- Apakah Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+?
Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ (“Program”) ialah program masa terhad yang dilancarkan oleh YTL Communications Sdn Bhd (No. Syarikat 200701035605 (793634-V)) (“YTLC”) dengan kerjasama CompAsia Sdn Bhd (No. Syarikat 201201022161 (1006653-T)) dan Terra Optimus Pearl Sdn Bhd (No. Syarikat 201401027003 (1103093-X)) (“TOP”). Ditawarkan kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 hingga 65 tahun dengan MyKad atau MyTentera yang sah. Tertakluk kepada terma dan syarat. - Bagaimanakah cara saya menyemak kelayakan saya untuk mendaftar untuk Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+?
Sila layari laman web www.yes.my, aplikasi MyYes, di mana-mana Yes Store, kiosk atau melalui pengedar telefon Yes yang sah Samsung, Vivo, Oppo & Xiaomi. - Apakah tawaran perkhidmatan di bawah Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+?
Untuk maklumat lanjut mengenai tawaran dan kadar perkhidmatan, sila layari yes.my. - Adakah Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ dating bersama kontrak?
Terdapat kontrak selama 36 bulan untuk Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ bermula dari tarikh pengaktifan kad SIM. - Berapa lamakah tempoh Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+?
Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ akan bermula pada 9 June 2022 (“Tarikh berkuat kuasa”) sehingga diberitahu kelak dari pihak YTLC. - Di mana saya boleh mendaftar untuk Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+?
Jika anda telah melakukan prapendaftaran melalui yes.my untuk Pelan Pascabayar Yes Infinite+ (tempoh prapendaftaran 26 mei 2022 sehingga 8 June 2022), anda akan menerima notifikasi melalui emel berkenaan status prapendaftaran selepas penilaian kredit dan kelayakan yang berkaitan telah dilakukan pada atau selepas Tarikh berkuat kuasa (seperti yang ditentukan di atas). Sekiranya prapendaftaran Berjaya, anda boleh melengkapkan pendaftaran dengan menjelaskan pembayaran diperlukan untuk Pelan Pascabayar Yes Infinite+ yang dipilih.Selepas tarikh kuat kuasa, anda boleh mendaftar untuk Pelan Pascabayar Yes Infinite+ melalui laman web www.yes.my, aplikasi MyYes, di mana-mana Yes Store, kiosk atau melalui pengedar telefon Yes yang sah Samsung, Vivo, Oppo dan Xiaomi. - Saya telah membuat prapendaftaran untuk Pelan Pascabayar Infinite+, tetapi saya ingin berdaftar untuk Pelan Pascabayar Infinite+ yang lain, bolehkah saya berbuat demikian?
Sila layari laman web yes.my untuk memilih dan melakukan pendaftaran bagi pelan Pascabayar Yes Infinite+. - Berapakah Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ yang boleh saya daftarkan?
Anda hanya boleh mendaftar kepada satu (1) Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ bagi setiap MyKad atau MyTentera yang sah (dengan syarat Pelanggan Layak tidak mempunyai, secara agregat, lebih daripada enam (6) akaun perkhidmatan pascabayar dengan Yes). - Saya menghadapi masalah mendaftar untuk Yes Infinite+. Adakah terdapat panduan untuk dirujuk?
Jika anda menghadapi masalah mendaftar untuk Yes Infinite+, ikuti panduan langkah-langkah ini:
Langkah 1 – Layari yes.my dan klik “INFINITE+” pada laman utama.
Langkah 2 – Pilih pelan, pilih telefon 5G PERCUMA dan klik “GET PLAN” untuk teruskan.
Langkah 3 – Pilih warna telefon 5G PERCUMA kegemaran anda dan klik “CONTINUE”.
Langkah 4 – Isikan maklumat peribadi anda dan klik “CHECK ELIGIBILITY” untuk teruskan.
Langkah 5 – Imbas bahagian hadapan dan belakang MyKad/MyTentera anda di dalam bilik yang terang, pastikan kad tersebut di atas permukaan rata dan elakkan silau. (Jika anda menggunakan komputer, sila imbas kod QR yang ditunjukkan dengan menggunakan telefon anda untuk memulakan proses pengesahan.)
Langkah 6 – Ambil video diri anda sambil memastikan wajah anda berada dalam bingkai kamera untuk pengecaman yang tepat. (Jika anda tidak pasti bagaimana untuk melakukan ini dengan betul, sila ikuti arahan yang ditunjukan.)
Langkah 7 – Isikan maklumat penghantaran dan sahkan butiran peribadi anda sebelum klik “CONTINUE”.
Langkah 8 – Semak butiran pesanan anda dan klik “ORDER”. (Jika anda ingin menukar sebarang maklumat yang diisikan, anda boleh klik “EDIT” untuk menukar maklumat.)
Langkah 9 – Isikan dan tandatangani terma dan syarat kontrak sebelum klik “SUBMIT CONTRACT”.
Langkah 10 – Isikan maklumat pembayaran dan klik “PAY” untuk melengkapkan pesanan anda. - Saya menghadapi masalah dengan proses pengecaman muka (eKYC), apakah yang perlu saya lakukan?
i) Sila senyum semasa mengimbas muka.
ii) Sila pastikan anda berada di dalam bilik yang terang.
iii) Tolong jangan memakai cermin mata hitam, topi, topeng, atau gunakan objek lain yang menutup hidung, mata, atau mulut anda.
iv) Sila buka mata anda semasa mengimbas muka.
v) Sila pastikan muka anda berada dalam bingkai kamera untuk pengecaman yang tepat. - Saya menghadapi masalah dengan proses pengesahan MyKad/MyTentera, apakah yang perlu saya lakukan?
i) Sila imbas bahagian hadapan dan belakang ID anda pada permukaan yang rata.
ii) Sila ambil gambar di dalam bilik dengan pencahayaan yang mencukupi.
iii) Sila pastikan gambar yang diambil tiada silau. - Jika saya tidak layak untuk Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+, adakah terdapat pelan lain yang boleh saya daftar?
Anda boleh melayari laman web www.yes.my untuk maklumat yang lebih lanjut berkenaan tawaran Yes. - Saya telah menerima Kad SIM 5G, bagaimanakah saya boleh mengaktifkan kad SIM?
Sila rujuk Cara Mengaktifkan SIM untuk maklumat yang lebih lanjut. - Untuk tawaran perkhidmatan di bawah Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+, bilakah saya perlu mengaktifkan Kad SIM selepas penerimaan Kad SIM?
Kad Sim anda akan diaktifkan secara automatik selepas tempoh masa tujuh (7) hari dari tarikh penerimaan Kad SIM. Anda dinasihatkan untuk mengaktifkan Kad SIM dengan segera selepas menerima Kad SIM supaya anda boleh menikmati dan menggunakan tawaran perkhidmatan di bawah Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+. - Adakah saya dibenarkan untuk memilih Nombor Mudah Alih Yes apabila saya memohon Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+?
Tidak pada masa ini. Nombor Mudah Alih Yes akan diberikan untuk setiap Kad SIM Yes selepas pengaktifan. - Apakah yang berlaku jika saya tidak menggunakan sepenuhnya peruntukan kapasiti data hotspot saya?
Sebarang baki data Internet yang tidak digunakan dalam Kitaran Pengebilan peruntukan kapasiti data hotspot tidak akan dibawa ke hadapan, ke Kitaran Pengebilan yang seterusnya. - Jika saya adalah Pelanggan sedia ada mana-mana Pelan Perkhidmatan Pascabayar di bawah Kontrak, bolehkah saya melanggan Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+?
Ya, anda boleh melanggan Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ sebagai talian tambahan dengan syarat anda tidak mempunyai lebih daripada enam (6) akaun perkhidmatan pascabayar dengan Yes dan anda lulus penilaian kredit dan semakan kelayakan. - Bolehkah saya mengekalkan nombor telefon sedia ada saya dari syarikat telekomunikasi yang lain kepada pelan perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+?
Ya, anda boleh menukarkan nombor mudah alih anda yang sedia ada ke pelan perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ anda selepas pengaktifan Kad SIM 5G. Rujuk https://www.yes.my/keep-your-number/ untuk maklumat yang lanjut. - Adakah saya perlu meneruskan pembayaran Yuran Komitmen jika akaun Yes Infinite+ Postpaid Service saya digantung dalam tempoh kontrak?
Ya, walaupun dalam tempoh penggantungan akaun Perkhidmatan Pelan Pascabayar Yes Infinite+, anda masih perlu menjelaskan Yuran Komitmen bulanan anda. - Saya baru sahaja mendaftar untuk pelan Yes Infinite+ dan telah membuat pembayaran sebelum ini, mengapakah masih terdapat tunggakan pada bil saya?
Pembayaran awal yang dibuat semasa pendaftaran pelan Yes Infinite+ adalah caj bagi pendaftaran pelan dan akan diberi rebat pada kitaran bil pertama anda. Kitaran bil anda akan bermula apabila anda telah melakukan pengaktifan SIM. Sekiranya pengaktifan akaun anda dilakukan di pertengahan kitaran bil bulanan, bil anda akan dikira sebagai pro rata. - Mengapakah kitaran bil saya jatuh pada pertengahan bulan?
Apabila anda berdaftar dengan akaun Yes, kitaran bil adalah dipilih secara automatik untuk anda dan kitaran bil ini tidak boleh ditukarkan. - Adakah terdapat sebarang caj akan dikenakan ke atas Perkhidmatan IDD?
Ya, caj akan dikenakan. Sila rujuk kadar panggilan suara dan SMS berhubung dengan Perkhidmatan IDD @https://www.yes.my/roaming. - Adakah saya akan mendapat panggilan suara tanpa had percuma jika saya berada di luar Malaysia?
Tidak, panggilan suara tanpa had percuma hanya terpakai untuk kegunaan di Malaysia sahaja dan bukan untuk tujuan perayauan. Jika anda berada di luar Malaysia, anda boleh melanggan kepada Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa Yes. Sila rujuk kadar Perkhidmatan Perayauan Antarabangsa di @https://www.yes.my/roaming untuk butiran lanjut. - Bolehkah saya menukar pelan perkhidmatan Yes saya yang sedia ada kepada Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+?
Ya, boleh. - Bolehkah saya menaik taraf Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ saya dalam tempoh kontrak?
Tidak pada masa ini. Tiada naik taraf atau pertukaran pelan dibenarkan untuk Pelan Pascabayar Yes Infinite+ semasa masih di dalam Tempoh Kontrak. - Bolehkah saya menurunkan Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ saya dalam tempoh kontrak?
Tidak pada masa ini. - Adakah telefon ini adalah PERCUMA?
Ya, telefon adalah milik anda tanpa sebarang caj tambahan pada akhir tempoh kontrak anda untuk Pelan Pascabayar Yes Infinite+. - Adakah terdapat sebarang caj yang akan dikenakan jika saya menamatkan Program Pelan Perkhidmatan Pascabayar Yes Infinite+ sebelum tamat tempoh kontrak?
Ya, anda akan dikenakan Caj Penamatan Awal (ETC) untuk baki tempoh kontrak dari tarikh penamatan pelan dimana caj perlu dijelaskan dengan segera jika Pelan Pascabayar Yes Infinite+ ditamatkan sebelum kontrak tamat. - Apakah yang dimaksudkan dengan Perjanjian Penyewaan Peranti?
Perjanjian Penyewaan Peranti ialah perjanjian yang ditandatangani antara anda bersama Yes dan juga TOP sebagai sebahagian daripada Program ini. Semua kewajipan pembayaran di bawah Perjanjian Penyewaan Peranti akan dibayar oleh YTLC bagi pihak anda selagi anda membayar Komitmen Bulanan mengikut Terma dan Syarat Program yang terdapat di [Program Pelan Pascabayar Yes Infinite+] - Di manakah saya boleh mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai telefon pintar seperti spesifikasi, pembaikan, penggantian dan waranti?
Anda boleh merujuk kepada laman web rasmi pengeluar atau menghubungi pusat khidmat pelanggan pengeluar untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. - Saya masih tidak menerima peranti saya, siapa yang harus saya hubungi?
Anda boleh menyemak status pesanan di https://site.yes.my/trackorder atau anda boleh menghantar soalan ke yescare@yes.my. Sebagai alternatif, anda boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery, untuk berhubung melalui aplikasi MyYes dan berbual dengan Chatbot Sofia. - Saya secara tidak sengaja telah memadamkan e-mel dan kehilangan kod QR saya, apakah yang perlu saya lakukan?
Anda boleh menghubungi yescare@yes.my. Sebagai alternatif, anda boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery, untuk berhubung melalui aplikasi MyYes dan berbual dengan Chatbot Sofia. - Bungkusan saya rosak, siapakah yang perlu saya hubungi?
Anda boleh menghubungi yescare@yes.my. Sebagai alternatif, anda boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery, untuk berhubung melalui aplikasi MyYes dan berbual dengan Chatbot Sofia. - Apakah yang perlu saya lakukan jika IMEI peranti saya disekat?
IMEI peranti anda disekat jika terdapat pembayaran yang tertunggak dan akaun servis Pelan Pascabayar Yes Infinite+ anda telah digantung sementara. Dengan menjelaskan semua pembayaran yang tertunggak bagi akaun servis Pelan Pascabayar Yes Infinite+, anda boleh kembali menggunakan peranti anda tanpa sebarang sekatan. - Apakah Promosi Eksklusif waranti 1+1?
Promosi eksklusif ini adalah untuk pelanggan yang berdaftar dengan Yes Infinite+ Basic bundel bersama Vivo Y55 untuk tempoh 1 Disember 2022 sehingga 28 Februari 2023. Pelanggan juga akan menerima bekas air (Tumbler) Vivo Percuma (Sementara stok masih ada) sebagai sebahagian dari Promosi Eksklusif. - Kenapa saya perlu membayar RM198 selama 36 bulan bagi bundel Samsung Flip 4 di bawah pelan Infinite+ Ultra?
RM198 adalah termasuk RM20 bulanan bagi harga peranti selama 36 bulan kontrak. Selepas kontrak tamat, komitmen bulanan akan menjadi RM178. - Bagaimana jika saya mempunyai Soalan Lazim tambahan?
Anda boleh menghantarkan soalan anda ke yescare@yes.my. Sebagai alternatif, anda boleh memuat turun aplikasi MyYes dari Google Play Store, Apple App Store atau Huawei AppGallery, untuk berhubung melalui aplikasi MyYes dan berbual dengan Chatbot Sofia.