data sepenuhnya semasa Kitaran Bil?
    Anda masih boleh menikmati capaian  internet tetapi pada kelajuan yang agak terhad iaitu sehingga 128kbps. Untuk terus menikmati capaian Internet yang pantas, anda boleh memuat turun aplikasi MyYES untuk membeli Data Add-On Pascabayar. Sila rujuk Terma dan Syarat Perkhidmatan Pascabayar untuk maklumat lanjut.
  12. Bolehkah saya menggunakan Pelan Perkhidmatan Pascabayar Kasi Up menggunakan mana-mana Peranti?
    Pelan Pascabayar Kasi Up hanya boleh digunakan dengan peranti pintar sahaja. Sila rujuk https://www.yes.my/supported-devices untuk menyemak senarai peranti yang boleh digunakan.
  13. Adakah saya perlu meneruskan bayaran Yuran Komitmen sekiranya akaun Perkhidmatan Pascabayar saya digantung semasa Tempoh Kontrak?
    Ya, sekiranya anda mendaftar untuk Pelan Perkhidmatan Pascabayar dengan Tempoh Kontrak, dan sekiranya akaun Perkhidmatan tersebut digantung, anda masih harus membayar Yuran Komitmen untuk setiap Kitaran Bil. 
  14. Bolehkah saya beralih ke YES sambil mengekalkan nombor saya?
    Sudah tentu boleh! Anda boleh membeli mana-mana pelan YES  dan apabila anda menerima SIM kami, prosesnya adalah semudah 1, 2, 3!


    1. Muat turun aplikasi MyYES untuk mengaktifkan SIM anda 
    2. Semasa proses pengaktifan, sila pilih “Tukar kepada YES  dan Simpan Nombor Anda”. Anda akan menerima SMS permintaan pengesahan ke nombor yang berdaftar dengan penyedia perkhidmatan sedia ada.
    3. Balas SMS dengan nombor pengesahan yang anda terima. 

    Proses peralihan harus dilakukan dalam masa 3 hari dengan syarat nombor yang ingin anda bawa ke rangkaian kami berada dalam rangkaian nombor telefon bimbit yang diluluskan oleh SKMM;  nombor tersebut mestilah aktif dan tidak digantung, ditamatkan atau disenarai hitam dan/atau dilarang oleh penyedia perkhidmatan lain.

    Perkhidmatan telefon anda tidak sepatutnya mengalami sebarang  gangguan ketika proses ini berlangsung. Sekiranya permintaan pertukaran rangkaian ditolak, sila hubungi penyedia perkhidmatan anda yang sedia ada.
  15. Bolehkah Pelan Perkhidmatan Pascabayar Kasi Up menyokong peranti iPhone?
    Ya, kad sim Pascabayar Kasi Up menyokong peranti iPhone sebagai SIM Data sahaja.
  1. Apa itu Program Internet PERCUMA Enam (6) bulan Pascabayar Kasi Up?
    Program Internet PERCUMA Enam (6) bulan Pascabayar Kasi Up  (“Program Internet PERCUMA”) yang ditawarkan dalam jangka masa terhad, adalah sebuah  program yang dilancarkan oleh YTL Communications Sdn Bhd (“YTLC”). Program Internet PERCUMA ini memberi pelepasan selama enam (6) bulan kepada pelanggan yang layak untuk meringankan beban kewangan mereka semasa wabak COVID-19. Tertakluk kepada terma dan syarat.
  2. Adakah saya perlu membuat sebarang pembayaran dalam Tempoh Internet PERCUMA?
    Tiada bayaran yang akan dikenakan selain deposit RM49, yang akan dikembalikan kepada anda setelah akaun anda tamat. Bil anda sememangnya PERCUMA selama enam (6) bulan.
  3. Bolehkah saya memilih untuk tidak menyertai Program Internet PERCUMA?
    Program Internet PERCUMA hanya terpakai untuk Kasi Up Postpaid 49 dengan Pelan Perkhidmatan Pascabayar berstatus kontrak. Sekiranya anda memilih untuk tidak menyertai Program Internet PERCUMA, anda boleh melanggan mana-mana Pelan Perkhidmatan Pascabayar tanpa kontrak yang lain.
  4. Bolehkah saya mendaftar beberapa Pelan Pascabayar 49 Kasi Up (dengan kontrak)?
    Ya, anda boleh mendaftar untuk beberapa Pelan Pascabayar 49 Kasi Up (dengan kontrak) dengan syarat  anda tidak mempunyai lebih daripada enam (6) Pelan Perkhidmatan Pascabayar dengan kami.
  5. Bolehkah saya menaik taraf atau menukar pelan sedia ada dalam Tempoh Kontrak Pelan Pascabayar 49 Kasi Up (dengan kontrak)?
    Maaf, sebarang pertukaran atau naik taraf pelan adalah tidak dibenarkan dalam Tempoh Kontrak tetapi anda masih boleh mendaftar Pelan Perkhidmatan Pascabayar 49 Kasi Up (dengan kontrak) yang lain untuk menikmati faedah enam (6) bulan percuma!
  6. Setelah tamat Tempoh Internet PERCUMA, bolehkah saya memohon untuk melanjutkan tempoh tersebut agar dapat terus menikmati pengecualian Yuran Komitmen?
    Tawaran Tempoh Internet PERCUMA adalah terhad untuk masa yang telah ditetapkan sahaja. Pengecualian Yuran Komitmen tidak akan dilanjutkan selepas tempoh tersebut. 
  7. Adakah saya perlu membayar deposit di bawah Program Internet PERCUMA?
    Anda hanya perlu membayar deposit sebanyak RM 49 untuk Pelan Kasi Up Pascabayar berstatus kontrak sahaja. Deposit akan dikembalikan setelah akaun ditamatkan. Tertakluk kepada Terma dan Syarat Perkhidmatan Pascabayar.