Nasihat mengenai penggunaan telefon pintar dan bateri YES Altitude 3
 
Kami menghargai pelanggan kami dan memandang serius keselamatan pelanggan kami.

Untuk melindungi dan memanjangkan penggunaan YES Altitude 3, kami ingin mengingatkan semua pengguna YES Altitude 3 supaya:
TIDAK menggunakan pengecas dari pihak ketiga, tetapi menggunakan pengecas asal dan kabel pengecasan yang dibekalkan bersama telefon pintar mereka;
PERIKSA bateri telefon untuk tanda-tanda kembung. Bateri yang kembung adalah tidak selamat untuk digunakan di dalam mana-mana alat elektronik.


Anda boleh menghubungi YesCare di yescare@yes.my jika anda memerlukan bantuan lanjut.

 
Soalan Lazim – Mengenai Pengecasan dan Penggunaan Telefon Pintar YES Altitude 3

1. Bagaimanakah saya perlu mengecas telefon pintar YES Altitude 3 saya?
Telefon pintar YES Altitude 3 menggunakan bateri ion Lithium. Berikut adalah langkah-langkah untuk meningkatkan prestasi bateri anda:
• Gunakan pengecas dan kabel pengecas asal yang dibekalkan bersama telefon pintar anda.
• Jangan biarkan telefon pintar anda dicas untuk jangka masa yang lama.
• Jangan gunakan telefon pintar anda semasa pengecasan.

2. Mengapakah telefon pintar menjadi panas?
Telefon pintar boleh menjadi panas kerana beberapa faktor, termasuk factor-faktor berikut:
• Menonton Video terlalu lama atau pengunaan terlalu lama di skrin anda seperti persidangan video (Google Meet, Zoom, dll.) atau permainan digital.
• Pelbagai aplikasi berjalan di latar belakang (Tip: pada telefon pintar YES Altitude 3, anda boleh menutup aplikasi yang tidak diperlukan lagi dengan menekan dua kali butang menu (di kanan bawah skrin) dan klik “KOSONGKAN SEMUA”)

3. Berapakah suhu operasi biasa untuk telefon pintar?
Jika suhu telefon pintar anda menjadi semakin panas ketika disentuh, anda hendaklah berhenti pengunaan telefon pintar anda dengan segera.

4. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya telefon pintar saya panas?
Sekiranya telefon pintar anda terasa panas, pastikan aliran udara mencukupi di sekitarnya. Anda juga boleh lakukan mana-mana berikut :
• Pastikan aplikasi anda dikemas kini.
• Menghentikan aplikasi yang berjalan latar belakang (klik dua kali pada butang menu (di kanan bawah skrin) dan klik “KOSONGKAN SEMUA”).
• Hidupkan Mod Penjimatan Bateri.
• Turunkan kecerahan.
• Periksa kabel pengecasan – kabel pengecasan yang rosak boleh menyebabkan pengecas tidak berfungsi. Pastikan kabel dalam keadaan baik.
• Jangan tinggalkan telefon pintar anda di papan pemuka kereta anda, atau di tepi tingkap dengan cahaya matahari secara langsung.

5. Bagaimana saya tahu jika bateri telefon pintar saya kembung?
Buka penutup belakang, dan jika bateri kelihatan bengkak atau bahagian tengah terasa lembut, berkemungkinan bateri tersebut adalah kembung.
Sekiranya bateri anda kembung, bateri itu tidak boleh digunakan lagi. Berhati-hati apabila mengeluarkan bateri kembung dari telefon pintar (biarkan sejuk jika panas semasa disentuh) dan buangkan bateri dengan cara yang betul.
 
Phone battery side

6. Di manakah saya boleh mendapatkan syarat penggunaan telefon pintar?
Sila layari https://www.yes.my/tnc/general-tnc