Soalan Lazim


 
  1. Siapakah kami? 
    YES ialah syarikat pengendali rangkaian mudah alih 4G tulen yang pertama di Malaysia, yang didaftarkan sebagai YTL Communications Sdn Bhd. Kami juga adalah pengendali pertama yang terawal menawarkan servis voice-over-LTE(VoLTE) untuk panggilan berdefinisi tinggi dan jelas. Kami juga telah mendapat pengiktirafan anugerah inovasi untuk servis tersebut setiap tahun selama dua tahun berturut-turut, mendahului pengendali rangkaian mudah alih lain di Malaysia.
  2. Kenapa saya perlu melanggan rangkaian YES?
    Perkara luar biasa berlaku apabila anda mengatakan YES! YES dicipta untuk memenuhi keperluan internet hari ini.  Kami menawarkan talian pantas dengan liputan yang meluas untuk semua keperluan komunikasi anda. Bersandarkan kepada pendekatan berpusatkan rakyat, kami berusaha untuk  membina rangkaian tanpa jurang yang akan menghubungkan segenap lapisan masyarakat di negara ini.
  3. Bagaimanakah cara untuk saya mendaftar perkhidmatan YES?
    Anda boleh mendaftar untuk perkhidmatan YES 4G di www.yes.my. Sebagai alternatif, anda boleh mengunjungi mana-mana kedai YES atau rakan niaga kami untuk mendaftar.
  4. Bolehkah saya beralih ke YES sambil mengekalkan nombor saya?
    Sudah tentu! Anda boleh membeli mana-mana pelan YES,  dan apabila anda menerima SIM kami, prosesnya adalah semudah 1, 2, 3!
    1. Untuk mengaktifkan kad SIM anda, sila muat turun aplikasi MyYES
    2. Semasa proses pengaktifan, sila pilih “Tukar kepada YES  dan Simpan Nombor Anda”. Anda akan menerima SMS permintaan pengesahan ke nombor yang berdaftar dengan penyedia perkhidmatan sedia ada.
    3. Balas SMS dengan nombor pengesahan yang anda terima.

    Proses peralihan harus dilakukan dalam masa 3 hari dengan syarat nombor yang ingin anda bawa ke rangkaian kami berada dalam rangkaian nombor telefon bimbit yang diluluskan oleh SKMM;  nombor tersebut mestilah aktif dan tidak digantung, ditamatkan atau disenarai hitam dan/atau dihalang oleh penyedia perkhidmatan lain.

    Sepatutnya, anda tidak akan mengalami sebarang  gangguan ketika proses pengaktifan ini berlangsung. Sekiranya permintaan pertukaran rangkaian ditolak, sila hubungi penyedia perkhidmatan anda yang sedia ada.
  1. Apakah maksud ID YES? 
    ID YES ialah nombor telefon YES yang boleh anda gunakan untuk mengakses rangkaian perkhidmatan YES kami. 
  2. Bagaimanakah cara untuk menukar atau menetapkan semula kata laluan saya? 
    Untuk menukar kata laluan, anda cuma perlu log masuk ke “My Account” dan pilih “Change Password” daripada pilihan yang diberikan. 

    Untuk menetapkan kata laluan, klik “Self-care” di laman utama YES. Klik pada “ “Forgot your password?”, dan ikuti arahan yang tertera di skrin.
  1. Apakah yang dimaksudkan dengan Pembaharuan Automatik?
    Tambahan Data Prabayar anda boleh diperbaharui secara automatik pada akhir tempoh sah data tambahan dengan menggunakan kad kredit/debit berdaftar. Dengan berbuat demikian,  anda tidak akan terputus bekalan data! Untuk maklumat lanjut, sila rujuk terma dan syarat
  2. Bagaimanakah cara untuk melanggan Pembaharuan Automatik?
    Anda boleh melanggan Pembaharuan Automatik dengan mengikuti langkah-langkah berikut di aplikasi MyYES: -.
    • i) Log masuk ke aplikasi MyYES;
    • ii) Pergi ke “Profil” dan simpan maklumat kad kredit anda;
    • iii) Pergi ke “Buy Add On” di skrin utama dan pilih Add-On;
    • iv) Pilih pilihan Kad Kredit/Debit, untuk melanggan Pembaharuan Automatik
  3. Bilakah Tambahan Data Prabayar saya akan diperbaharui?
    Tambahan Data Prabayar anda akan diperbaharui berdasarkan tarikh luput tempoh sah Data Tambah Prabayar anda. Sebagai contoh, tempoh sah Data Prabayar Kasi Up 7Days 10GB adalah 7 hari dan akan  diperbaharui setiap 7 hari, sementara Data Prabayar Add-On Kasi Up 30Days 10GB yang mempunyai tempoh sah 30 hari akan diperbaharui setiap 30 hari.
  4. Bolehkah saya menukar butiran kad kredit saya?

    Bolehkah saya menukar butiran kad kredit saya?

    (i) Pergi ke “Profile”,
    (ii) Pilih tab “Billing”
    (iii) Tekan “Update” untuk mengedit maklumat kad kredit/debit anda
  5. Adakah Data Add-On Prabayar saya akan diperbaharui secara automatik sekiranya saya telah menggunakan kesemua data internet saya sebelum tamat tempoh sah?
    Tidak, untuk membolehkan Data Add-On Data Prabayar anda diperbaharui, Tempoh Sah Data Add-On Prabayar semasa anda mesti tamat terlebih dahulu.
  6. Bagaimanakah cara untuk membatalkan perkhidmatan Pembaharuan Automatik saya?
    Anda boleh berhenti melanggan menerusi aplikasi MyYES.
  7. Bolehkah saya menggunakan kad kredit/debit pihak ketiga untuk melanggan Pembaharuan Automatik? 
    Tidak boleh, anda harus menggunakan kad kredit/debit anda sendiri untuk melanggan Pembaharuan Automatik.
  1. Bagaimanakah cara untuk menambah nilai data melalui e-pay?
    o Kenal pasti mana-mana premis perniagaan/peruncit yang memaparkan logo dan terminal e-pay
    o Beli tambah nilai dan aktifkan

    a. Melalui Portal Dalam Talian
    1. Log masuk ke https://selfcare.yes.my/xportal/
    2. Masukkan ID YES  anda
    3. Masukkan Kod Pengaktifan 16 digit dan klik hantar

    b. Melalui SMS *
    1. 1. Taip REL <ruang> <Yes ID@yes.my> <ruang> <Kod Pengaktifan 16 Digit >
    2. 2. Hantarkan SMS ke 018 330 1111

    o Data tambah nilai anda akan dikreditkan serta merta ke akaun YES anda

    * Caj SMS standard akan dikenakan untuk tambah nilai melalui pengendali telco lain.
  2. Bilakah nilai tambah nilai e-pay akan dikemas kini dalam Akaun YES saya? Tambah nilai akan dikemas kini dengan segera di Akaun YES anda sejurus selepas transaksi tersebut berjaya. 
  3. Dimanakah  saya boleh membeli tambah nilai menerusi e-pay?
    Perkhidmatan e-pay boleh didapati di seluruh negara. Untuk senarai penuh peruncit e-pay tambah nilai YES, sila rujuk di sini.
  4. Adakah saya akan dikenakan sebarang bayaran tambahan jika membuat tambah nilai menerusi e-pay?
    Tidak. Anda tidak akan dikenakan sebarang caj tambahan.
  5. Apakah kaedah pembayaran yang diterima untuk transaksi e-pay?
    Transaksi e-pay hanya menerima pembayaran secara tunai. 
  6. Bagaimanakah cara untuk memastikan tambah nilai saya berjaya?
    Anda boleh memuat turun aplikasi MyYES untuk menyemak tambah nilai yang telah dikreditkan ke baki semasa akaun anda.
  1. Bagaimanakah cara untuk menambah nilai atau membeli Data Add-On Prabayar menerusi MobilityOne?
    o Cari mana-mana outlet peruncit yang memaparkan logo dan terminal MobilityOne
    o Beli tambah nilai atau Data Add-On Prabayar di situ 
    o Tambah nilai akan dikreditkan segera ke akaun YES anda

     
    * Caj SMS standard akan dikenakan untuk tambah nilai melalui pengendali telco lain.
  2. Di manakah lokasi outlet peruncit MobilityOne untuk saya membeli Tambah nilai atau Data Add-On Prabayar saya?
    Perkhidmatan MobilityOne boleh didapati di seluruh negara.  Rujuk di sini untuk melihat senarai penuh peruncit MobilityOne yang menjual tambah nilai YES dan Data tambahan.
  3. Apakah kaedah pembayaran yang diterima untuk membeli Tambah nilai atau Tambahan Data Prabayar melalui MobilityOne?
    Transaksi MobilityOne hanya menerima bayaran secara tunai. 
  4. Adakah saya akan dikenakan sebarang bayaran tambahan semasa membeli Tambah nilai atau Data Add-On Prabayar  menerusi MobilityOne?
    Tidak. Tiada sebarang caj tambahan akan dikenakan ke atas anda.
  5. Bagaimanakah caranya untuk memastikan Tambah nilai atau Tambahan Data Prabayar saya berjaya?
    Muat turun aplikasi MyYES untuk menyemak nilai tambah nilai terkini yang telah dikreditkan ke baki semasa akaun anda.

    Untuk menyemak baki Kredit YES  melalui SMS:
    Taip BAL<ruang><nombor YES> dan hantar ke  018 330 1111
  1. Apakah PayQuik?
    PayQuik adalah saluran pembayaran yang direka untuk memberikan lebih banyak pilihan pembayaran yang mudah dan fleksibel 
  2. Bagaimanakah cara untuk membuat tambah nilai data menerusi kiosk PayQuik?
    A. Lawati kiosk PayQuik.

    B. Pilih “Telco”> Pilih “Yes”> Pilih “YES Prepaid Reloads”.

    C. Pernyataan mengenai Akta Perlindungan Data Peribadi akan tertera. Baca pernyataan dengan teliti dan tekan “Next”.

    D. Masukkan nombor telefon bimbit anda dan tekan “Next”.

    E. Pilih amaun tambah nilai yang anda inginkan: RM10, RM30, RM50 atau RM100

    F. Masukkan jumlah wang yang TEPAT pada mesin. Setelah jumlah yang betul dimasukkan, butang “Pay” akan berubah warna daripada kelabu kepada kuning. Tekan butang “Pay” tersebut.

    G. Ambil resit bercetak daripada  kiosk. Nombor PIN akan dicetak pada resit untuk diaktifkan.
    (a) Melalui Portal online 
      1. Log masuk ke https://selfcare.yes.my/xportal/
      2. Masukkan ID YES/ Nombor Telefon / Nombor Akaun anda
      3. Masukkan Kod Pengaktifan 16 digit dan klik hantar


    (b) Melalui SMS*
      1. Taip  REL <Kod Pengaktifan 16-digit >
      2. Hantar SMS to 018 330 1111
      • Tambah nilai anda akan dikreditkan dengan segera dalam akaun YES anda. 

    *Caj SMS standard akan dikenakan jika tambah nilai dibuat menggunakan penyedia khidmat telco yang lain. 

     
    H. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, hubungi panggilan bebas-tol PayQuik Careline di 1800-18-7845. Masa urusniaga adalah dari 9pagi hingga  9ptg dari Isnin hingga Jumaat, 9pagi hingga 6ptg hari Sabtu, dan ditutup  pada hari Ahad. Sebagai tambahan kepada talian bebas-tol Careline, anda juga boleh menghubungi 019-2944580 atau 016-6458147 untuk pertanyaan lanjut.
  3. Adakah saya akan dikenakan sebarang bayaran tambahan semasa membuat tambah nilai menerusi kiosk PayQuik?
    Tidak. Anda tidak dikenakan sebarang caj tambahan.
  4. Apakah kaedah bayaran yang diterima?
    Hanya bayaran tunai sahaja diterima untuk Transaksi PayQuik.
  5. Bagaimanakah cara untuk memastikan tambah nilai saya berjaya?
    Sila muat turun aplikasi MyYES untuk menyemak nilai tambah nilai terkini yang telah dikreditkan ke baki semasa akaun anda.

    Untuk memeriksa baki Kredit YES  melalui SMS:
    Taip BAL<ruang><nombor YES> dan hantar ke  018 330 1111