Soalan Lazim


 
  1. Di manakah saya boleh kemukakan permohonan untuk beralih kepada YES?
    Anda boleh mengunjungi Kedai YES/Kiosk/Kedai Online YES untuk mengemukakan permintaan anda untuk beralih kepada YES. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai lokasi Kedai/Kiosk YES kami dan perkhidmatan yang terdapat di Kedai/Kiosk YES,  sila klik di sini. Peniaga YES mungkin tidak dapat memproses permintaan anda untuk beralih kepada YES, jadi, untuk mengelakkan kekecewaan, sila kunjungi Kedai YES yang mempunyai perkhidmatan Porting Nombor Mudah Alih, “MNP”).

    Tertakluk kepada terma dan syarat.
  2. Apakah yang harus saya lakukan atau semak sebelum menghantar permohonan untuk beralih kepada YES?
    Untuk proses peralihan yang lancar ke rangkaian YES, pastikan dan semak perkara berikut dengan penyedia perkhidmatan mudah alih semasa anda:
    1. Akaun anda mesti aktif;
    2. Tiada bil tertunggak/ belum dijelaskan
    3. Tiada obligasi kontrak tertunggak;
    4. Talian tambahan mesti ditukar bersama-sama Nombor Utama.     
    Jika diperlukan, anda mungkin juga ingin menyimpan semua nombor kenalan anda daripada kad SIM yang ada sebelum beralih ke YES.
  3. Bagaimanakah cara untuk mengetahui status peralihan saya kepada YES?
    Anda akan menerima notifikasi SMS daripada pembekal perkhidmatan semasa anda [setelah berjaya beralih kepada YES].
  4. Bolehkah saya menyemak status permohonan peralihan  saya secara dalam talian? 
    Tidak boleh, untuk pelanggan baru MNP, mereka hanya boleh memeriksa status peralihan di Kedai/ Rakan niaga YES atau dengan menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan kami.
  5. Adakah saya akan menghadapi gangguan perkhidmatan semasa proses peralihan?
    Anda tidak akan menghadapi sebarang gangguan perkhidmatan semasa proses peralihan.
    Namun begitu, jika anda berhasrat untuk ke luar negara semasa proses pertukaran, anda mungkin perlu menghubungi penyedia perkhidmatan semasa anda untuk mengetahui sama ada akan berlaku sebarang gangguan untuk perkhidmatan perayauan. Tidak akan ada gangguan perkhidmatan daripada pihak YES.
  6. Bolehkah saya membatalkan permohonan saya untuk beralih?
    Anda masih boleh membatalkan permohonan untuk beralih jika permintaan itu sedang diproses. Setelah peralihan berjaya, anda tidak akan dapat membatalkan permohonan tersebut.
  7. Adakah saya perlu membatalkan pelan perkhidmatan semasa saya sebelum beralih kepada YES?
    Tidak, anda tidak perlu membatalkan pelan perkhidmatan semasa anda. Perkhidmatan sedia ada anda dengan penyedia perkhidmatan mudah alih semasa akan dihentikan secara automatik setelah anda berjaya beralih kepada YES.
  8. Adakah saya akan terima kad SIM baru setelah saya beralih kepada YES?
    Ya, kami akan menyediakan kad SIM YES 4G LTE yang baru apabila anda beralih kepada YES.
  9. Bolehkah nombor saya dialih tanpa kebenaran saya?
    Tidak boleh. Peralihan nombor tidak boleh dilakukan tanpa kebenaran anda. YES mesti mengesahkan permohonan dan dokumen sokongan pelanggan terlebih dahulu sebelum meneruskan proses peralihan.
  10. Bagaimanakah jika salah satu pemegang talian tambahan saya tidak mahu beralih?
    Sebagai pemegang akaun utama, anda perlu mengunjungi penyedia perkhidmatan mudah alih semasa anda untuk menamatkan talian tambahan yang berkaitan. Pemegang talian tambahan perlu mendaftar semula sebagai pemegang akaun utama. Setelah proses ini selesai, maka anda sebagai pemegang akaun utama boleh beralih kepada YES.
  11. Bolehkah saya menukar nombor saya kepada penyedia perkhidmatan yang lain lebih daripada satu kali?
    Ya, tetapi anda tidak boleh membuat lebih daripada satu permintaan MNP dalam jangka masa yang sama kepada penyedia perkhidmatan mudah alih yang berbeza.
  12. Berapa lamakah masa yang diperlukan untuk beralih kepada YES?
    Proses ini tidak akan mengambil lebih daripada 1 atau 2 hari bekerja untuk peralihan talian individu
  13. Berapakah yang perlu saya bayar untuk beralih kepada YES?
    Permohonan untuk beralih kepada YES adalah percuma. Namun begitu, anda perlu membayar fi komitmen Pelan Perkhidmatan berdasarkan kepada pelan yang anda pilih.
  14. Apakah  yang akan berlaku dengan penggunaan yang belum dicatat dalam bil oleh penyedia perkhidmatan mudah alih semasa saya sementara menunggu untuk beralih kepada YES?
    Anda perlu membayar penyedia perkhidmatan mudah alih semasa anda untuk penggunaan yang belum dibil apabila menerima invois, walaupun anda telah berjaya beralih kepada YES. Jika tidak, anda akan disenaraihitamkan oleh penyedia perkhidmatan mudah alih semasa anda kerana tidak menjelaskan bil tertunggak anda.
  15. Sekiranya saya telah mendaftar pakej bundle YES tetapi permohonan pertukaran gagal, apakah  yang akan berlaku dengan kontrak tersebut?
    Anda akan diberikan kad SIM dan nombor YES 4G LTE sementara semasa pembelian pakej bundle. Kad SIM YES 4G LTE sementara ini boleh digunakan semasa proses peralihan daripada rangkaian sedia ada kepada YES. Sekiranya permintaan untuk beralih anda ditolak, anda masih boleh terus menggunakan nombor YES sementara itu sebagai nombor tetap anda atau menamatkan pakej dan perkhidmatan bundle. Sekiranya anda ingin menamatkannya, anda akan dikenakan fi penamatan awal seperti yang dinyatakan dalam kontrak pakej bundle anda.
  16.  Jika saya telah mendaftar untuk Pelan SIM Pascabayar/ Prabayar sahaja di Kedai  Dalam Talian  YES tetapi permintaaan peralihan gagal, apakah yang akan berlaku?
    Untuk Pelan SIM Pascabayar/ Prabayar sahaja, anda akan diberikan Kad SIM dan nombor YES 4G LTE sementara. Kad SIM YES 4G LTE sementara ini boleh digunakan sepanjang proses peralihan berlaku sehinggalah anda berjaya menyelesaikan masalah tertunggak dengan penyedia sedia ada. 
  17. Siapakah yang boleh saya hubungi jika permintaan beralih ke YES saya gagal?
    Anda boleh e-mel kepada kami melalui yescare@yes.my.
  18. Bolehkah saya keluar daripada YES setelah saya mengemukakan permohonan untuk menamatkan akaun YES saya?
    Setelah anda mengemukakan permohonan anda untuk menamatkan perkhidmatan YES, akaun YES anda akan dianggap tidak aktif semasa proses penamatan, dan anda tidak boleh mengalih nombor anda ke penyedia perkhidmatan yang lain.