- Siapakah yang layak untuk Perkhidmatan Dial Terus Antarabangsa (IDD)?
Semua Pelanggan Pelan Perkhidmatan Pascabayar dan Prabayar Yes layak untuk Perkhidmatan Dail Terus Antarabangsa (IDD).Tertakluk kepada terma dan syarat. - Bagaimanakah cara untuk saya mengaktifkan Perkhidmatan IDD pada peranti saya?
A. Sekiranya anda ialah Pelanggan Yes daripada mana-mana Pelan Perkhidmatan selain daripada Pelan Perkhidmatan Pascabayar Kasi Up, anda boleh mengaktifkan Perkhidmatan IDD dengan:
(i) Berjaya melengkapkan proses pengesahan yang diperlukan di mana-mana Kedai Yes kami;
(ii) Membayar deposit Tiga Ratus Ringgit Malaysia (RM 300) (“Jumlah Deposit”); dan
(iii) Melakukan pengaktifan sendiri Perkhidmatan IDD melalui aplikasi MyYes.Walaupun terdapat peruntukan dalam A(ii), kami boleh, mengikut budi bicara tunggal dan mutlak kami, mengetepikan pembayaran Jumlah Deposit sekiranya anda ialah pelanggan sedia ada Yes untuk mana-mana Pelan Perkhidmatan Pascabayar dan tidak mungkir dalam pembayaran bil anda untuk jangka masa enam (6) bulan secara berturut-turut sebelum pengaktifan Perkhidmatan IDD.
B. Sekiranya anda ialah Pelanggan Yes daripada mana-mana Pelan Perkhidmatan Kasi Up, selain daripada Kasi Up Pascabayar 49 (dengan kontrak), anda boleh mengaktifkan Perkhidmatan IDD dengan:
(i) berjaya menyempurnakan proses pengesahan yang diperlukan sama ada di mana-mana Kedai Yes atau melalui aplikasi elektronik Kenali Pelanggan Anda (“eKYC”);
(ii) membayar Jumlah Deposit; dan
(iii) melakukan pengaktifan sendiri Perkhidmatan IDD melalui aplikasi MyYes.Walaupun terdapat peruntukan dalam B(ii), kami boleh, mengikut budi bicara tunggal dan mutlak kami, mengetepikan pembayaran Jumlah Deposit sekiranya anda ialah pelanggan sedia ada Yes daripada mana-mana Pelan Perkhidmatan Pascabayar dan tidak mungkir dalam dalam pembayaran bil anda untuk jangka masa enam (6) bulan berturut-turut sebelum pengaktifan Perkhidmatan IDD.
C. Sekiranya anda ialah pelanggan Yes Kasi Up Pascabayar 49 (dengan kontrak), anda boleh mengaktifkan Perkhidmatan IDD dengan:
(i) berjaya menyempurnakan proses pengesahan yang diperlukan sama ada di mana-mana Kedai Yes atau melalui eKYC;
(ii) membayar Jumlah Deposit; dan
(iii) melakukan pengaktifan sendiri Perkhidmatan IDD melalui aplikasi MyYes.Walaupun terdapat peruntukan dalam C(ii), kami boleh, mengikut budi bicara tunggal dan mutlak kami, mengetepikan pembayaran Jumlah Deposit sekiranya anda ialah pelanggan sedia ada Yes daripada mana-mana Pelan Perkhidmatan Pascabayar dan tidak mungkir dalam pembayaran bil anda untuk jangka masa dua belas (12) bulan secara berturut-turut sebelum pengaktifan Perkhidmatan IDD.
D. Sekiranya anda ialah Pelanggan Yes daripada mana-mana Pelan Perkhidmatan Prabayar, anda boleh mengaktifkan Perkhidmatan IDD dengan:
(i) berjaya menyempurnakan proses pengesahan yang diperlukan di mana-mana Kedai Yes atau melalui aplikasi elektronik Kenali Pelanggan Anda (eKYC).
Please ensure that you have sufficient Yes Credits and/or Yes Reload in your Prepaid Service account for your use of the IDD Service.
- Berapakah kadar caj panggilan pada Perkhidmatan IDD ke peranti mudah alih dan talian tetap?
Kadar caj panggilan untuk Perkhidmatan IDD boleh didapati di www.yes.my/roaming.