- Apa itu Data Perayauan?
Data Perayauan membenarkan anda untuk mengakses perkhidmatan data termasuk Internet, Facebook, WhatsApp, dan sebagainya daripada peranti mudah alih anda semasa berada di luar negara. Senarai Data Perayauan tersedia di destinasi terpilih boleh didapati di laman web kami. Sila rujuk www.yes.my/roaming untuk senarai liputan perayauan terkini.Caj Data Perayauan bergantung kepada pemilihan anda sama ada untuk menggunakan pas harian Yes Roam atau caj standard berdasarkan penggunaan (PAYU). Tertakluk kepada terma dan syarat. - Apa itu Perayauan Yes?
Perayauan Yes menawarkan perkhidmatan data Internet sewaktu anda melancong ke luar negara dengan operator perayauan pilihan Yes pada kadar dan kuota pengunaan harian yang telah ditetapkan. - Bagaimanakah cara untuk saya memilih operator perayauan?
Langkah 1: Dalam menu “Settings”, tekan “Rangkaian Mudah Alih”.
Langkah 2: Tekan “Operator Rangkaian”.
Langkah 3: Tekan “Rangkaian Carian”.
Tunggu selama 1 atau 2 minit. Anda akan melihat senarai rangkaian.
Pilih rangkaian pilihan* dan sambungLangkah 4: Aktifkan Data Perayauan dan Data Mudah Alih mengikut penetapan dalam peranti mudah alih anda.*Sila rujuk www.yes.my/roaming untuk senarai penuh operator perayauan dan caj perayauan pilihan yang ditentukan. - Saya telah mengaktifkan data perayauan dan data mudah alih dalam penetapan peranti mudah alih saya tetapi tidak dapat mengakses perkhidmatan data ?
Pastikan anda mengaktifkan “Data mudah alih” anda.
* Untuk operator perayauan yang tidak menyokong perayauan 4G, kami menyarankan anda menukar mod rangkaian mudah alih kepada 2G/3G sahaja. Anda boleh mencari destinasi yang ingin anda kunjungi di www.yes.my/roaming dan cari operator pilihan yang menyokong rangkaian 4G. - Bilakah Yes Roam saya akan tamat tempoh?
Ini adalah tawaran tempoh sah harian dari jam 00:00:00 hingga 23:59:59 waktu ibu kota negara pelawat dan akan diperbaharui dan dikenakan bayaran setiap hari sehingga anda mematikan data perayauan dan data mudah alih dalam penetapan peranti mudah alih anda. Contohnya, jika anda berada di United Kingdom dan telah memulakan Yes Roam dari 9:00 waktu London, tempoh sah harian anda akan berakhir pada 23:59:59 waktu London. - Apakah caj yang akan dikenakan jika saya berhubung dengan 2 atau lebih operator perayauan pilihan pada hari yang sama semasa menggunakan perayauan di negara yang berbeza?
Anda akan dikenakan caj Yes Roam untuk setiap operator perayauan pilihan yang anda sambungkan pada hari yang sama. - Apakah yang akan berlaku sekiranya saya menggunakan operator data perayauan bukan pilihan Yes?
Anda akan dikenakan kadar PAYU. Anda boleh merujuk laman web kami www.yes.my/roaming untuk mendapatkan maklumat mengenai kadar Perayauan Antarabangsa. - Adakah Polisi Penggunaan Saksama(FUP) akan digunakan?
Ya, FUP akan diguna pakai dan kelajuan data akan berkurang apabila anda mencapai kuota penggunaan harian. - Sekiranya saya telah mencapai kuota penggunaan harian, adakah saya akan dikenakan caj untuk penggunaan perayauan data setelah kuota penggunaan saksama?
Data perayauan yang melepasi kuota penggunaan saksama tidak akan dikenakan sebarang caj. - Bolehkan saya mengembalikan kelajuan data saya setelah mencapai kuota penggunaan saksama setiap hari?
Tidak. Kelajuan data anda akan dikurangkan sehingga hari tersebut berakhir. - Saya telah mematikan data perayauan dan menggunakan Wi-Fi. Mengapa saya masih dikenakan caj untuk penggunaan data perayauan?
Ada kemungkinan beberapa telefon pintar masih mengalami penggunaan perayauan data walaupun anda telah mematikan Data Perayauan pada telefon anda. Keadaan ini berlaku terutamanya di LTE apabila perkhidmatan data dapat diaktifkan secara automatik ketika sewaktu lokasi dikemas kini terutamanya untuk piawaian LTE dan tidak seperti pada piawaian GSM/GPRS/3G. Sekiranya anda ingin benar-benar mematikan perayauan data, kami mengesyorkan langkah-langkah berikut untuk mengelakkan daripada dikenakan caj perayauan data berterusan.a) Matikan Data Mudah Alih dan Data Perayauan
b) Hidupkan mod kapal terbang
c) Matikan mod kapl terbang
d) Hidupkan Wi-Fi (Sekiranya anda ingin menggunakan perkhidmatan data)