- Apakah Nombor Yes?
Nombor Yes boleh digunakan untuk mengakses rangkaian perkhidmatan Yes. - Bagaimanakah cara untuk menukar atau menetapkan semula kata laluan saya?
Untuk menukar kata laluan, anda cuma perlu log masuk ke aplikasi MyYes, kemudian ikuti langkah-langkah berikut;
Langkah 1: Pilih “Profil”
Langkah 2 : Pilih “Kata Laluan”
Langkah 3: Pilih “Tetapan kata laluan” dan ikuti arahan yang tertera di skrin. - Saya telah menerima menerima kata laluan sementara daripada Yes, adakah saya perlu menukar kata laluan tersebut?
Untuk memastikan akaun anda kekal selamat, anda adalah dinasihati untuk menukarkan kata laluan anda selepas log masuk menggunakan kata laluan sementara anda. Jangan lupa untuk menukarkan kata laluan pada peranti Yes.Anda boleh menukar kata laluan anda melalui aplikasi MyYes dan ikuti mengikut langkah-langkah yang diberikan pada soalan lazim 2.Panduan:
Untuk keselamatan maksimum, pastikan kata laluan anda:
– Panjang sekurang-kurangnya lapan hingga enam belas aksara.
– Tidak mengandungi nama pengguna, nama sebenar atau nama syarikat anda.
– Tidak mengandungi perkataan yang lengkap.
– Berbeza dengan kata laluan sebelumnya.
– Mengandungi huruf besar, huruf kecil, nombor dan simbol (simbol tambah (+) dan underscore (_) diterima.