Soalan Lazim


 

 

  1. Apakah itu ‘Program Pendidikan dalam Talian Prabayar SIM YES untuk Institusi Pelajaran Tinggi bagi Tujuan Pembelajaran dari Rumah' ("Program IHL LFH")?
    Program IHL LFH ini adalah satu program yang membolehkan Kakitangan dan Pelajar dari Institusi Pelajaran Tinggi terpilih yang mengambil bahagian untuk belajar melalui platform digital dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan. Sila rujuk laman web YTL Foundation di http://ytlfoundation.org/learnfromhomeuni untuk maklumat lanjut mengenai senarai Institusi Pengajian Tinggi terpilih yang mengambil bahagian dalam Program ini.
  2. Berapa lamakah tempoh Program IHL LFH ini?
    Tempoh Program IHL LFH ini ialah bermula pada 2 Mei 2020, 06:00 pagi sehingga 30 Jun 2021, 11:59 malam.
  3. Apakah yang terkandung dalam Bundel Program IHL LFH ini?
    Ia adalah terdiri daripada:
    (i)Satu (1) Kad SIM Prabayar YES PERCUMA berserta Nombor Mudah Alih YES; dan
    (ii)40GB Data LTE PERCUMA dengan Tempoh Sah Akaun selama enam puluh (60) hari dari tarikh pengaktifan perkhidmatan.

     
  4. Siapakah yang layak untuk memohon Program IHL LFH ini?
    Kakitangan dan Pelajar dari Institusi Pengajian Tinggi terpilih adalah layak untuk menyertai Program ini.
  5. Apakah dokumen sokongan untuk perlu dikemukakan oleh Pelanggan Yang Layak sebagai prasyarat untuk penyertaannya dalam Program ini?
    Pelanggan yang Layak diminta untuk mengemukakan dokumen-dokumen sokongan berikut: -
    (a) bagi warganegara Malaysia atau penduduk tetap, MyKad (atau MyPR atau MyTentera yang mana berkenaan) yang sah dikemukakan; atau
    (b) bagi warga asing, Pasport Antarabangsa yang sah perlu dikemukakan; dan
    (c) Kad pengenalan sah kakitangan dan pelajar yang dikeluarkan oleh Institusi Pengajian Tinggi yang terlibat 
  6. Bagaimanakah caranya untuk memohon Bundel Program IHL LFH ini?
    (a) Institusi Pengajian Tinggi yang terlibat akan membekalkan Pautan URL kepada Pelanggan Yang Layak. Pelanggan yang Layak hendaklah mendaftarkan hasratnya melalui Pautan URL dan memberikan maklumat yang diperlukan melalui borang talian yang tersedia di dalam Pautan URL tersebut. Untuk penjelasan, Pelanggan yang Layak hendaklah mengesahkan alamat e-melnya sebagai sebahagian daripada pendaftaran ini.
    (b). Jika Pelajar Pengambilan Baru telah menerima SIM YES Prabayar dari Institusi Pengajian Tinggi semasa orientasi, Pelajar Pengambilan Baru ini perlu mengaktifkan SIM YES Prabayar  melalui https://www.yes.my/act dengan memilih " Daftar dan aktifkan Kad SIM Belajar dari Rumah saya " dengan memasukkan Nombor Siri SIM Prabayar 19 digit. Pelajar Pengambilan Baru harus memberikan semua maklumat yang diperlukan untuk borang dalam talian tersebut. Pelanggan yang Layak juga perlu mengesahkan alamat e-melnya sebagai sebahagian daripada proses pendaftaran.
  7. Apakah pengesahan yang diperlukan untuk peryertaan dalam Bundel Program IHL LFH ini?
    Kami akan mengesahkan dokumen sokongan yang diberikan kepada kami untuk memastikan bahawa Pelanggan yang Layak memenuhi semua kriteria permohonan. Bagi permohonan dalam talian, jika Pelanggan yang Layak memenuhi kriteria permohonan, kami akan membuat penghantaran Kad SIM Prabayar YES secara kurier melalui Ejen Penghantaran kami ke alamat Pelanggan Yang Layak yang dinyatakan pada borang dalam talian. Ejen Penghantaran akan mengesahkan maklumat yang diberikan oleh Pelanggan Yang Layak berdasarkan dokumen pengenalan diri Pelanggan Yang Layak, yang dikemukakan semasa penghantaran Kad SIM Prabayar YES. Oleh itu, Pelanggan Yang Layak diminta untuk menyediakan dokumen pengenalan asalnya untuk pengesahan oleh Ejen Penghantaran semasa penghantaran Kad SIM Prabayar YES.
  8. Berapa banyak Bundel Program IHL LFH yang berhak dipohon dan didaftar oleh setiap Pelanggan Yang Layak?
    Setiap Pelanggan Yang Layak berhak mendaftar satu (1) Program IHL LFH Bundle sahaja dengan syarat Pelanggan Yang Layak tidak boleh mempunyai jumlah lebih daripada lima (5) akaun prabayar dengan YES.
  9. Adakah terdapat sebarang tempoh sah penggunaan 40GB data LTE yang diberikan melalui Program IHL IFL ini?
    Ya, 40GB data LTE yang diberikan bawah Program IHL IFL ini mempunyai Tempoh Sah Akaun selama enam puluh (60) hari dari tarikh pengaktifan perkhidmatan.
  10. Bagaimanakah saya mengaktifkan Kad Prabayar SIM YES selepas penerimaannya?
    Anda boleh mengaktifkan Kad SIM Prabayar YES melalui portal laman sesawang di https://www.yes.my/act dengan memilih pilihan “Aktifkan kad SIM yang saya telah memohon secara atas talian”, masukkan Nombor Langganan Pelanggan Yang Layak dan Nombor Mudah alih YES yang dipilih olehnya.
  11. Perlukah saya mengaktifkan Kad SIM Prabayar YES saya dengan segera selepas menerima Kad SIM Prabayar YES atau boleh saya berbuat demikian kemudian?
    Anda boleh mengaktifkan Kad SIM Prabayar YES pada masa lain tetapi perlu berdasarkan kepada Terma & Syarat Program IHL LFH.
  12. Siapakah yang perlu saya hubungi jika saya memerlukan maklumat lanjut mengenai Program IHL LFH Bundle ini?
    Anda boleh e-melkan soalan anda ke learnfromhome.uni@yes.my.
  1. Apakah itu Initiatif Belajar Dari Rumah Dengan Telefon Percuma (“Initiatif Belajar Dari Rumah Dengan Telefon Percuma”)?
    Initiatif Belajar dari Rumah Dengan Telefon Percuma adalah satu inisiatif yang dilancarkan oleh YTL Communications Sdn Bhd ("YTLC") dengan kerjasama YTL Foundation dan FrogAsia Sdn Bhd (secara kolektif "YTL") untuk menyediakan telefon pintar percuma dengan pelan data kepada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang terpilih untuk membolehkan anak-anak mereka belajar melalui platform digital.
  2. Apakah tempoh masa bagi Inisiatif Belajar dari Rumah dengan Telefon Percuma?
    Inisiatif Belajar dari Rumah dengan Telefon Percuma ini bermula pada 09 April 2020, 12:00:00 pagi dan masih berterusan sehingga ditamatkan oleh YTL.
  3. Apakah yang dirangkumi bawah Bundel Inisiatif Belajar dari Rumah dengan Telefon Percuma?
    Ia merangkumi:
    (i) Satu (1) Kad SIM Prabayar YES berserta dengan nombor mudah-alih YES;
    (ii) Satu (1) unit telefon pintar YES Altitude atau telefon pintar lain seperti yang ditentukan oleh YTLC mengikut budi bicara mutlaknya ("Peranti");
    (iii) Pelan Perkhidmatan Prabayar dengan tawaran perkhidmatan berikut:
    a.   sejumlah 120GB data diagihkan kepada 10GB data yang diperuntukkan untuk setiap Kitar Perkhidmatan ("Peruntukan Data") selama  dua belas (12) Kitar Perkhidmatan, tertakluk kepada kajian YTLC pada akhir Kitar Perkhidmatan ke-6. Setiap Peruntukan Data adalah sah untuk digunakan dalam tempoh Kitar Perkhidmatan yang berkenaan. Sebarang Peruntukan Data yang tidak digunapakai dalam tempoh Kitar Perkhidmatan sebelumnya akan dilupuskan dan tidak akan dipindahkan ke Kitar Perkhidmatan seterusnya;
    b.   sejumlah 720 minit Panggilan Suara luar talian diagihkan kepada enam puluh (60) minit yang diperuntukkan bagi setiap Kitar Perkhidmatan ("Peruntukan Panggilan Suara Off-Net") untuk tempoh dua belas (12) Kitar Perkhidmatan. Setiap Peruntukan Panggilan Suara luar talian adalah sah untuk digunakan semasa Kitar Perkhidmatan yang berkenaan. Sebarang minit Peruntukan Panggilan Suara luar talian yang tidak digunakan dalam tempoh Kitar Perkhidmatan sebelumnya akan dilupuskan dan tidak akan dipindahkan ke Kitar Perkhidmatan seterusnya; dan
    c. perkhidmatan On-Net tidak terhad secara percuma.
    Data Tambahan Prabayar dan Kredit YES boleh dilanggan sekiranya diperlukan. Caj akan dikenakan untuk semua SMS luar talian. Sila rujuk Terma dan Syarat Prabayar untuk butiran lanjut berkenaan dengan caj SMS luar talian.
  4. Bagaimana untuk memohon dan melayakkan diri bagi Bundel Inisiatif Belajar dari Rumah dengan Telefon Percuma?
    Langkah 1: Pencalonan oleh Penama
    Semua rakyat Malaysia yang mempunyai MyKad (atau MyPR atau MyTentera, mana yang berkenaan) yang sah (“Penama”) adalah digalakkan untuk membantu pelajar-pelajar sekolah rendah dan menengah yang berada di dalam lingkungan isi rumah berpendapatan rendah (B40) tanpa telefon pintar  atau tanpa peranti pintar dan akses ke internet di rumah dengan mencalonkan isi rumah sedemikian untuk dilayakkan bagi Bundel Initiatif Belajar Dari Rumah Dengan Telefon Percuma. Penamahendaklah melengkapkan dan menyerahkan borang pencalonan yang sedia ada melalui atas talian di https://ytlfoundation.org/learn bagi setiap pencalonan dengan memberikan semua maklumat yang diperlukan ("Pencalonan").
    Langkah 2: Penentuan oleh YTL
    YTL akan mengkaji dan menilai setiap Pencalonan dan menentukan di atas budibicara mutlak dan tersendirinya Pencalonan yang akan berjaya.
    Langkah 3: Makluman berkenaan Pencalonan yang Berjaya
    Jika suatu Pencalonan diluluskan oleh YTL, maka kedua-dua calon yang berjaya dan Penamayang mengemukakan Pencalonan, masing-masing akan menerima pemberitahuan melalui e-mel berserta dengan pautan untuk calon yang berjaya untuk memohon Bundel Initiatif Belajar Dari Rumah Dengan Telefon Percuma.
    Langkah 4: Pendaftaran Permohonan berkenaan dengan pencalonan yang berjaya
    Setelah menerima notifikasi melalui e-mel di dalam langkah 3 di atas, calon yang berjaya dikehendaki untuk memberikan maklumat lengkap di dalam ruangan yang disediakan di dalam borang pendaftaran dan muat naik (1) MyKad yang sah (atau MyPR atau My Tentera, mana yang berkenaan), (2) surat yang dikeluarkan oleh kerajaan Malaysia mengesahkan bahawa Pelanggan yang Layak yang berjaya didaftarkan untuk menerima bantuan kewangan di bawah BSH 2020 atau sebarang documen sah sebagai sokongan untuk status B40, dan (3) muat-naik MyKad yang sah anak Pelanggan yang Layak (atau jika kanak-kanak berusia kurang dari dua belas (12) tahun dan / atau belum mempunyai MyKad, kanak-kanak itu mestilah mempunyai MyKid yang sah), dan muat-naik Swafoto Pelanggan yang Layak yang memegang MyKad yang sah (atauMyPR atau MyTentera, mana-mana yang berkenaan) di dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh makluman seperti yang dinyatakan sebelum ini, dan sekiranya gagal, Pelanggan yang Layak dianggap tidak berminat untuk mengambil bahagian di dalam Bundel Initiatif Belajar Dari Rumah Dengan Telefon Percuma.
  5. Adakah terdapat pengesahan yang diperlukan untuk menyertai Inisiatif Belajar dari Rumah ini dengan Telefon Percuma ini?
    Ya, YTLC akan menghubungi calon yang berjaya untuk mendapatkan pengesahan berkenaan dengan maklumat yang diberikan oleh calon yang berjaya. Calon yang berjaya dikehendaki untuk mempunyai bersamanya:-
    (a)  MyKad asal (atau MyPR atau MyTentera, mana yang berkenaan);
    (b)  Surat Bantuan Sara Hidup (BSH) 2020 daripada kerajaan atau sebarang dokumen sah sebagai sokongan untuk status B40; dan
    (c) MyKad asal anaknya (atau MyKid) sedia ada untuk pengesahan.
    Sekiranya maklumat di dalam MyKad (atau MyPR atau My Tentera, mana-mana yang berkenaan) yang dikemukakan sebelum ini adalah berbeza daripada maklumat yang diperoleh oleh Pelanggan yang Layak di dalam soalan No.4 (langkah 4) di sini, YTLC akan mengesahkan maklumat yang diperolehi di dalam MyKad asal (atau MyPR atau My Tentera, mana-mana yang berkenaan) untuk menentukan kelayakan calon sebelum melengkapkan langganan Bundel Inisiatif Belajar Dari Rumah Dengan Telefon Percuma.
  6. Apa yang mesti dilakukan oleh calon yang berjaya setelah dia menerima Bundel Inisiatif Belajar dari Rumah dengan Telefon Percuma?
    Setelah calon yang berjaya menerima Bundel Inisiatif Belajar dari  Rumah dengan Telefon Percuma, calon yang Layak yang berjaya hendaklah menggunakan Aplikasi MyYES 4G yang telah tersedia dengan mengikuti arahan-arahan yang dinyatakan. Setiap calon yang berjaya adalah bertanggungjawab untuk mengemaskini Aplikasi MyYES 4G di https://play.google.com/store/apps/details?id=my.yes.yes4g untuk menguruskan akaun Perkhidmatannya.
  7. Siapakah yang perlu saya hubungi jika saya memerlukan butiran lanjut mengenai Bundel Inisiatif Belajar dari Rumah dengan Telefon Percuma?
    Anda boleh emel kami di learnfromhome.freephone@yes.my.
  1. Apakah itu ‘Program Pendidikan Atas Talian Pra Bayar SIM YES bagi Tujuan Pembelajaran dari Rumah' ("Program LFH")?
    Program LFH terbuka kepada semua ibu bapa warganegara Malaysia yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah di Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan di Malaysia ("Pelanggan Yang Layak") untuk membolehkan anak-anak mereka mengakses sumber pembelajaran dalam talian, termasuklah Aplikasi Kuiz FrogPlay bagi tujuan pembelajaran pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja, terutamanya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
  2. Apakah tempoh Program LFH?
    Program LFH ini bermula pada 25 Mac 2020, 12:00 pagi dan berterusan sehingga 30 Jun 2021, 11:59 malam.
  3. Apakah yang terkandung di dalam Program LFH  ini? 
    Ia adalah terdiri daripada: 
    (i) Satu (1) Kad SIM Prabayar YES PERCUMA berserta Nombor Mudah Alih YES;
    (i) Data LTE PERCUMA 40GB PERCUMA dengan Tempoh sah Akaun enam puluh (60) hari dari tarikh pengaktifan perkhidmatan.
  4. Siapakah yang layak untuk menebus Program LFH Bundle ini?
    Semua ibu bapa yang merupakan warganegara Malaysia atau penduduk tetap  yang mempunyai anak-anak sekolah (berumur kurang daripada 20 tahun yang masih bersekolah di Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan di Malaysia). Pelanggan Yang Layak  hendaklah mempunyai MyKad yang sah (atauMyPR atau My Tentera, mana yang berkenaan dan   Anak Pelanggan Yang Layak hendaklah mempunyai MyKad yang sah (atau sekiranya Anak Pelanggan Yang Sah berusia kurang dari dua belas (12) tahun dan/atau masih belum mempunyai MyKad, anak tersebut hendaklah mempunyai MyKid yang sah).
  5. Bagaimana untuk menebus Program LFH Bundel ini?
    Untuk menebus  Program LFH Bundel ini, setiap Pelanggan Yang Layak hendaklah mendaftarkan minatnya melalui YES Online Portal di yes.my dengan memberikan maklumat penuh di dalam ruangan yang ditetapkan.
  6. Adakah apa-apa pengesahan diperlukan untuk menyertai Program LFH Bundle ini?
    Ya, ejen YES kami akan menghubungi Pelanggan Yang Layak melalui Panggilan Video WhatsApp ke Nombor Mudah Alih alternatif Pelanggan yang Layak di antara pukul 10:00 pagi hingga 7:00 petang, Isnin hingga Ahad dan akan mengambil tangkapan skrin secara sepenuhnya  wajah Pelanggan Yang Layak dan MyKad (atau MyPR or My Tentera, mana-mana yang berkenaan) untuk tujuan pengesahan maklumat yang diberikan oleh Pelanggan Yang Layak seperti yang dikehendaki di bawah peraturan undang-undang Malaysia.

    Pelanggan Yang Layak dikehendaki bersedia dengan  MyKad asal (atau MyPR atau My Tentera, mana-mana yang berkenaan) dan MyKad anak (atau MyKid) semasa panggilan pengesahan. Sekiranya maklumat di MyKad asal (atau MyPR atau My Tentera) adalah berbeza daripada maklumat yang disediakan oleh Pelanggan Yang Layak semasa panggilan pengesahan atas talian, ejen YES akan mengesahkan maklumat yang diambil di MyKad  asal (atau MyPR atau My Tentera, mana yang berkenaan)  untuk menentukan kelayakan Pelanggan yang Layak sebelum melengkapkan pengesahan Program LFH Bundel.
  7. Berapa banyak  Program LFH Bundel  yang berhak didaftar oleh  setiap Pelanggan yang Layak?
    Setiap Pelanggan Yang Layak hanya berhak untuk mendaftar satu (1) anak untuk satu (1) Program LFH Bundle. Pelanggan Yang Layak  tidak boleh mempunyai lebih daripada lima (5) akaun prabayar dengan YES.
  8. Adakah Akaun Prabayar YES mempunyai tempoh sah?
    Ya, Akaun Prabayar YES mempunyai Tempoh Sah Akaun, enam puluh (60) hari dari tarikh pengaktifan perkhidmatan.
  9. Bagaimanakah saya mengaktifkan Kad SIM Prabayar YES selepas penerimaan SIM?
    Anda boleh mengaktifkan Kad SIM Prabayar YES melalui portal laman sesawang di https://shop.yes.my/shop/activate.do.
  10. Bolehkah saya mengaktifkan Kad SIM YES Prepaid saya pada masa yang akan datang?
    Ya, anda boleh mengaktifkan Kad SIM Prabayar YES pada masa akan datang berdasarkan kepada Terma & Syarat Program LFH.
  11. Siapakah yang perlu saya hubungi jika saya memerlukan  maklumat lanjut mengenai Program LFH Bundle ini?
    Anda boleh emel kami di learnfromhome@yes.my.